Wednesday, September 29, 2010

Pengajian Peniagaan 1 - Bab 1(Perniagaan & Persekitaran)

Definisi
Aktiviti jual beli barang & perkhimatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa & tempat yang sesuai untuk tujuan mendapatkan keuntungan


Perniagaan & Untung
~ Sumber utama pembesaran perniagaan
~Dorongan kepada usahawan 
~Meningkatkan imej sesuatu perniagaan
~Meningkatkan motivasi pekeja
~Meningkatkan penggunaan teknologi'
~Memantau prestasi syarikat


Perniagaan & Ekonomi
~Wujudkan pelunag pekerjaan
~Tingkatkan pendapatan kerajaan
~Mengembangkan industri sokongan
~Meningkatkan kemudahan awam 
~Mewujudkan penempatan baru
~Menawarkan produk berkualiti pada harga berpatutan


Perniagaan & Masyarakat
~Wjudkan peluang perkerjaan
~Meningkatkan kemudahan awam
~Jalankan tanggungjawab sosial
~menawarkan produk yang berkualiti pada harga berpatutan
~Meningkatkan taraf hidup masyarakat


Faktor Pengeluaran\
~Tanah        ~Teknologi
~Madal        ~ Keusahawanan
~Buruh


Proses Perniagaan
Input-- Proses transformasi -- Output -- Jualan -- Keuntugan & kerugian


Persekitaran Umum
~ Ekonomi
~Politik
~Persaingan
~Fizikal


Persekitaran Tugas
~Pesaing
~Pemodal / pembiaya
~Pelanggan
~Pekerja
~Pembekal
~Kerajaan
~Masyarakat


Tahap Perniagaan
i- Pengeluaran Primer
   ~ Sumber semulajadi
ii- Pengeluaran Sekunder
   ~ Gabungan bahan mentah
iii- Pengeluaran Tertier
   ~ Perkhidmatan separuh siap & yng dah siap


*** Perniagaan Huluan - Bahan mentah
*** Perniagaan Hiliran - Selepas itu


*** Perniagaan Domestik - Dijalankan antara perniaga2 tempatan dalam sempadan negara
*** Perniagaan Atarabangsa - Peniaga tempatan dgan peniaga asing di luar sempadan negara

SEJARAH 1 - PERCUBAAN SELANGOR @ SMK SEKSYEN 10

sumber daripada: http://sejarahstpm.blogspot.com


SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA
47810 PETALING JAYA SELANGOR
PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2010
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA
SEJARAH
KERTAS 1
Bahagian A
1. Bincangkan ciri-ciri utama peradaban Neolitik dan kepentingannya kepada perkembangan tamadun manusia. (25 markah)
2. Huraikan ciri-ciri utama Negara Bangsa dan bincangkan proses pembentukan dan pengukuhan Negara Bangsa di Eropah dengan merujuk kepada contoh contoh yang sesuai. (25 markah)
3. ``Kaultilya dan Machiavelli banyak memberikan sumbangan dalam bidang ketahanan dan pertahanan``
Bincangkan pernyataan tersebut. (25 markah)
4. Bincangkan ciri-ciri ekonomi di Eropah pada akhir Zaman Pertengahan. (25 markah)
5. Huraikan aliran sistem falsafah tradisonal di India pada zaman klasik. (25 markah)
6. Bincangkan faktor-faktor yang menggalakkan orang Cina melakukan penerokaan dan penjelajahan sebelum kurun ke 19. (25 markah)
7. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan seni bina tamadun awal. (25 markah)
8. Bandingkan organisasi sosial Tamadun China dan Tamadun India. (25 markah)
Bahagian B
9.  Bincangkan konsep ketuhanan dan keagamaan pandangan Arab jahilliah dan pandangan Islam. (25 markah)
10.  Bincangkan konsep syura dan baiah dalam perlantikan khalifah serta jelaskan proses pemilihan dan perlantikan khalifah semasa Zaman Khulafa Al Rasyidin. (25 markah)
11.  Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai, huraikan etika dan strategi peperangan yang telah diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W . (25 markah)
12.  Zakat memainkan peranan penting bagi pembangunan ekonomi Islam. Bincangkan jenis-jenis zakat dalam sejarah perlaksanaan ekonomi Islam. (25 markah)
13.  Bincangkan faktor-faktor yang menjadikan Cordova sebagai pusat ilmu pengetahuan ketika pemerintahan Bani Umaiyah di Eropah. (25 markah)
14.  Huraikan sejarah dan faktor-faktor kemunculan mazhab di dalam Islam. ( 25 markah )
15.  Penjelajahan dan penerokaan merupakan aspek penting dalam tamadun Eropah dan Tamadun Islam. Jelaskan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam Islam . (25 markah)
16.  Huraikan konsep seni menurut pandangan Islam dan barat serta nyatakan perbezaan antara kedua-duanya. (25 markah)
Disediakan oleh :
( En. Mohd Rosley Ismail )

