Thursday, March 29, 2012

Cintaku


Selamat malam buat cintaku,
andai malam ini malam terkhir kita bersama,
ku mohon engkau setia menantiku,
aku ingin engkau tahu
cintaku padamu sesuci cinta adam dan hawa.

Benar cintaku masa bisa merubah segalanya,
namun tidak pada cintaku yang setinggi
gunung everest dan seputih buih di lautan
Cintaku padamu tidak bisa terpadam
 walau diri kita berjauhan beribu batu.

Sang pencinta pernah mengatakan cinta
yang tulus akan diperoleh andai kita
jujur untuk mencintai pasangan kita,
di sini ingin ku katakan bahawa
cintaku tulus hanya buat dirimu
dan ku berharap cinta ini kekal
sehingga ke alam perkahwinan...........

coretan cintaku

     



   
       Ada kalanya manusia sukar menafsirkan definisi cinta, kerana kesukaran inilah yang menyebabkan kita kadang kala tersasar daripada landasan cinta yang mana ianya suci dari segala- galanya.

       Kesucian sesuatu cinta boleh dilihat apa bila kita sanggup menerima pasangan cinta kita dengan sepenuh hati yang mana apabila perasaan ini timbul nescaya cinta yang hakiki akn diperolehi dengan mudah dan bahagia.

       Kesucian cinta boleh tersasar andai diri kita tidak meletak batu penghalang agar kesucian yang halal dapat terus dijaga untuk dilanjutkan ke alam perkahwinan yang mana terdapat kemanisan yang dijanjikan Tuhan.

       Andai kata kesucian cinta telah tersasar dari jalan yang sepatutnya berdoalah agar di ampunkan tuhan dan bertanggung jawab lah agar kita tidak menjadi hamba NYA yang di murkai...

Monday, March 19, 2012

Cinta

 
            Mungkin benar kata pujangga cinta yang mengatakan cinta begitu indah andai kita memperolehinya daripada insan yang benar-benar boleh menerima kita dengan sepenuh hati, namun adakah cinta yang diperoleh tanpa keikhlasan akan memperoleh kebahagian yang dicari atau diidamkan orang sang pecinta, andai ini yang kita cari maka berbalik kepada mengapa adanya cinta. Cinta merupakan satu persaan yang wujud lebih daripada kasih sayang. Jika kita kaitkan kasih sayang dengan cinta mungkin sukar untuk di pisahkan kerana lahir nya sayang adalah bunga yang akan membawa kepada sebuah cinta yang hakiki. Jika kasih sayang x dapat dipisahkan dengan cinta keikhlasan juga merupakan elemen yang penting yang mana tanpanya cinta yang suci daripada seorang insan sukar untuk diperolehi. mungkin benar kata orang cinta yang sejati hanya terbit apabila kita benar-benar mencintainya, ternyata perkara ini benar kerana apabila kita bersedia menerimanya degan sepenuh hati nescaya kita akan ikhlas dan sayang nya sepenuh hati sehingga menerbitkan rasa cinta yang suci dari hati nurani.

Friday, March 2, 2012

Keputusan STPM diumumkan mulai Rabu depan Keputusan STPM diumumkan mulai Rabu depan


01/03/2012 6:42pm
KUALA LUMPUR 1 Mac — Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan (7/3/2012).

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM Result

jarak No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my/ mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut. — BERNAMA