Sunday, December 12, 2010

Ahmad dan Natasha 2

Ishhh penat betul hari ini "rungut Ahmad dlam hatinya". sambil membuka magga kunci di motonya, matanya terpanadang satu wajah yang amat dia cintai. Natasha jerit Ahmad tetapi Natasha tidak mengendahkannya kerana sakit hatinya terhadap Ahmad terlalu tinggi, dia merasakan dirinya tertipu dan cinta yang diberi ibarat permata yang tidak berharga. Ahmad menninggalkal motornya lantas terus mengejar Natasha. Natasha awak perlu tahu situasi sebenarnya dia bukan sape-sape dengan saya semua ni salah faham, please Natasha bagi saya peluang untuk menjelaskannya"Rayu Ahmad". Dah tak de apa-apa lagi kita nak bincangkan Ahmad hati saya dah remuk, kalau dulu orang kata saya tak percaya tapi saya nampak awak sendiri dengan mata saya Ahmad. Awak tahu bertapa hancurnya hati saya ini pengenalan kepercayaan saya  selama 3 tahun ini awak musnahkan Jelas Natasha. Awak perlu faham Natasha dia merupakan belum sempat Ahmad menghabiskan kata-katanya percakapannya dipotong oleh Muhammad. Ishhh ko ni Ahmad orang dah tak nak blah je lah tak payah nak rayu- rayu ko pergi je lah dekat Nurul yang ko suka giler tu kan, jom lah sambil memberi Natasha Helmet. Natasha menaiki motor yang di pandu Zimah lalu berlalu pergi meninggalkan Ahmad. Dengan hati yang sedih Ahmad berlalu pergi daripada Kolej Subpa.


Di rumah Ahmad masih teringat kata-kata yang di katakan oleh Natasha dia merasakan dirinya yang bersalah terhadap Natasha atas kejadian itu. Ishh sepatutnya aku tak tumpangkan si minah gedik " keluh hati kecilnya" cinta yang selama ini ibarat madu kini dah menjadi sembilu yang mencucuk diri pedihnya di rasakan. Ahmad menjerit ARHHHHHHHH akibat tekanan yang terjadi dalam hidupnya. Ibunya Datin Kalsom yang ketika itu sedang duduk di ruang tamu terkejut dengan perlakuan anaknya. Adik kenapa jerit - jerit ni kata Datin Kalsom. Dengan nada sedih Ahmad menjawab tiada apa-apa ibu. Adik ibu kenal adik sejak kecil lagi tau ibu faham sangat peranagi anak bujang Ibu sorang ni, ce cerita apa yang membelenggu fikiran adik" jelas Datin Kalsom. Bukan ibu orang rasa macam ditipu oleh kawan baik orang sendiri, sanggup dia menipu adik sehingga menyebabkan hubungan saya dengan cinta saya dah nak putus. Owh maknanya ni sebab cinta lah yew, Ishhh jangan jadikan cinta segalanya dik, ok tak pe nanti biar ibu yang cari pasangan untuk adik " jelas Datin Kalsom. Tak nak ibu saya hanya mencintai dia seorang saja sampai bila tidak ada seorang pun boleh menggantikan dia Ibu. Tak pe suka hati adik kalau pelajaran merost kerana budak ni ibu akan hantar belajar ke luar negara. Tak nak ibu "jelas Ahmad" memang dahulu hajat nya ingin anaknya belajar diluar negara namun tidak sampai hati apabila Ahmad merayu dan dia tidak mahu ke luar negara


tobe continue

Friday, December 10, 2010

Sampah di Kuala Lumpur membimbangkan - Dr. M

Sumber utusan Online

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Sebanyak tujuh juta tan sampah dihasilkan oleh penduduk di kawasan pembangunan Greater Kuala Lumpur (Greater KL) yang dianggarkan berjumlah 5.5 juta orang setiap tahun.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ia merupakan sebahagian daripada 34,310,000 tan sampah yang dihasilkan keseluruhan rakyat di negara ini pada jangkamasa sama.
Menurut beliau, jumlah itu amat membimbangkan kerana negara memerlukan kawasan yang luas untuk pelupusan sampah.
''Apa yang boleh kita lakukan dengan tujuh juta tan sampah itu? Sudah tentu kita boleh buangkan sahaja ke tepi jalan atau longkang dan sungai.
''Namun, ia akan mengakibatkan longkang dan sungai dipenuhi sampah serta tersumbat yang seterusnya menyebabkan banjir.
''Atau juga kita boleh bakar sahaja sampah di belakang rumah. Jika sebuah rumah berbuat demikian mungkin ia okey. Tetapi bagaimana kalau setiap orang di Kuala Lumpur melakukannya? Bukan sahaja jerebu malah ia akan mencemarkan alam sekitar,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam blognya, http://chedet.co.cc, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pembinaan insinerator untuk pelupusan sampah mungkin menjadi jalan penyelesaian.
Sungguhpun begitu, jelasnya, tidak ada kalangan kita yang mahu insinerator dibina di kawasan berhampiran masing-masing.
''Untuk itu, kita perlu mencari kawasan yang tidak didiami oleh sesiapa bagi membinanya. Namun, jika diperhatikan di kawasan sekitar pembangunan Greater KL, sudah pasti kita tidak akan dapat mencari sebidang tanah yang sesuai untuk dibina insinerator.
''Jika ada, sudah tentu ia agak jauh dan akan meningkatkan kos pengangkutan yang diselenggara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),'' ujarnya.
Beliau seterusnya mencadangkan agar mereka yang menghasilkan sampah dikenakan bayaran tertentu.
''Tetapi, saya tidak fikir setiap daripada kita bersetuju dengan cadangan itu.
''Inilah dilema yang dihadapi oleh pihak berkuasa yang saya utarakan dalam blog supaya masyarakat dapat memikirkan jalan penyelesaian bersama,'' tambahnya.