Job opportunities at EON

EDARAN OTOMOBIL NASIONAL BHD
_____________________________

CUSTOMER RELATIONS PERSONNEL
(Nationwide)

Ensure all walk - in customer are greeted and assisted pleasantly with their enquiries.

Attend and provide amicable solution in resolving customers’ enquiries and complaint.

Monitor that phone calls are answered within three rings.

Provide information on current sales/service promotion or products.

Monitor and prepare weekly and monthly report to Branch Manager and Customer Care Department on the follow-up and reminder call status.

Maintaining customer data for sales and after sales to be used for any promotional campaign. (Data Cleansing)

Conduct customer satisfaction survey at branches.

Assist branch activities in achieving excellent service standard in line with CSI, SSI and ISO requirements.

Requirements:

Diploma in Public Relations, Marketing, Communications, Business Administration or any other related discipline from a recognized institution.

At least one year experience in customer relations.

Excellent interpersonal skills and able to communicate effectively with people at all levels.

Effective problem-solving, negotiation & time management skills.

Courteous, polite and have initiative and desire to resolve customer’s inquiries.

Must be prepared to work overtime (as and when required).

Must have basic knowledge of computer especially in Microsoft Office.

Fresh Graduates are encouraged to apply.

Should you be interested please send your application online to the company not later than 8 October 2010.
Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON)
EON Head Office Complex, No.2,Persiaran Kerjaya, Seksyen U1,Taman Perindustrian Glenmarie, Shah Alam.

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)



Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)


Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PENERBIT RANCANGAN (BA21A)
2. PENOLONG PEGAWAI SENIREKA (BA27)
3. PEGAWAI KEBUDAYAAN (BA41)
4. PEMBANTU MAKMAL (CA17)
5. PENOLONG PEGAWAI SAINS (CA27)
6. PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (FA29)
7. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (FA41)
8. JURUTEKNIK KOMPUTER (FT17)
9. PELUKIS PELAN (JA17)
10. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (JA21)
11. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (JA29)
12. PENOLONG JURUTERA (J29)
13. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA (J29)
14. ARKITEK (JA41)
15. JURUUKUR BAHAN (JA41)
16. JURUTERA KIMIA (JA41)
17. PENGAWAL KESELAMATAN (KP11)
18. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN (KP27)
19. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (NA17)
20. PENOLONG PENGURUS ASRAMA (NA27)
21. SETIAUSAHA PEJABAT (NA27)
22. PEGAWAI PENERBITAN (NA41)
23. PEKERJA RENDAH AWAM (RA01)
24. PEMANDU KENDERAAN (RA03)
25. PEMASANG JENTERA GRED III (RA11)
26. PEMBANTU PERPUSTAKAAN (SA17)
27. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN (SA27)
28. PENOLONG PUSTAKAWAN (SA41)
29. PEGAWAI AGAMA (SA41)
30. PEGAWAI RUNDINGCARA (SA41)
31. ATTENDAN KESIHATAN (UA03)
32. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN (UA17)
33. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (WA17)
34. PEGAWAI KERJA AKAUN (WA27)


CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara online di :
https://hrfin.utm.my/

TARIKH TUTUP :
30 SEPTEMBER 2010

Jawatan Kosong di Universiti Sultan Zainal Abidin


Universiti Sultan Zainal Abidin
______________________
___

1. Pensyarah Universiti (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan) – Gred : DS45/DS51/DS53/VK7

2. Pensyarah Perubatan (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan) – Gred : DU45/DU51/DU53/VK7


CARA MEMOHON / SYARAT LANTIKAN :

i. Syarat – syarat lantikan beserta maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web UniSZA iaitu
http://www.unisza.edu.my/

ii. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan Akademik UniSZA yang boleh diperolehi melalui laman web UniSZA
http://www.unisza.edu.my/borang

iii. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga(3) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap gagal.

