Thursday, November 18, 2010

Tips Diet Terbaik

Semua Orang kat dunia ni kalau cakap pasal badan mesti nak kurus jadi saya rasa di bawah ni adalah sedikit tips supaya kita semua sama-sama bole maintain kurus agar negara berpenduduk gemuk tidak digelar terhadap negra kita
  •  Minum banyak air atau minuman tidak kalori yang lain.
  • Fikirkan tentang apa yang boleh anda tambah ke diet anda, bukan apa yang anda perlu ambil.
  •  Pertimbangkan apakah anda benar-benar lapar.
  •  Jadi pengundi tentang makanan ringan di malam hari.
  •  Nikmati makanan kegemaran anda.
  • Makan protein pada setiap kali makan.
  • Jadi seorang yang aktif

So harap semua dapat lah mencuba yew....SELAMAT MENCUBA


TIPS TEMUDUGA

Kerapkali ada kebenarannya tentang perkara ini - terutamanya apabila seseorang itu mengenali seseorang yang lain, selalunya bila ada syarikat yang mengambil kakitangan dalaman untuk kenaikan pangkat. Walaubagaimanapun, ini bukanlah selalu terjadi. Sekiranya seseorang itu berkemungkinan paling layak mendapat jawatan tersebut, ada beberapa kriteria penting yang patut dipatuhi (itupun bukan satu jaminan).

Ini termasuk :-
Ø      penemuduga mahir tentang apakah bentuk soalan yang akan ditanya dan mereka sentiasa peka tentang kebenaran di atas setiap jawapan yang diterima. Kedua-dua perkara ini nampak mudah, tetapi saya pasti yang sebahagian besar daripada mereka yang mengendalikan temuduga itu tidak mendapat apa-apa bentuk latihan pun, tiada pengalaman sebagai penemuduga dan kerapkali mereka tidak membuat apa-apa persediaan pun untuk temuduga itu.
Ø      penemuduga tidak mungkin tertarik tentang sifat fizikal, berperwatakan cantik, sifat lucu dan sebagainya terhadap seseorang calon temuduga. Perkara-perkara tersebut adalah agak susah hendak diatasi walaupun oleh seorang penemuduga yang berpengalaman.
Ø      calon temuduga telah mempelajari bagaimana cara untuk menunjukkan kemahiran mereka dengan jelas, pencapaian terbaik mereka dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi syarikat.
Ø     tidak akan berlaku pertindihan keperibadian di antara penemuduga dan calon temuduga.
Ø      kedua-dua pihak tidak berhadapan dengan apa-apa masalah.
Sesetengah majikan – selalunya yang telah dikritik kerana pernah memilih calon yang salah pada masa dahulu – telah membuat satu garis panduan pengambilan pekerja yang profesional supaya dapat mengurangi dari berlakunya kesilapan. Ada waktunya prosedur ini banyak membantu dan amat berkesan dalam membuat pemilihan calon, tetapi ia tidak menjamin yang calon yang paling layak mendapat tawaran jawatan itu. Akhirnya satu analisis telah dibuat, yang pemilihan seseorang untuk mengisi sesuatu jawatan memerlukan sekurang-kurangnya seorang individu untuk membuat keputusan, dan tidak kiralah apa pun usaha yang dibuat untuk menghapuskan fikiran subjektif, sifat pilih kasih dan telah pun ada pilihan sendiri – walaubagaimanapun berusaha untuk menjauhinya.
Di dalam dunia yang unggul ini, calon yang terbaik untuk sesuatu jawatan itulah yang mendapatnya; sebaliknya, kebenarannya calon yang menunjukkan prestasi terbaik semasa temuduga yang mendapat kemenangan. Pengajaran yang dapat diambil dari sini ialah :
 Ø      jangan secara otomatik menarik diri dari memohon sesuatu jawatan jika sekiranya anda dapat tahu sudah ada calon yang lebih layak ada memohon jawatan yang sama. Jika sekiranya anda berusaha untuk membuat persediaan yang secukupnya, ada kemungkinan besar anda akan menjadi calon pilihan – terutamanya apabila calon yang seorang lagi mengambil mudah dan tidak membuat apa-apa persediaan untuk menghadiri temuduga.
 Ø      jika sekiranya anda mendapat tahu anda paling layak untuk mengisi jawatan tersebut jangan sekali-kali mengambil mudah tentang temuduga itu. Hendaklah berkelakuan seperti anda sedang bersaing dengan musuh yang amat menakutkan. Ambil masa untuk membuat persediaan dengan teliti. Bukan bererti anda mempunyai pengalaman, anda telah tahu bagaimana hendak menyampaikan pendapat anda semasa menghadapi temuduga.

Filem "The Social Network"

Ingin mengetahui bagaimana Facebook bermula? Filem ini menceritakan bagaimana, seorang mahasiswa Harvard dan genius dalam pengaturcaraan komputer, Mark Zuckerberg membina rangkaian sosial dunia yang

merevolusikan komunikasi. Antara pelakon-pelakon terkenal adalah seperti JESSE EISENBERG, ANDREW GARFIELD, JUSTIN TIMBERLAKE, ARMIE HAMMER and JOSH PENCE, dan ramai lagi. Filem ini adalah berdasarkan sebuah buku bertajuk "The Accidental Billionaires" oleh Ben Mezrich.
Untuk keterangan lanjut mengenai filem ini dan bagaimana untuk mendapat tiket-tiket percuma, sila lawati Peraduan Blogger Filem "The Soc ial Network".
Filem ini akan ditayangkan di pawagam mulai 2 Disember 2010!