Saturday, May 18, 2013

MB Kedah x benarkan


Sumber astroawani.com



ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.

Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.

"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.

"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini hari ini.

Pesuruhjaya PAS Kedah yang baharu, Datuk Mahfuz Omar hari ini merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Katanya pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar 'demokrasi'.

Mukhriz berkata jika perhimpunan itu dibenarkan dan dakwaan-dakwaan itu diulangi, beliau khuatir ia akan mengelirukan rakyat dan mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.

"Kita dah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat.

Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz yang merupakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyambut pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk terus menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Satu keputusan yang amat tepat. Kerja-kerja di MITI perlukan kesinambungan berterusan. Kalau ketuanya sama banyak dasar yang beliau rangka sebelum ini dapat diteruskan dan dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mukhriz-pembangkang-tidak-dibenarkan-berhimpun-di-stadium-14425?cp

KENYATAAN MEDIA TANGKAPAN KE ATAS ADAM ADLI



KUALA LUMPUR, 18 MEI 2013 – PADA JAM 1515HRS, POLIS KUALA LUMPUR TELAH MENANGKAP (1) LELAKI MELAYU ADAM ADLI BIN ABDUL HALIM DI KAWASAN BANGSAR , BRICKFIELDS. SUBJEK KINI DITAHAN DI LOKAP BALAI POLIS JINJANG BERSABIT DENGAN SATU SIASATAN DI BAWAH SEKYEN 4 (1) AKTA HASUTAN 1948.

POLIS KUALA LUMPUR MENASIHATKAN ORANG RAMAI SUPAYA TIDAK MENERUSKAN AKTIVITI SEBEGINI YANG BOLEH MENIMBULKAN KEKECOHAN DAN KEMUDARATAN KEPADA KESTABILAN NEGARA. TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL TERHADAP SESIAPA YANG CUBA MENIMBULKAN PECAH KEAMANAN DAN MENCETUSKAN INSIDEN-INSIDEN YANG TIDAK DIINGINI.



t.t
( DATO’ MOHMAD BIN SALLEH ) DCP
KETUA POLIS KUALA LUMPUR

( Dikeluarkan pada 18 Mei 2013 jam 18.30 petang )



>>>> Aq suka menteri KDN yang baru nie no more Menteri Amaran yg Dulu

Friday, May 17, 2013

CINTA

ramai orang berkata biarkan sahaja cinta hadir
Namun sedarkah mereka 
cinta hanya hadir jika kita benar-benar memerlukannya

Bohonglah jika seseorang yangmemiliki cinta
tidak berduka
tapi disebalik luka terselit kemanisan cinta

Cinta haruslah jujur
kerana ianya anugerah bagi insan 
tanpa cinta manusia akan lemah
cinta pembakar semangat 
pencinta