iv. Sila nyatakan bidang dan fakulti bagi jawatan yang dipohon pada sebelah kiri bahagian atas sampul surat.

v. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

vi. Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta sijil dan dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia pada atau sebelum 3 Oktober 2010 kepada alamat di bawah :

Pendaftar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Imperial House
Lot 3921, Jalan Engku Sar, Batas Baru
20300 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
(u.p: Bahagian Sumber Manusia)

vii. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Encik Mohd Sayuti bin Yahya atau Puan Che Khamsah binti Mohd di Bahagian Sumber Manusia melalui talian 09-6306509 / 09-6306521 / 09-6220021 / 09-6220027.

Tarikh Tutup Permohonan: 3 OKTOBER 2010

Friday, September 24, 2010

MAGIKA


Wah! penatnya tapi apa2 pun nak kongsi gak tentang filem MAGIKA cerita ni dilakonkan oleh watak utama mawi(BAD) dan diana danielle( AYU). Cerita bermula apabila adik kepada AYU merajuk dan menyorok dlm hutan watak ni di lakonkan oleh pelakon yg memainkan watak shazlan dlm putera shazlan (MALIK) semasa sedang menyorok dia terdengar suara org menyanyi dan dia dapati suara trsebut datang dari sebuah telaga. Semasa hampir ke telaga tersebut dia terjatuh dan masuk lah dia ke dalam dunia MAGIKA pada masa yg sama ayu terdengar suara malik lalu cuba membantu tetapi syang dia juga terjatuh ke dlm telaga itu. Semasa smpi di dunia MAGIKA malik telah ditangkap oleh ziana zain(NENEK KEBAYAN) bersama dgn pgikut setianya iaitu awang kecik setelah ditangkap MALIK dikurung.
                                                       Aznil  menjadi PAK KADUK yg perut
                                                                            kedepan

Selepas berapa ketika AYU pla muncul utk mnyelamatkan adiknya dia telah bertemu Aznil nawawi (PAK KADUK) bla korang tgk perut aznil nie msti korang blh gelak pnyalah serius mcm org mngandung. Setelah itu dia bertanya tentang hal adiknya kepada pak kaduk dan pak kaduk bercerita kepada AYU bahawa adiknya dah ditangkap NENEK KEBAYAN semasa berjalan mencari adiknya dia berjumpa vanida imran (MAHSURI) seperti biasa brtnya soalan tntg adiknya but mahsuri x fhm bhasa mlayu so kat cni agak klakar n pas tu muncul watak norman hakim and setelah itu muncul pulak watak 2 pembantu seperti apek, mazlan, azlee, dan lain dorang bawa watak (5 bersaudara yg HANG2 tue)so ayu pun ceritalah kat dorang then apek (HANG TUAH) telah mngikut ayu untuk ke pasar ________. but diarang di serang anjing di tgh jln tba2 smasa lari AYU terjerat jerat yang dipasang BAD bermulalah cerita mereka berdua disini... Antara watak yg ade bawang putih bawang merah, naga tasik chini n bnyk g.. Cerita ni menarik so WAJIB TONTON untk tahu lebih lanjut
                                                               Antara pelakon MAGIKA

Tuesday, September 21, 2010

Rukun Negara masih tidak di fahami - Rais

Sumber Sinar Harian


KUALA LUMPUR - Lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara akan terus diperjelas dan diperincikan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat memahami inti patinya. 

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pada masa ini, prinsip Rukun Negara yang mempunyai pautan dengan gagasan 1Malaysia hanya didengari tanpa difahami. 

Katanya, bagi meningkatkan pemahaman di kalangan masyarakat, pihaknya akan memulakan kempen penjelasan inti pati Rukun Negara menerusi pelbagai projek dan program kementerian itu mulai bulan hadapan. 

“Kita akan mengadakan kempen yang lebih meluas dan berkesan untuk semua lapisan masyarakat bersekali dengan 1Malaysia supaya semua pihak memahami isian Rukun Negara yang dirasakan satu-satunya falsafah kenegaraan yang kekal, tetapi tidak mendapat tempat seperti yang diasaskan awalnya pada 1970. 

