Saturday, January 1, 2011

Telefon selular tidak boleh sebabkan barah

Sumber Utusan online


KUALA LUMPUR 22 Dis. - Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak kerana ia tidak kaitan antara satu sama lain.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, frekuensi elektromagnet dari telefon selular itu berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.
"Ini berikutan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tahun ini yang mengesahkan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit," katanya ketika menjawab soalan Senator Mohd. Khalid Ahmad di Dewan Negara hari ini.
Mohd. Khalid mahu mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan telefon selular boleh menyebabkan kesan negatif terhadap pengguna.
Joseph berkata, frekuensi elektromagnet telefon selular adalah tergolong dalam radiasi tidak mengion iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul-molekul di dalam badan manusia.
Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga tidak menerima sebarang kes melibatkan penggunaan telefon selular dan impaknya terhadap risiko barah otak setakat ini.
"Bagaimanapun, SKMM menerima 43 aduan mengenai gangguan frekuensi yang berpunca daripada menara telekomunikasi dan tindakan sudah diambil ke atas semua aduan," katanya

No comments:

Post a Comment