Friday, April 8, 2011

Kesan fitnah lebih bahaya daripada pembunuhan

 Sumber bharian.com.my


Al-Quran beri panduan tidak pandang remeh, nilai kebenaran berita diterima  PERBUATAN saling memfitnah banyak berlaku dalam masyarakat hari ini yang bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Akan muncul suatu ketika iaitu ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Riwayat Muslim)

Fitnah diertikan sebagai sengaja mengadakan keburukan dan kekurangan orang lain, menokok tambah keaiban dan kelemahan orang serta memalsukan kebaikan sehingga menjadi keburukan. Ia boleh berlaku dalam bentuk lisan atau tulisan seperti surat layang, khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web sosial dan e-mel.
Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: “Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan.” (Surah al-Baqarah, ayat 191)

“Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah.” (Surah al-Qalam, ayat 29).

Disebabkan terlalu banyak perkara palsu dan pembohongan dalam fitnah, pembuat fitnah biasanya menyembunyikan diri supaya tidak diketahui kerana tidak mahu bertanggungjawab dan menyedari perbuatan itu palsu.

Pembuat fitnah tidak berjaya jika tidak dibantu orang yang menyebarkannya. Sebab itu kedudukan pembuat fitnah dan penyebarnya sama dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.
Perkara ini dijelaskan dalam hadis diriwayatkan daripada Huzaifah, katanya: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Riwayat al-Bukhari)

Diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah pada malam Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW diperlihatkan dengan sekumpulan manusia yang menggunting lidah dan bibir mereka. Baginda bertanya kepada Jibril: “Siapakah mereka? Jibril menjawab: “Mereka ialah penyebar fitnah.” (Riwayat al-Tabrani).

Lazimnya perbuatan memfitnah berlaku didorong oleh tamak, iri hati dan mementingkan diri. Ia juga boleh berlaku jika seseorang lebih mengutamakan kedudukan dan keduniaan (harta benda) melebihi kepentingan agama.

Implikasi fitnah lebih dahsyat daripada membunuh. Jika membunuh hanya membabitkan orang tertentu dan berakhir pada masa tertentu, namun fitnah boleh menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya menimbulkan perpecahan, perbalahan, kemusnahan harta serta nyawa dalam jangka masa panjang yang sukar disekat.





   



Orang yang difitnah akan mempertahankan diri dan apabila tahap kesabarannya mula hilang menyebabkan ia bertindak lebih agresif dan di luar batas kemanusiaan.

Diceritakan, pada zaman dulu ada lelaki kaya menuju ke pekan untuk membeli hamba. Dia ditawarkan hamba lelaki yang tiada cacat cela kecuali gemar memfitnah. Lelaki itu menganggap fitnah perkara ringan dan remeh, maka dia membeli hamba berkenaan.

Selepas agak lama di rumah majikannya, hamba itu mula berkata kepada isteri lelaki itu bahawa suaminya ingin berkahwin lagi. Hamba itu mencadangkan isteri majikannya segera menggagalkan perkahwinan itu dengan ubat guna-guna iaitu mengambil bulu roma pada leher suaminya dengan menggunakan pisau tajam agar tidak terasa sakit ketika si suami tidur. Oleh kerana percaya si isteri berusaha mendapatkan pisau tajam.

Kemudian hamba itu memberitahu tuannya bahawa si isteri akan membunuhnya ketika dia tidur. Ketika pura-pura tidur, datang si isteri membawa pisau. Ketika lehernya dipegang lelaki itu segera bangun merampas pisau berkenaan lalu terus membunuh isterinya. Keesokannya keluarga si isteri menuntut bela atas kematian itu dengan berbunuhan antara kedua-dua pihak.

Kisah ini memberi pengajaran penting. Pertama, fitnah tidak boleh dianggap ringan dan remeh kerana boleh menimbulkan perpecahan, perbalahan, kemusnahan harta dan nyawa. Kedua, perlu menilai kesahihan berita di sampaikan seseorang.

Sebenarnya untuk menilai kebenaran berita yang disebarkan, al-Quran meletakkan panduan seperti dinyatakan. beberapa ayat al-Quran antaranya firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga

No comments:

Post a Comment