“Kementerian berasa bahawa pembawaan dan amalan Rukun Negara harus dijadikan elemen nyata dan difahami terus-menerus oleh semua lapisan masyarakat,” katanya kepada media pada majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di sini, semalam. 

Rais berkata, antara program dan projek yang dikenal pasti untuk diberikan penjelasan ialah menerusi pembudayaan muzik, pementasan, pelajaran dan pendidikan, program Komuniti Bestari dan ceramah oleh Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah kementeriannya. 

“Bagi pelajar sekolah, kita kini merangka pelbagai program dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, termasuk mengadakan kuiz berkaitan Rukun Negara dan 1Malaysia. 

“Di semua projek kerajaan pula, harus kita paparkan Rukun Negara itu sebagai satu piagam yang jelas supaya dapat mereka (masyarakat) lihat. Inilah harapan kita dan kita yakin kempen berterusan ini akan melahirkan semangat kekitaan yang lebih jelas dan mantap,” katanya. 

Rais berkata, masyarakat yang berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun adalah golongan yang kurang dapat menghayati prinsip Rukun Negara. 

“Jadi kita kena cerita semula apa asasnya Rukun Negara itu. Apa ertinya Kepercayaan Kepada Tuhan (prinsip pertama) sehinggalah ke tatasusilaan (Kesopanan dan Kesusilaan), agar setiap baris yang lima itu difahami dari segi sebenar dalam konteks agama, kaum, jabatan dan bidang masing-masing,” katanya. - Bernama

Mati Lepas Nazak di Taska

sumber Harian Metro Online


SEREMBAN: Persoalan menyelubungi keluarga bayi perempuan berusia tiga bulan yang meninggal dunia selepas dihantar ibu bapanya ke sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Paroi di sini, semalam.
HIBA...Zadariah yang sebak ditenangkan ahli keluarga, semalam. Gambar kecil, mangsa.
HIBA...Zadariah yang sebak ditenangkan ahli keluarga, semalam. Gambar kecil, mangsa.
Difahamkan, bayi malang yang juga cucu kepada Timbalan Pengerusi Tetap Wanita Umno Bahagian Seremban, Zadariah Ismail, 57, itu dikatakan ditemui pengasuh dalam keadaan sejuk dengan seluruh tubuhnya kebiruan dalam buaian di pusat asuhan terbabit.

Menurut Zadariah, sebelum pergi mengajar di dua sekolah berasingan sekitar daerah ini, ibu bapa bayi berkenaan, pasangan guru, Airul Anuar Abdul Aziz, 30, (anak Zadariah) dan Nurhida Md Nor, 26, menghantar bayi mereka ke pusat berkenaan, kira-kira jam 7 pagi.

“Saya yang sedang mengemas rumah tersentak apabila menerima panggilan daripada kakitangan pusat asuhan itu memaklumkan keadaan luar biasa cucu yang terlalu lemah dengan tubuhnya kebiruan, kira-kira jam 12 tengah hari.

“Berikutan itu, saya dan suami, Abdul Aziz Ismail, 59, bergegas ke situ dan membawa cucu ke sebuah klinik berdekatan untuk rawatan.

“Namun, selepas doktor bertugas gagal membantu cucu melalui bantuan pernafasan selama lebih 30 minit, saya diminta segera ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut,” katanya ditemui di Bilik Mayat HTJS, di sini.

Menurutnya, dia amat terkejut dengan kejadian berkenaan kerana cucunya itu dilihat riang dan ceria ketika kali terakhir bertemu pada majlis rumah terbuka di kediamannya di Taman Paroi Jaya, di sini, kelmarin.

“Hati ini bagaimanapun seolah-olah sudah terdetik akan kehilangan seorang cucu disayangi ketika mendukungnya keluar dari pusat asuhan terbabit. 

“Selain keadaan badan yang sejuk, beberapa kesan lebam di tangan dan hitam di kedua-dua telinga turut dilihat pada bayi berkenaan,” katanya.

Kata Zadariah, ibu bapa Nur Azwa yang menetap di sekitar Sikamat di sini, mendirikan rumah tangga Jun tahun lalu dan jenazah bayi berkenaan dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Paroi Jaya, hari ini.

Airul Anuar yang kelihatan sugul pula berkata, dia tidak pasti punca sebenar kejadian itu dan menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu, seorang pengasuh pusat berkenaan yang enggan dikenali berkata, pihaknya turut kecewa dengan insiden berkenaan yang pertama kali berlaku sejak 10 tahun beroperasi.

