Wednesday, January 25, 2012

Komponen Parlimen Malaysia

       

         Umum mengetahui bahawa Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan DEmokrasi Berparlimen dan Raja Berpelambagaan. Sistem ini telah termaktub di dalm Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang2 tertinggi negara. Di Malaysia kita mengamalkan amalan demokrasi, iaitu pemimpin akan di pilih melaui Pilihan Raya Umum mahupun Pilihan Raya Kecil. Individu yang memenangi PRU akn mewakili kawasan yang di wakili di Parlimen . Parlimen merupakan Dewan Tertinggi. Dewan ini berkuasa mengubal dasar, mengubah perlembagaan dan segala yang berkaitan dengan negara, Parlimen mempunyai 3 Komponen 1) Dewan Rakyat 2) Dewan Negara 3) Yang Di- Pertuan Agong.

         

           Dewan Rakyat mempunyai ahli seramai 222 orang yang mewakili kawasan Parlimen di seluruh Malaysia. Ahli di dalam Dewan Rakyat akan bergelar Yang Berhormat. Parti yang menang majoriti di Parlimen akan membentuk satu kerajaan bagi mentadbir negara. Perdana Menteri hanya boleh dilantik dari kalangan Ahli Dewan Rakyat dan beliau akan memegang peranan sebagai ketua esekutif mengikut apa yang termaktup didalam perlembagaan persekutuan. Umur bagi melayakkan seorang itu menjadi Ahli Dewan Rakyat adalah 21 Tahun

          Dewan Negara merupakan Dewan yang mempunyai sama taraf dengan Dewan Negara cuma Dewan Negara tidak berkuasa menidakkan keputusan Dewan Rakyat tetapi berkuasa menanguh dan mengarahkan Dewan Rakyat untuk bersidang semula jika perlu. Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli dan ahli DEwan Negara akan bergelar Senator. 44 Orang Ahli Dewan Negara dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong dan 26 orang lagi  adalah daripada Dewan Undangan Negeri seluruh Malyisa. Umur bagi melayakkan seseorang itu Menjadi Ahli Dewan Negara adalah 30 tahun.

           
         Yang Di-Pertuan Agong merupakan komponen dalam Parlimen tetapi baginda tidak mngambil tempat didalam persidangan. Baginda berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen. Baginda merupakan peringkat terakhir didalam perlaksanaan sesuatu undang2.

No comments:

Post a Comment