Ahmad dan Natasha

kenapa manusia sering berubah hati.. selalu kita akan dialami masalah yang sebegini rupa begitulah juga aku yang merupakan insan yang tak lari daripada masalah seperti ini. Ingatkan bila kita mengenali hati budi masing- masing kita akan faham dan hubungan kita boleh kekal ke akhir zaman, Namun apa boleh buat andai takdir telah mengatakan sedemikian. Itu lah yang membenlenggu diri Ahmad sejak pagi tadi dirinya setiap kali termenung dan adakalanya menangis mengenangkan percintaan antaranya dengan Natasha yang ibarat telur di hujung tanduk ketika ini.


Tersedar dari lamunan Ahmad terpingga- pingga apabila ditanya soalan oleh Encik Rahman yang merupakan pensyarah kenegaraan. Ya Ahmad boleh terangkan kepada saya apa yang di maksudkan dengan konsep negara bangsa "Tanya Encik Rahman kepada Ahmad".. Dengan nada yang perlahan Ahmad menjawab maaf Encik saya tidak dapat menjawab pertanyaan yang Encik utarakan.
Itulah lain kali jangan termenung dalam kelas saya, ini tak dari tadi asyik termenung sampai soalan yang senang seperti ni pun tak boleh jawab " kata Encik Ahmad dengan nada yang tinggi".. Sambil menundukkan kepala Ahmad mengangguk tanda faham dan berkata saya tidak akan termenung lagi didalam kelas Encik.


Jam di dewan kuliah menunjukkan tepat pukul 9.45 pagi ini bermakna tinggal 15 minit sahaja lagi waktu Encik Rahman akan habis. Ishhh lambat betullah kelas lecturer tua ni nak habis dah lah bosan " getus hati Ahmad yang memang sejak dari mula lagi tidak menunjukkan minat dalam subjek ini apatah lagi setelah dia mengalami krisis dengan Natasha mood nak belajarnya pun hilang bagai ditiup bersama obor percintaannya. Baiklah kelas hari ni sampai disini sahaja pelajaran kita, ingat assigement yang saya bagi tolong siapkan kalau tak nak Fail " kata Encik Ahmad kepada pelajar Diploma Sains Kemanusiaan" Baik Tuan balas pelajar Diploma Sains Kemanusiaan..


Ahmad dengan lajunya mencapai begnya lalu bergegas ingin keluar daripada dewan kuliah itu namun langkah nya terhenti bila suara Muhaammad menegurnya Relax lah Ahmad tak yah nak tergopoh gapah Kolej ni tak bergegar lagi. Yang ko sibuk apasal aku punya suka lah nak tergopoh gapah ke nak berlari ke ade aku susahkan ko' kata Ahmad". MUhammad merupakan kawan baik Ahmad satu ketika dahulu namun kini hubungan mereka renggang gara-gara mulut Muhammad yang menjadi pencetus kepada ketegangan hubungan cinta antara Ahmad dan Natasha. Kalau nak ikutkan hati aku ni aku rasa ada yang makan penumbuk aku pagi ni Kata Muhammad. Ko ingat ko punya penumbuk je ke aku punya ko tak tau pulak kata Ahmad. Aku malas nak layan lah manusia yang macam ko ni depan lain belakang laincakap macam Issh tambah Ahmad. Dengan muka marah Ahmad berlalu pergi.


to be continue

Thursday, December 9, 2010

Feedback aku lepas tengok Narnia

The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader Poster



Salam lamanya x berblogger maklumlah exam tengah on so kenalah stop kejap. Nak cerita pasal ape yer owh baik cerita pasal kisah Narnia yang baru aku tengok semalam, secara keseluruhan aku minat cerita ni pasal penuh dengan aksi2 yang menarik antaranya apabila pelayar2 Narnia berjumpa dengan Ular besar... Cerita ni mempunyai kesan bunyi yang menarik dan cara persembahan dier pun boleh tahan juga.
 
   Cerita bermula apabila edward dan Lucy tinggal di rumah sepupunya yang tidak menyukainya. suatu ketika apabila mereka duduk didalam bilik mereka teringat akan narnia apabila terpandang satu lukisan yang tergantung dalam biliknya... Gambar itu seakan bergerak dan ia mula melimpahkan air sehingga memenuhi ruang bilik.. semasa perkara ini berlaku sepupu kepada mereka sedang marah mereka.jadi nak dipendekkkan cerita apabila air memenuhi ruang bilik dorang cuba berenang ke pemukaan dan apabila naik ke pemukaan laut doranag berada di laut Narnia.. dan ade sebuah kapal melalui kawasan itu menyelamatkan mereka yang didalamnya terdapat Putera of Caribian... Start daripada ini lah bermula pergembaraaan mereka dalam mencari jawapan akan kehilangan 7 Bangsawan yang hilang ketika ingin membawa 7 pedang..

    Nak tahu cerita lanjut Tontonilah Narnia pasti best punyalah