Menurutnya, kira-kira jam 10 pagi, dia menyusukan bayi berkenaan sebelum meletakkannya semula ke dalam buaian.

“Bagaimanapun, ketika mahu memandikannya dua jam kemudian, saya terkejut melihat tubuh bayi itu kebiruan dan segera menghubungi hospital serta ahli keluarganya,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Md Yusoff Awang, ketika dihubungi mengesahkan kejadian, berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

“Kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat, dan kes berkenaan setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Last day n today

Last day pergi nonton preview screning citer guardion yg citer psal burung hantu tue. citer ni mengisahkan 2 org adik beradik yang si abang nie burung yg taat pada ibubapa tapi si adik seorang yg takbur. satu hari ketika diorang tgah berlatih terbang tnpa pngetahuan ibu bapa dorang diorg tlh d tgkap olh skumpulan burung hantu jahat. Burung hantu jahat nie cri burung hntu kecil coz nak mlatih diorang berperang dengan tentera yg baik and ada stgh burung hntu djadikan pncri mknan utk diorang. Ttpi si abng nie x nak mnjdi tntera and diorg tlh trpisah coz adik nak maintain jd tntera krana tlh djnjikan dgn kuasa nak tahu lebih lanjut tonton lah filem ini

Hari ini nak tonton preview screening citer pasal Wall Street

Monday, September 20, 2010

PTPTN: Potong gaji mulai Jun 2011

Sumber Utusan Online
TEMERLOH 19 Sept. – Mulai Jun tahun depan, semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwajibkan membayar balik pinjaman secara potongan gaji bagi menangani masalah hutang tertunggak.
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said menegaskan, hanya dengan cara itu pihaknya dapat mengutip semula hutang daripada lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya.
Katanya, PTPTN akan membentangkan cadangan meminda Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.
‘‘Kita akan membincangkan mengenai pindaan Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu pada hujung bulan ini dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan cadangan itu akan dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kuala Krau dekat sini, hari ini.
Turut hadir, Pemangku Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusuf.
Menurut Ismail, PTPTN akan menunggu keputusan kerajaan sebelum melaksanakan skim potongan gaji peminjam bagi mengutip semula pinjaman tabung tersebut.
Kata beliau, PTPTN juga mengambil kira pelbagai perkara supaya tidak mengganggu pemberian pinjaman kepada peminjam lain yang bakal melanjutkan pengajian pada masa depan.
Beliau berkata, pembayaran secara sukarela oleh peminjam seperti melalui pemotongan gaji, bank dan secara atas talian dilihat tidak berkesan apabila 46,000 daripada 1.6 juta peminjam tidak pernah membayar balik pinjaman.
Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, sejak 1997 sehingga Julai lalu, PTPTN telah mengeluarkan dana pinjaman sebanyak RM23 bilion daripada jumlah dana yang diperuntukkan iaitu RM35 bilion.
‘‘Sepatutnya Julai lalu kita berjaya mengutip semula RM3.6 bilion daripada RM23 bilion itu namun setakat ini, kita hanya mampu kutip RM1.8 bilion ekoran kedegilan peminjam yang liat membayar semula pinjaman.
‘‘Daripada jumlah keseluruhan 1.6 juta peminjam, hanya 42 peratus atau 600,000 peminjam yang membayar balik pinjaman,” katanya.
Menurut Ismail, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengarahkan PTPTN supaya bekerjasama dengan kementerian dan jabatan kerajaan terlibat bagi mendapatkan data lengkap peminjam.

Today

aduh! letih tahap gaban jew aku rase maklumlah dah skul balikkan. Tadi dapat markah periksa befre cuti giler best dapat markah but aku just stakat PRINSIPLE jew bngga jugak but cover lah. Hari ini aku start puasa snat 6 nak periksa org kata elok amalkan puasa sunat dan smbhyg sunat. Best gak puasa nie seronok rasa macam puasa bulan Ramadhan jew but apa-apa pun aim or goal utk STPM msti aku teruskan kalau tak sia-sia jew aku belajar selam hampir stahun lebih nie.. so semua doakan aku berjaya k. ADIOS

Sunday, September 19, 2010

First Sekolah stelah bercuti

macam-macam perasaan aku rasa hari ini macam malas dan rasa tension maklumlah banyak kerja aku lupa apa-apa pun aim atau goal msti klna dahulukan iaitu STPM ingat this year najib apa-apa pun korang semua pray me get a good result k...

