Monday, March 19, 2012

Cinta

 
            Mungkin benar kata pujangga cinta yang mengatakan cinta begitu indah andai kita memperolehinya daripada insan yang benar-benar boleh menerima kita dengan sepenuh hati, namun adakah cinta yang diperoleh tanpa keikhlasan akan memperoleh kebahagian yang dicari atau diidamkan orang sang pecinta, andai ini yang kita cari maka berbalik kepada mengapa adanya cinta. Cinta merupakan satu persaan yang wujud lebih daripada kasih sayang. Jika kita kaitkan kasih sayang dengan cinta mungkin sukar untuk di pisahkan kerana lahir nya sayang adalah bunga yang akan membawa kepada sebuah cinta yang hakiki. Jika kasih sayang x dapat dipisahkan dengan cinta keikhlasan juga merupakan elemen yang penting yang mana tanpanya cinta yang suci daripada seorang insan sukar untuk diperolehi. mungkin benar kata orang cinta yang sejati hanya terbit apabila kita benar-benar mencintainya, ternyata perkara ini benar kerana apabila kita bersedia menerimanya degan sepenuh hati nescaya kita akan ikhlas dan sayang nya sepenuh hati sehingga menerbitkan rasa cinta yang suci dari hati nurani.

No comments:

Post a Comment