Monday, July 16, 2012

Rangkuman ceritaku di Universiti Malaysia Terengganu

Dalam 1 bulan lebih lagi aku akan kembali ke Universiti Malaysia Terengganu.. X sabar rasanya nak berjumpa teman-teman secourse yang aku rindui sangat2 ihihihihi....


Selama 2 sem aku menjadi pelajar atau Mahasiswa UMT, banyak pengalaman yang telah aku perolehi sepanjang 2 Sem mnjadi warga UMT. Baik daripada mengacara sehinggakan keluar negara semuanya pasti tidak dapat aku perolehi semasa di Bangku persekolahan. 


UMT merupakan sebuah universiti yang aku lihat mempunyai potensi besar dalam meahirkan cendiakawan ulung dalam meniti misi negara maju 2020. Mana x nya dalam tempoh x smpai berbelas tahun UMT telah berjaya mengalahkan beberapa Universiti Awam terkemuka dalam 20 senarai Universiti awam.


Keyakinan aku untuk bercakap dan berhadapan dengan umum sebenarnya lebih diasah semasa aku di UMT. Aktiviti2 sukarelawan dan berbagai yang lain menyebabkan aku kini bangga kerana bisa menjadi seorang yang lebih brkeyakinan.


Gambar2 di saksi bahawa aku juga boleh berjaya walaupun dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan, tapi penuh dengan kasih sayang..sehingga aku berjaya menjadi mahasiswa lestari




Gambar nie masa Pendaftaran dan hari 1 st aku di UMT. Nie depan blok aku iaitu Blok At-Tabrani


Ni pulak bilik aku yang comel. Mula2 rasa tertekan jugak bila nampak bilik sekecik ini perlu di kongsi dengan 4 orang tapi selepas memikirkan yang positif so aku rasa sesuai kerana dier lebih mengeratkan hubungan aku dengan roomate2 aku

Ni pulak masa romate aku nikah.. yang pakai baju hijau and merah duduk sebelah aku tue merupakan roomate2 aku selama 2 Sem atau lebih kurg 1 thun gaklah

Ni masa aku mengikuti program under kelab aku dulu iaitu kelab kepimpinan 1 di Dewan Undangan Negari Terengganu, so masa kita orang pergi nie kita orang berjumpalah dengan MB T'ganu iaitu Mat said

Ni pulok masa juallan kat Terenganu Trade Centre yang mesti dilakukan oleh pelajar yang mengambil subjek  asas keusahawanan

So nak hilangkan stress di kepala kami student2 POSESO berjimba di Sekayu Comey huuhuhu...

Jangan x percaya masa masuk Universiti nielah aku baru merasa jd awok2 Dikir barat tau ihihi

Ni pulok masa jadi Fasilitator denagn student2 sekolah angkat POSESO iaitu sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntong

Mengikuti lawatan ke Parlimen oleh pihak HEPA.. nielah first time aku masuk Parlimen and yang bestnya masuk2 Parlimen terus boleh bergmbar degan YDP Dewan Negara dan masuk bilik YDP.. ihihihih

Nie pulok masa meeting Sekreteriat Pencegahan Rasuah UMT dan UiTM Shah Alam yang berkunjung ke UMT untuk mencambahkan buat fikiran tentang hala tuju SPR masing2

Lawatan kelab pengacaraan UMT GEMERSIK ke Sri Pentas TV3. Kalu x ikut rombongan ni aku percaya aku x kan pernah msuk cnie

Ni lah aktiviti paling aku takkan lupa iaitu ekspedisi jejak tamdun China di Beijing,China. Thanks a lot to UMT sebab kalu x msuk UMT mungkin aku x kan sampai kut di Kota Beijing yang penuh dengan sejarah tersendiri

Rasanya perkara2 seperti diatas lah menyebabkan aku sentiasa berfikir secara matang agar diri ini boleh menjadi insan yang sempurna. Pengalaman merupakan guru sejati jadi kepada kat luar tue apa lagi gains experience and aku percaya x kan rugi kerana ia kan mengajar kita untuk menjadi lebih matang

2 comments:

  1. blok at-tabrani ni blok laki ke? ke campur?

    ReplyDelete