Tertinggal kondom

sumber Harian Metro Online

SAYA mengadakan hubungan intim dengan isteri menggunakan kondom. Selepas bersama didapati kondom itu tiada dan saya rasa ia berada di dalam faraj isteri.

Apakah tindakan yang boleh dilakukan dan apakah kesan kepada isteri jika kondom terbabit masih di dalam farajnya?


MOHD
Pontian, Johor




KONDOM mudah ditarik ­keluar menggunakan jari yang dimasukkan ke dalam faraj. Setelah itu, kondom hendaklah diperiksa sama ada masih utuh atau sudah koyak.


Sekiranya ia sudah koyak, ada kemungkinan sebahagian lagi cebisan kondom terbabit masih tertinggal di dalam faraj.
Anda mungkin memerlukan pemeriksaan atau kepastian doktor melalui pemeriksaan khas menggunakan alat spekulum untuk melihat keseluruhan faraj dan ruangnya.


Sekiranya ia berada buat masa yang lama, kehadiran kondom yang juga sejenis benda asing ini boleh menyebabkan jangkitan kuman sehingga mendatangkan masalah lelehan, bau dan seumpamanya.


Sementara itu, usah bimbang, agak mustahil untuk kondom memasuki ke dalam rahim kerana pintu rahim sangat kecil.


Bagaimanapun, kegagalan fungsi kondom (melindungi zakar anda dari awal penetrasi sehingga anda mengeluarkannya dari faraj) menyebabkan isteri anda terdedah kepada kemungkinan kehamilan.


Kondom terbabit mungkin tertanggal kerana zakar anda sudah kembali mengendur selepas ejakulasi (anda sepatutnya terus menarik zakar keluar sejurus selepas ejakulasi) atau kondom terbabit longgar.

Hotel halal di Selangor


 Selangor


Nama Hotel @ Resort
(Nama Premis/Dapur)

Tarikh Sah Sijil
1

CRYSTAL CROWN HOTEL (NIKMAT MAJU DEVELOPMENT SDN BHD)
NO 12 LORONG UTARA A,
OFF JALAN UTARA
46200 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA

Nama Premis / Dapur :
COFFEE HOUSE - BRASS CAFE
CRYSTAL CROWN HOTEL, NO 12 LORONG UTARA, OFF JLN UTARA, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR
01/03/2009 - 28/02/2011
2 CYBERVIEW LODGE SDN BHD (RESORT & SPA)
CYBERVIEW LODGE RESORT & SPA
PERSIARAN MULTIMEDIA
CYBERJAYA

Nama Premis / Dapur :
VERANDAH KITCHEN
CYBERVIEW LODGE RESORT & SPA
PERSIARAN MULTIMEDIA
CYBERJAYA 01/05/2010 - 30/04/2012
3 CYBERVIEW LODGE SDN BHD (RESORT & SPA)
CYBERVIEW LODGE RESORT & SPA
PERSIARAN MULTIMEDIA
CYBERJAYA

Nama Premis / Dapur :
PASTRY KITCHEN
CYBERVIEW LODGE RESORT & SPA
PERSIARAN MULTIMEDIA
CYBERJAYA 01/05/2010 - 30/04/2012
4 HOTEL ARMADA PETALING JAYA
LORONG UTARA C, SECTION 52
P.O BOX 691
PEJABAT POS JALAN SULTAN
46200 PETALING JAYA
SELANGOR

Nama Premis / Dapur :
UTARA COFFEE HOUSE KITCHEN /DAPUR UTAMA 01/04/2010 - 31/03/2012
5 HOTEL ARMADA PETALING JAYA
LORONG UTARA C, SECTION 52
P.O BOX 691
PEJABAT POS JALAN SULTAN
46200 PETALING JAYA
SELANGOR

Nama Premis / Dapur :
MALAY KITCHEN / DAPUR MELAYU 01/04/2010 - 31/03/2012
6 HOTEL HILTON PETALING JAYA
2 JALAN BARAT
46200 PETALING JAYA

Nama Premis / Dapur :
PASTRY
GROUND FLOOR EAST WING
HILTON PETALING JAYA
NO.2 JALAN BARAT
46000 PETALING JAYA 16/07/2010 - 15/07/2012
7 HOTEL HILTON PETALING JAYA
2 JALAN BARAT
46200 PETALING JAYA

