Tuesday, April 10, 2012

Sembah Tahniah kepada YDPA ke 14

Alhamdulillah sempurna sudah perlantikan Yang Di-Pertuan Agong ke 14 yang buat julung-julung kalinya diadakan di Istana negara yang baru di Jalan Duta. Sebelum ini perlantikan agong diadakan di Istana Negara yang lama yang mana merupakan bekas kediaman Residen British namun selepas itu dijadikan Istana Negara...
Penyempurnaan perlantikan ini sekaligus menyempurnakan sistem pemerintahan Malaysia yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja berperlembagaan.
Sekali lagi sebagai rakyat Malaysia patik merafak sembah dan sembah tahniah di atas perlantikan Tuanku dan Permaisuri Agong di atas perlantikan sebagai Agong ke 14

DAULAT TUANKU

No comments:

Post a Comment