Saturday, September 18, 2010

Masih ramai lagi yang tertipu

Sumber Harian Metro

KOTA BHARU – Meskipun berstatus pegawai tinggi kerajaan dan lepasan universiti
 namun
 mereka tetap tidak terlepas daripada penipuan melalui khidmat pesanan ringkas 
(SMS) yang kononnya menawarkan pelbagai hadiah lumayan.
Sepanjang bulan April sahaja, SMS itu berjaya memerangkap 17 orang di negeri 
ini yang mendakwa masing-masing kerugian di antara RM1,000 hingga RM5,000
 kerana sikap tamak untuk mendapatkan tawaran hadiah cabutan bertuah berupa
 wang tunai.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Supritendan Hamzah
 Alias berkata, jumlah keseluruhan kerugian mangsa yang antaranya terdiri 
daripada pegawai tinggi kerajaan, pegawai perubatan, pelajar universiti, guru, 
pesara dan pekerja swasta itu sebanyak RM33,825.


Awatlah pandai bebeno blh di tipu oleh si penipu.. xkan kerana wang yg trlalu 
merepek jumlh nya dtwarkan blh trtarik plax. ishhh plix2 dah mcm2 kempen 
k'jaan buat still ade lg lahabau yg x fham. so semua berwaspadalah dengan SMS 
SI PENIPU

No comments:

Post a Comment