Friday, December 23, 2011

34,271 calon dapat semua A

Sumber: utusan.com.my

PUTRAJAYA 22 Dis. - Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 secara keseluruhannya dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan pada tahun ini didapati lebih baik daripada tahun lepas di mana GPN yang dicatatkan adalah 2.74.
Beliau menjelaskan, nilai GPN yang lebih rendah menunjukkan keputusan yang lebih baik.
“Seramai 34,271 daripada 441,137 calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 30,863 pada 2010. Berlaku peningkatan sebanyak 0.75 peratus di sini.
“Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan PMR di sini hari ini.
Abdul Ghafar berkata, calon yang mendapat minimum gred D (tidak termasuk A) pula meningkat sebanyak 1.49 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu.
“Bagi pencapaian calon luar bandar pula, bilangan calon yang mendapat semua A meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lepas.
“Calon bandar yang mendapat semua A meningkat kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, nilai GPN bagi calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata.
“Namun pada keseluruhannya pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, seramai 12 daripada 1,370 calon berkeperluan khas berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini berbanding lima orang pada tahun lepas.
“Calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (semua D) pada tahun ini juga meningkat dari segi bilangan dan peratusan. Ini dapat digambarkan pada nilai GPN sebanyak 4.10 mata berbanding 4.19 pada 2010,” katanya.

Susu bayi Enfamil keluaran AS tidak diimport ke negara ini

Sumber: utusan.com.my



PUTRAJAYA 23 Dis. - Susu rumusan bayi jenama Enfamil keluaran sebuah syarikat dari Amerika Syarikat yang dilaporkan menyebabkan kematian seorang bayi di negara itu didapati tidak diimport ke negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, perkara itu telah disahkan dari hasil maklum balas syarikat Mead Johnson Malaysia dan menerusi Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM).
Bayi dari Missouri itu mati disyaki berpunca daripada pengambilan produk tersebut yang dicemari bakteria Cronobacter yang mengakibatkan produk terbabit ditarik dari pasaran di Amerika Syarikat.
Dalam satu kenyataan, Dr. Hasan berkata, bagaimanapun sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan telah mengenakan tindakan Pemeriksaan Tahap 5 (Tahan, Uji dan Lepas) di bawah FoSIM terhadap produk itu sekiranya ia didapati diimport ke negara ini.
Pengguna yang merasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu produk makanan di pasaran tempatan, boleh membuat laporan kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my/v3. - BERNAMA

Najib mahu graduan pelbagaikan ilmu, raih pengalaman jadi pemimpin

Sumber: bharian.com.my




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengingatkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), khususnya Universiti Malaya (UM), di sini supaya memanfaatkan peluang menjejakkan kaki di menara gading untuk menimba sebanyak mungkin ilmu, selain meraih pengalaman menjadi pemimpin.
Perdana Menteri mahu mereka menjadikan tempoh pengajian sebagai landasan untuk memiliki ilmu dalam pelbagai bidang, selain mengasah bakat kepemimpinan dalam organisasi yang bakal memberikan manfaat selepas meninggalkan alam pengajian.
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM, Mohd Syahid Mohd Zaini, berkata aspek berkenaan dinyatakan Perdana Menteri bagi memastikan penuntut IPTA bukan setakat memiliki ilmu ketika menghabiskan antara tiga hingga lima tahun di IPTA, malah mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara selepas memasuki alam pekerjaan.

“Perdana Menteri mahu kami memberikan tumpuan kepada pengajian sambil tidak mengabaikan aspek menimba pengalaman dalam menganjurkan pelbagai aktiviti dalam kampus,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui selepas menikmati minum petang Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) bersama Najib di Kompleks Perdana Siswa UM, di sini. 

Najib menghabiskan kira-kira setengah jam beramah mesra dengan Mohd Syahid dan 12 Presiden Kolej UM selepas melakukan tinjauan mesra di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Koperasi Kedai Buku UM. 

Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin. 
Mohd Syahid berkata, MPP UM juga mencadangkan supaya MR1M dan KR1M diperluas ke 12 kolej kediaman dan 16 fakulti di kampus berkenaan bagi memberi peluang kepada lebih ramai penuntut menikmati makanan dan barangan pada harga rendah.

Sementara itu, Ismail berkata, kementerian berkenaan bercadang memperluas KR1M dan MR1M di seluruh 17 IPTA di seluruh negara menjelang awal tahun depan bagi meringankan beban penuntut IPTA menanggung kos sara hidup.

“Penuntut adalah golongan tidak berpendapatan. Kos sara hidup menggugat perbelanjaan mereka. Kita rancang buka KR1M dan MR1M di seluruh IPTA.

“UM universiti pertama yang membuka KR1M dan MR1M. Ia akan diperluas ke kolej kediaman dan fakulti.

Bagaimanapun, penuntut IPTA tidak memerlukan 250 barangan KR1M. Mungkin di sini hanya perlu 100 lebih barangan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini ada 187 kedai di seluruh negara yang menyediakan produk KR1M, sejajar hasrat kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan barangan berkenaan dinikmati rakyat, terutama yang berpendapatan rendah. 

Duit baru Malaysia

Duit Baru yang dilengkapi siri mata wang yang baru dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang akan digunakan pada JULAI depan


Duit baru RM 20 pun ade syabas lah Bank Negara moga-moga orang yang nak palsukan duit ni x tercapailah niatnya oleh sebab keselamatan yang lebih canggih

Terengganu Trade Centre

Baru dapat update blog pasal lain x cukup bgus... Gambar-gambar yang baru aku nak update nie adalah sempena Young Enterpernure ajuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) acara nie agak x menarik pasal tiada promosi yang hebat dan keadaan yg suram semasa program nie berlangsung

                                                     ini gerai Adik beradik losong hahaha

                       Happy Bufday my first coursemate walaupun ko nak g nursing jangan lpa aku
                                                                     we all in one class







                                                          happy bufday David











kenangan dalam gambar ini tidak akan dapat aku lupakan

Friday, December 16, 2011

Lawatan ke Dewan Undangan Negeri Terengganu

Pada 5.12.2011 lepas aku berkunjung ke DUN Terengganu dengar pembentangan Bajet 2012 untuk Terengganu... Ini adalah first time aku msuk ke dalam Dewan DUN...

                                            di hadapan DUN Terengganu
                                            Bersama Menteri Besar Terengganu
                                           Bersama ADUN TEPOH
                                             bersma ADUN Tepoh
                                                 Bersama Hazwan di DUN
                                              diriku