Friday, May 18, 2012

Apa itu Gangguan Seksual



Kerja khusus aku and rakan sem lepas

Ramai orang tertanya-tanya dan tidak memahami apa itu gangguan seksual. Sebagai warga yang prihatin, aku rasa terpanggil untuk menceritakan definisi gangguan seksual dan jenis-jenis gangguan seksual. Untuk pengetahuan semua gangguan seksual ini merupakan salah satu jenayah yang boleh menyebabkan si pelaku di bawa ke mahkamah

Gangguan seksual boleh terjadi kepada lelaki atau perempuan dan tiada had kepada pegawai atasan ke atas kakitangan bawahannya sahaja. Dalam konteks akademik sesuatu tingkah laku yana ditakrif sebagai ancaman atau ‘quid pro quo’, ia juga tidak terhad kepada berlainan jantina, malah boleh dilakukan oleh lelaki terhadap lelaki atau perempuan terhadap perempuan. Gangguan seksual di tempat kerja juga bukan hanya berlaku dalam pejabat atau organisasi malah ia turut membabitkan gangguan seksual di luar tempat kerja yang wujud daripada hubungan dan tanggungjawab berkaitan perkerjaan. Misalnya melalui majlis-majlis sosial berhubung pekerjaan, menjalankan tugas di luar tempat kerja, persidangan atau latihan berkaitan pekerjaan, ketika dalam perjalanan berkaitan tugasan, telefon dan media elektronik. Kesan langsung dan tidak langsung daripada tindakan yang tidak bermoral ini akhirnya dikaitkan dengan rendahnya prestasi mangsa dan kerugian yang perlu ditanggung oleh organisasi. Oleh itu, sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak diambil oleh organisasi atau pihak-pihak berkenaan, kemungkinan perlakuan  gangguan seksual  ini akhirnya boleh menjadi satu wabak dalam masyarakat. 

 
Gangguan jenis pertama ialah gangguan seksual secara langsung dan biasanya berlaku antara majikan dan pekerja. Gangguan seksual jenis ini berlaku apabila pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji atau kenaikan pangkat, mengugut pekerja bawahan supaya memberi layanan seksual kepadanya sebagai ganjaran kenaikan pangkat atau gaji. Jika pekerja itu tunduk kepada kehendak majikannya, dia akan dinaikkan pangkat atau menerima gaji yang lebih lumayan. Walau bagaimanapun sekiranya pekerja tersebut menolak kehendak majikannya, dia akan kekal dengan kedudukan yang ada sampai bila-bila masa atau dibuang kerja. Gangguan jenis ini adalah mudah dibuktikan dan tidak menimbulkan sebarang masalah kerana jelas tiada garis pemisahnya.

Manakala gangguan jenis kedua pula ialah perlakuan dilakukan sama ada secara
lisan, isyarat, visual, psikologi dan fizikal.

(i) Gangguan Secara Lisan

Gangguan secara lisan ini dinyatakan dalam perlakuan yang menjurus kepada gangguan seksual antaranya ialah melalui kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi-bunyian dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau ancaman seksual.


(ii) Gangguan Secara Isyarat

Gangguan secara isyarat atau bukan lisan dinyatakan sebagai perlakuan yang berbentuk pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks dan tingkah laku mengurat yang berterusan.

(iii) Gangguan Secara Visual

Gangguan yang dikategorikan sebagai gangguan visual pula menyatakan perlakuan seperti menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian badan yang sulit yang tidak sepatutnya.

(iv) Gangguan Secara Psikologi

Gangguan secara psikologi pula adalah berbentuk perlakuan mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu.

(v) Gangguan Secara Fizikal

Gangguan secara fizikal merupakan bentuk perlakuan seperti sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap dan menggesel badan, memeluk, mencium dan membuat serangan seksual seperti meraba.


No comments:

Post a Comment