Wednesday, October 6, 2010

Cegah anai-anai sebelum parah

sumber FOMCA




Masalah serangan anai- anai memang memeningkan kepala khusus bagi mereka yang gemarkan kediaman berasaskan kayu atau ala Bali.

Serangan anai-anai  bukan saja merosakkan perabot kayu, almari dan dapur anda, malah serangga yang kecil tetapi berjiwa besar ini juga gemar memakan kertas buku dan majalah serta pakaian yang baik tersimpan di dalam gerubuk khas di rumah anda.

Jika anda menghadapi masalah anai-anai atau mahu mencegah di peringkat awal, anda tidak perlu risau kerana terdapat semakin banyak syarikat penghapus seranggan perosak beroperasi bagi menangani masalah itu.

Anai-anai boleh merosakkan struktur kayu seperti rangka tingkap, lantai kayu dan rangka pintu.haiwan ini bermula dari bawah tanah dan ia suka di celah kayu kerana tidak suka terkena matahari atau cahaya. Ia mempunyai permaisuri yang membiakkan anai-anai itu.

Jika terus dibiarkan, anai-anai boleh melarat hingga ke bumbung dan itu akan membahayakan keadaan struktur rumah termasuk perabot  yang diperbuat daripada kayu.

Ada dua Cara untuk mengatasi atau mengurangkan serangan anai-anai ini iaitu dengan menggunakkan racun kawalan seranggan atau pergi terus mendapatkan khidmat syarikat perundingan professional kawalan anai-anai yang berhampiran dengan tempat anda.

Serangan anai-anai sememangnya membawa kepada kemusnahan kepada kediaman  anda.

Sebab itulah pengawalannya perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya kewujudan sarang awal dapat dikenal pasti, manakala pengawalan dan penjagaan rapi pula menjamin seluruh komuniti termasuk sarangnya berjaya di musnahkan sama sekali.

Bagaimanapun, jika serangnnya agar berkurangan atau hanya pada tempat tertentu, ada juga cara kawalan yang mudah dan murah boleh digunakan. Contohnya dengan menyediakan air panas mendidih dan siram ke kawasan yang diserang itu.

Dengan cara ini, koloni anai-anai, sarang termasuk telurnya akan mati dan binasa dalam masa beberapa saat. Ada juga menggunakan minyak hitam yang disapukan kepada benda berkayu bagi bertujuan mengelakkan serangan anai-anai.

Sebaliknya jika serangan berlaku di bahagian bawah lantai, kerja pengawalan terbaik ialah menggunakan khidmat pengawalan professional yang ditawarkan syarikat perunding tertentu. Mungkin anda boleh mendapatkan senarai nama syarikat menerusi halaman 1klassifieds atau dari yellow pages untuk menyemak jenis perkhidmatan, ubat dan harga yang ditawarkan.

Biasanya ubat khas akan diletakkan di bahagian bawah lantai dan ubat ini berkesan mengawal dan menghalang  serangan anai-anai selama dua tahun.

Bayaranya, biasanya adalah mengikut luas dan besar kawasan kediaman anda itu. Bagi pemilik rumah baru, cuba elakkan bahagian bawah rumah terlalu lembab atau terendam dalam air.

Jika berlaku banjir, segera keringkan kawasan itu sama ada menyalurkan air keluar ataupun menggunakan mesin pengering khas bagi mengurangkan kelembapan.

Ini kerana tempat yang lembap dan sejuk menjadi habitat paling sempurna bagi anai- anai sebelum ia mengerahkan askar-askarnya menyerang bahagian kediaman anda yang lain.

Ada juga orang yang menggunakan alat ventilator atau kipas khas bagi menyedut kelembapan keluar dari kawasan itu bagi memastikan bahagian bawah rumah yang terlindungan sentiasa kering. 

Pastikan juga pemaju yang membina rumah sentiasa beringat supaya tidak menimbunkan atau menana, sisa potongan kayu yang tidak digunakan lagi berhampiran dengan rumah yang dibina.

Anai-anai yang bersarang di situ akan merebak dan menjadikan unit kediaman berhampiran tempat mencari makan dan seterusnya menjadikan kediaman itu sebagai koloni barunya pula.

Jika ada rekahan kecil pada bahagian dinding, segera masukkan ubat atau lakukan semburan berkala di situ.

No comments:

Post a Comment