kenapa manusia sering berubah hati.. selalu kita akan dialami masalah yang sebegini rupa begitulah juga aku yang merupakan insan yang tak lari daripada masalah seperti ini. Ingatkan bila kita mengenali hati budi masing- masing kita akan faham dan hubungan kita boleh kekal ke akhir zaman, Namun apa boleh buat andai takdir telah mengatakan sedemikian. Itu lah yang membenlenggu diri Ahmad sejak pagi tadi dirinya setiap kali termenung dan adakalanya menangis mengenangkan percintaan antaranya dengan Natasha yang ibarat telur di hujung tanduk ketika ini.
Tersedar dari lamunan Ahmad terpingga- pingga apabila ditanya soalan oleh Encik Rahman yang merupakan pensyarah kenegaraan. Ya Ahmad boleh terangkan kepada saya apa yang di maksudkan dengan konsep negara bangsa "Tanya Encik Rahman kepada Ahmad".. Dengan nada yang perlahan Ahmad menjawab maaf Encik saya tidak dapat menjawab pertanyaan yang Encik utarakan.
Itulah lain kali jangan termenung dalam kelas saya, ini tak dari tadi asyik termenung sampai soalan yang senang seperti ni pun tak boleh jawab " kata Encik Ahmad dengan nada yang tinggi".. Sambil menundukkan kepala Ahmad mengangguk tanda faham dan berkata saya tidak akan termenung lagi didalam kelas Encik.
Jam di dewan kuliah menunjukkan tepat pukul 9.45 pagi ini bermakna tinggal 15 minit sahaja lagi waktu Encik Rahman akan habis. Ishhh lambat betullah kelas lecturer tua ni nak habis dah lah bosan " getus hati Ahmad yang memang sejak dari mula lagi tidak menunjukkan minat dalam subjek ini apatah lagi setelah dia mengalami krisis dengan Natasha mood nak belajarnya pun hilang bagai ditiup bersama obor percintaannya. Baiklah kelas hari ni sampai disini sahaja pelajaran kita, ingat assigement yang saya bagi tolong siapkan kalau tak nak Fail " kata Encik Ahmad kepada pelajar Diploma Sains Kemanusiaan" Baik Tuan balas pelajar Diploma Sains Kemanusiaan..
Ahmad dengan lajunya mencapai begnya lalu bergegas ingin keluar daripada dewan kuliah itu namun langkah nya terhenti bila suara Muhaammad menegurnya Relax lah Ahmad tak yah nak tergopoh gapah Kolej ni tak bergegar lagi. Yang ko sibuk apasal aku punya suka lah nak tergopoh gapah ke nak berlari ke ade aku susahkan ko' kata Ahmad". MUhammad merupakan kawan baik Ahmad satu ketika dahulu namun kini hubungan mereka renggang gara-gara mulut Muhammad yang menjadi pencetus kepada ketegangan hubungan cinta antara Ahmad dan Natasha. Kalau nak ikutkan hati aku ni aku rasa ada yang makan penumbuk aku pagi ni Kata Muhammad. Ko ingat ko punya penumbuk je ke aku punya ko tak tau pulak kata Ahmad. Aku malas nak layan lah manusia yang macam ko ni depan lain belakang laincakap macam Issh tambah Ahmad. Dengan muka marah Ahmad berlalu pergi.
to be continue
No comments:
Post a Comment