Wednesday, September 29, 2010

SEJARAH 1 - PERCUBAAN SELANGOR @ SMK SEKSYEN 10

sumber daripada: http://sejarahstpm.blogspot.com


SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA
47810 PETALING JAYA SELANGOR
PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2010
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA
SEJARAH
KERTAS 1
Bahagian A
1. Bincangkan ciri-ciri utama peradaban Neolitik dan kepentingannya kepada perkembangan tamadun manusia. (25 markah)
2. Huraikan ciri-ciri utama Negara Bangsa dan bincangkan proses pembentukan dan pengukuhan Negara Bangsa di Eropah dengan merujuk kepada contoh contoh yang sesuai. (25 markah)
3. ``Kaultilya dan Machiavelli banyak memberikan sumbangan dalam bidang ketahanan dan pertahanan``
Bincangkan pernyataan tersebut. (25 markah)
4. Bincangkan ciri-ciri ekonomi di Eropah pada akhir Zaman Pertengahan. (25 markah)
5. Huraikan aliran sistem falsafah tradisonal di India pada zaman klasik. (25 markah)
6. Bincangkan faktor-faktor yang menggalakkan orang Cina melakukan penerokaan dan penjelajahan sebelum kurun ke 19. (25 markah)
7. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan seni bina tamadun awal. (25 markah)
8. Bandingkan organisasi sosial Tamadun China dan Tamadun India. (25 markah)
Bahagian B
9.  Bincangkan konsep ketuhanan dan keagamaan pandangan Arab jahilliah dan pandangan Islam. (25 markah)
10.  Bincangkan konsep syura dan baiah dalam perlantikan khalifah serta jelaskan proses pemilihan dan perlantikan khalifah semasa Zaman Khulafa Al Rasyidin. (25 markah)
11.  Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai, huraikan etika dan strategi peperangan yang telah diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W . (25 markah)
12.  Zakat memainkan peranan penting bagi pembangunan ekonomi Islam. Bincangkan jenis-jenis zakat dalam sejarah perlaksanaan ekonomi Islam. (25 markah)
13.  Bincangkan faktor-faktor yang menjadikan Cordova sebagai pusat ilmu pengetahuan ketika pemerintahan Bani Umaiyah di Eropah. (25 markah)
14.  Huraikan sejarah dan faktor-faktor kemunculan mazhab di dalam Islam. ( 25 markah )
15.  Penjelajahan dan penerokaan merupakan aspek penting dalam tamadun Eropah dan Tamadun Islam. Jelaskan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam Islam . (25 markah)
16.  Huraikan konsep seni menurut pandangan Islam dan barat serta nyatakan perbezaan antara kedua-duanya. (25 markah)
Disediakan oleh :
( En. Mohd Rosley Ismail )

No comments:

Post a Comment