Nama Premis / Dapur :
COLD KICHEN
GROUND FLOOR EAST WING
HILTON PETALING JAYA
NO.2 JALAN BARAT
46200 PETALING JAYA 16/07/2010 - 15/07/2012
8 HOTEL HILTON PETALING JAYA
2 JALAN BARAT
46200 PETALING JAYA

Nama Premis / Dapur :
MAIN KITCHEN 16/07/2010 - 15/07/2012
9 HOTEL HILTON PETALING JAYA
2 JALAN BARAT
46200 PETALING JAYA

Nama Premis / Dapur :
BUTCHERY
BASEMENT FLOOR EAST WING
NO. 2 JALAN BARAT
46200 HILTON PETALING JAYA 16/07/2010 - 15/07/2012
10 HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG
MOHAMED SHUKOR BIN MOHD ZAKARIA ENTERPRISE
(HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG)
LOT 979 & 980 PANTAI BAGAN LALANG
SG PELEK SEPANG
SELANGOR

Nama Premis / Dapur :
CAFE D'BAGAN 01/02/2010 - 31/01/2012
11 KL AIRPORT HOTEL SDN BHD (PAN PACIFIC KLIA)
JALAN CTA 4B, KUALA LUMPUR
INTERNATIONAL AIRPORT,

Nama Premis / Dapur :
DEGREES KITCHEN
JALAN CTA 4B, KUALA LUMPUR
INTERNATIONAL AIRPORT, 64000,
SEPANG, SELANGOR 16/11/2009 - 15/11/2011
12 KL AIRPORT HOTEL SDN BHD (PAN PACIFIC KLIA)
JALAN CTA 4B, KUALA LUMPUR
INTERNATIONAL AIRPORT,

Nama Premis / Dapur :
PASTRY KITCHEN
JALAN CTA 4B, KUALA LUMPUR
INTERNATIONAL AIRPORT, 64000,
SEPANG, SELANGOR 16/11/2009 - 15/11/2011
13 KL AIRPORT HOTEL SDN BHD (PAN PACIFIC KLIA)
JALAN CTA 4B, KUALA LUMPUR
INTERNATIONAL AIRPORT,

Nama Premis / Dapur :
BANQUET MAIN KITCHEN
PAN PACIFIC KLIA
JLN CTA 4B,
64000,KLIA 16/11/2009 - 15/11/2011
14 SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM

Nama Premis / Dapur :
PASTRY KITCHEN
GRAND BLUEWAVEHOTEL SHAH ALAM,
PERSIARAN PERBANDARAN,
SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM 01/11/2009 - 31/10/2011
15 SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM

Nama Premis / Dapur :
CHINESE KITCHEN
GRAND BLUEWAVEHOTEL SHAH ALAM,
PERSIARAN PERBANDARAN,
SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM 01/11/2009 - 31/10/2011
16 SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM

Nama Premis / Dapur :
SEMARAK KITCHEN 16/04/2010 - 15/04/2012
17 SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM

Nama Premis / Dapur :
MAIN KITCHEN 16/04/2010 - 15/04/2012
18 SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM

Nama Premis / Dapur :
MALAY KITCHEN 16/04/2010 - 15/04/2012
19 THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ
PERSIARAN KEWAJIPAN USJ1
47600, UEP SUBANG JAYA

Nama Premis / Dapur :
BANQUET KITCHEN
LEVEL 5,THE SUMMIT HOTEL 01/05/2009 - 30/04/2011
20 THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ
PERSIARAN KEWAJIPAN USJ1
47600, UEP SUBANG JAYA

Nama Premis / Dapur :
OCEANIA BUFFET RESTAURANT
LEVEL M,THE SUMMIT HOTEL 01/05/2009 - 30/04/2011
21 THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ
PERSIARAN KEWAJIPAN USJ1
47600, UEP SUBANG JAYA

Nama Premis / Dapur :
WARONG JUNCTION KITCHEN
LEVEL G, THE SUMMIT HOTEL 01/05/2009 - 30/04/2011

19-09-2010

penatnya aku rasa. Raya dah msuk hari yang ke-10 tapi tradisi rumah terbuka mmg x habis-habis. hari ini jew adew 5 buah rumah aku raya tapi bukan semua rumah terbuka just sekadar nak berkunjung melawat rakan taulan kalau diikutkan ade lagi but oleh sebab badan dah kenyang perut x cht ku btalkan niat nak beraya

