Tuesday, July 5, 2011

Keamanan yang ingin dihancurkan

 
            Keamanan yang kita perolehi hari ini dilihat sebagai satu pencapaian yang sangat memberangsangkan sehingga menyebabkan Malaysia tersenarai antara 20 negara teraman di dunia pencapaian ini sangat memberangsangkan sekaligus meningkat kan ekonomi Malaysia untuk berda dalam senarai negara terstabil di Asia

      Namun keamanan Malaysia yang diiktiraf oleh masyarakat dunia bahawa sebuah negara yang dihormati kerana keamanan nya bakal tercalit atau terkubur jika perhimpunan yang di jangka akan berlaku pada hari sabtu ni berlaku. Perhimpunan yang kononnya dikatakan akan berlangsung secara aman ini akan menjadi pencetus kepada kejatuhan ekonomi.

      Kita lihat sahaja apa yang berlaku di Thailand ekonomi mereka yang dulu stabil menjadi tidak menentu akibat kekalutan yang berlaku pada beberapa tahun lepas sehinnga menyebabkan imej Thailand sebagai negara pelancongan hancur dan berkecai, apabila kebanyakkan negara didunia ini mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan rakyatnya pergi melancong di Thailand lantas telah menyebabkan Thailand mengalami kerugian yang nyata.

     Perkara ini seperti di Thailand akan berlaku jika perhimpunan yang dikatan kan sebagai BERSIH berlangsung di tengah- tengah ibu kota. Harap semua rakyat Malaysia menolak perhimpunan yang dilihat lebih mendatangkan kerugian kepada orang awam berbanding keuntungan. Harap pihak yang ingin menganjurkan peristiwa ini berfikiran secara waras dan jangan berfikiran didalam kekalutan yang mana akan menghancurkan keamanan Di MALAYSIA

Tolak Perhimpuanan Haram