Kerja khusus aku and rakan sem lepas
Ramai orang tertanya-tanya dan tidak memahami apa itu gangguan seksual. Sebagai warga yang prihatin, aku rasa terpanggil untuk menceritakan definisi gangguan seksual dan jenis-jenis gangguan seksual. Untuk pengetahuan semua gangguan seksual ini merupakan salah satu jenayah yang boleh menyebabkan si pelaku di bawa ke mahkamah
Gangguan seksual boleh terjadi kepada
lelaki atau perempuan dan tiada had kepada pegawai atasan ke atas kakitangan
bawahannya sahaja. Dalam
konteks akademik sesuatu tingkah laku yana ditakrif sebagai ancaman atau ‘quid pro quo’, ia juga tidak terhad
kepada berlainan jantina, malah boleh dilakukan oleh lelaki terhadap lelaki
atau perempuan terhadap perempuan. Gangguan seksual di tempat kerja juga bukan
hanya berlaku dalam pejabat atau organisasi malah ia turut membabitkan gangguan
seksual di luar tempat kerja yang wujud daripada hubungan dan tanggungjawab
berkaitan perkerjaan. Misalnya
melalui majlis-majlis sosial berhubung pekerjaan, menjalankan tugas di luar
tempat kerja, persidangan atau latihan berkaitan pekerjaan, ketika dalam
perjalanan berkaitan tugasan, telefon dan media elektronik. Kesan langsung dan tidak langsung
daripada tindakan yang tidak bermoral ini akhirnya dikaitkan dengan rendahnya
prestasi mangsa dan kerugian yang perlu ditanggung oleh organisasi. Oleh itu,
sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak diambil oleh organisasi atau
pihak-pihak berkenaan, kemungkinan perlakuan
gangguan seksual ini akhirnya
boleh menjadi satu wabak dalam masyarakat.
Gangguan jenis pertama ialah gangguan seksual secara
langsung dan biasanya berlaku antara majikan dan pekerja. Gangguan seksual
jenis ini berlaku apabila pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji
atau kenaikan pangkat, mengugut pekerja bawahan supaya memberi layanan seksual
kepadanya sebagai ganjaran kenaikan pangkat atau gaji. Jika pekerja itu tunduk
kepada kehendak majikannya, dia akan dinaikkan pangkat atau menerima gaji yang
lebih lumayan. Walau bagaimanapun sekiranya pekerja tersebut menolak kehendak
majikannya, dia akan kekal dengan kedudukan yang ada sampai bila-bila masa atau
dibuang kerja. Gangguan jenis ini adalah mudah dibuktikan dan tidak menimbulkan
sebarang masalah kerana jelas tiada garis pemisahnya.
Manakala
gangguan jenis kedua pula ialah perlakuan dilakukan sama ada secara
lisan,
isyarat, visual, psikologi dan fizikal.
(i) Gangguan Secara
Lisan
Gangguan secara lisan ini dinyatakan dalam perlakuan
yang menjurus kepada gangguan seksual antaranya ialah melalui kata-kata, komen,
gurauan, usikan, bunyi-bunyian dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau
ancaman seksual.
(ii) Gangguan Secara
Isyarat
Gangguan secara isyarat atau bukan lisan dinyatakan
sebagai perlakuan yang berbentuk pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu
niat atau keinginan, menjilat bibir, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda,
isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks dan tingkah
laku mengurat yang berterusan.
(iii) Gangguan Secara Visual
Gangguan yang dikategorikan sebagai gangguan visual pula
menyatakan perlakuan seperti menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar
lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian badan yang sulit yang
tidak sepatutnya.
(iv) Gangguan Secara Psikologi
Gangguan secara psikologi pula adalah berbentuk
perlakuan mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara
berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu.
(v) Gangguan Secara
Fizikal
Gangguan secara fizikal merupakan bentuk perlakuan
seperti sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap dan menggesel
badan, memeluk, mencium dan membuat serangan seksual seperti meraba.