Saturday, September 18, 2010

Masih ramai lagi yang tertipu

Sumber Harian Metro

KOTA BHARU – Meskipun berstatus pegawai tinggi kerajaan dan lepasan universiti
 namun
 mereka tetap tidak terlepas daripada penipuan melalui khidmat pesanan ringkas 
(SMS) yang kononnya menawarkan pelbagai hadiah lumayan.
Sepanjang bulan April sahaja, SMS itu berjaya memerangkap 17 orang di negeri 
ini yang mendakwa masing-masing kerugian di antara RM1,000 hingga RM5,000
 kerana sikap tamak untuk mendapatkan tawaran hadiah cabutan bertuah berupa
 wang tunai.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Supritendan Hamzah
 Alias berkata, jumlah keseluruhan kerugian mangsa yang antaranya terdiri 
daripada pegawai tinggi kerajaan, pegawai perubatan, pelajar universiti, guru, 
pesara dan pekerja swasta itu sebanyak RM33,825.


Awatlah pandai bebeno blh di tipu oleh si penipu.. xkan kerana wang yg trlalu 
merepek jumlh nya dtwarkan blh trtarik plax. ishhh plix2 dah mcm2 kempen 
k'jaan buat still ade lg lahabau yg x fham. so semua berwaspadalah dengan SMS 
SI PENIPU

Lawak-lawak pendek

Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Pembohong...

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut

Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak

Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...hehe

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah...... 

Lawak TELEFON..




Satu hari ketika baru saja tiba dr subang, aku singgah sekejap di Klcc.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level tu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah…
“Haa,camna sekarang ?” Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.
Ntah camna,akhirnya aku balas juga “Ok gak ler”
Kemudian suara tu bertanya lagi “Ko nak gi mana ni??”
Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata “Aku nak balik,singgah sini nak beli brg sikit”
Lepas suara tu bertanya lagi “Bila ko nak gerak ni??”
Aku selamba jer kata “Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la”.
Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata “Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

kerja kat RHB Bank





 RHB Banking Group is currently the fourth largest fully integrated financial service group in Malaysia. Our core businesses are streamlined into seven Strategic Business Groups (SBGs):

Relationship Manager
Mortgage Sales Consultant
Personal Banker Trainee
Insurance Consultant
Credit Card Executive
Marketing Executive
Share Trading Officer
Research Analyst
Relationship Manager - Corporate Banking
Manager – Business Planning & Reporting
Senior Manager/Manager – Market Risk Policies and Quantitative Risk Analytics
Senior Manager/Manager – Risk Modeling
Senior Manager/Manager – Corporate Portfolio Risk Analytics
Team Leader - Credit Audit
Senior Executive - MIS & System Support
Assistant Vice President - MIS & System Support
Executive/Senior Executive - Credit Policy
Senior Manager/Assistant Vice-President - Credit Policy
Head - Wholesale Banking
Senior Account Relationship Manager
Manager - Corporate Banking
Sales Manager
Sales Executive
Young Graduate Trainee

If you are a go-getter with the drive and determination to achieve aggressive business objectives, we encourage you to submit your application: CV with full details indicating current & expected salary, copies of secondary and tertiary certificates including transcripts, a recent digital passport sized-photograph no later than 30th September 00 to:

E-mail: career@rhb.com.my

Address:

Recruitment Management,
Manpower Management,
Group Human Resource
Level 3, Tower 3,
RHB Centre, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur

Closing Date : 30 September 2010

Cegah Gout







bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.

2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu

13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis

24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout

25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang

26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

27. Elakkan jering, petai dan kerdas

28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

29. Elakkan menonton bahan pornografi

30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.

31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb

32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb

33. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.

34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri

35. Elakkan sayuran jeruk

36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin

37. Elakkan telur masin

38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)

39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England (www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp)

40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.

41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)

42. Kurangkan makanan bersantan

43. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto


Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing

2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan

5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)

6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb

8.Buah Delima

9. Epal hijau 2 biji seminggu

10. Burung seperti burung puyuh dan merpati

11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya

12. Garam kasar menggantikan garam halus

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

15. Makan kapsul HABBATUSSAUDA


16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.