Monday, January 31, 2011

Teknik kuasai bahasa Inggeris

sumber www.bharian.com.my




BAHASA Inggeris bukanlah satu kemahiran yang mudah dikuasai pelajar yang bukan daripada kalangan penutur jati.
Proses menguasainya sebagai bahasa kedua ada kalanya berhadapan dengan kesukaran hingga menyebabkan bahasa itu sukar diajar.
Bagaimanapun kesukaran itu boleh diatasi menerusi proses pembelajaran secara sistematik selain menjadikannya sebagai sebahagian daripada medium komunikasi seharian. 

Pensyarah HELP University, Prof David Ross, berkata secara keseluruhannya, bahasa Inggeris mempunyai keunikannya tersendiri. 

Bahasa itu kata beliau, mengandungi lebih banyak bunyi berbanding bahasa lain. Keistimewaan semua bunyi itu diwakili oleh 26 aksara atau huruf Latin. 

Katanya, terdapat pelbagai pendekatan untuk mengeja sesuatu bunyi. Ada teknik terbaik untuk membunyikan huruf tertentu. 
Sepanjang proses menguasai kemahiran itu, kata Ross, pelajar akan menemui beberapa perkataan dalam bahasa berkenaan yang sukar dieja. 

“Kesukaran itu disebabkan sebahagian besar perkataan Inggeris yang perlu dieja mempunyai aksara yang disenyapkan atau tidak perlu disebut. 

“Kepada penutur jati sekali pun, proses mengeja menjadi masalah besar kepada mereka disebabkan banyak peraturan, pengecualian dan ada kalanya wujud ketidakseragaman,” katanya dalam kenyataan yang diterbitkan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Ros berkata, bagi mengatasi masalah itu, dia memperkenalkan metodologi berkesan dengan melaksanakan sistem kod mudah atau lebih dikenali sebagai ‘The Mastering English Program’ (ME). Kaedah ini sesuai untuk pelajar dan guru bahasa Inggeris. 

Beliau berkata, ME membolehkan pelajar menukar kod bahasa tanpa perlu mempelajari sistem yang dibangunkan oleh ‘International Phonetic Alphabet’. 

“Pada kod ME, setiap bunyi diwakili satu simbol saja iaitu perkataan sebenar untuk mengeja bunyi berkenaan. 

“Untuk membezakan beberapa bunyi dalam satu perkataan, nombor digunakan sebagai tanda bunyi,” katanya. 

Ross berkata, bunyi vokal pada kod berkenaan diwarnakan sebagai merah dengan nombor bunyinya bermula 1 hingga 23 manakala konsonan diwarnakan biru. 

Katanya, konsonan bukan fonetik juga berwarna biru dengan ‘superskrip’. Diagraf konsonan pula diwarnakan biru dan bergaris. Garisan itu menandakan wujud dua huruf yang mewakili satu bunyi. 

Bagi memudahkan proses belajar, beliau berkata, huruf senyap pada kod berkenaan pula diwarnakan kelabu. 

“ME menyediakan kurikulum lengkap dan mengurangkan masa persediaan untuk tutor. Modul lengkap ini memudahkan proses pembelajaran kepada pelajar dan guru. Pelaksanaannya juga pelbagai sama ada menerus

No comments:

Post a Comment