Friday, August 26, 2011

Haram bekal, jual bebola agar-agar

Sumber Bharian.com.my




Bebola agar-agar pelbagai warna yang diharamkan


Budak anggap sebagai makanan 

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.

Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.
Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil. 

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal. 

"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus. 

"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam. 
Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini.

Thursday, August 25, 2011

JOm Tengok RANKING U di MALAYSIA

Senarai RANKING UNIVERSITI DAN KOLEJ DI MALAYSIA



World RankNameCountry Rank
629Universiti Sains Malaysia1
694Universiti Teknologi Malaysia2
731Universiti Kebangsaan Malaysia3
771Universiti Putra Malaysia4
788University of Malaya5
995Universiti Malaysia Perlis6
1126Multimedia University7
1133Universiti Teknologi Mara8
1344Universiti Malaysia Pahang9
1491International Islamic University of Malaysia *10
1572Universiti Utara Malaysia11
1838Universiti Tun Hussein Onn Malaysia12
1838Universiti Tenaga Nasional13
1862Universiti Malaysia Sabah14
2106Open University Malaysia15
2127University of Nottingham Malaysia16
2154Universiti Teknologi Petronas17
2274Universiti Sains Islam Malaysia18
2993Universiti Pendidikan Sultan Idris19
3333Taylor’s University College20
3450Universiti Teknikal Malaysia Melaka21
3847Universiti Tunku Abdul Rahman22
3859Universiti Malaysia Terengganu23
4571Universiti Malaysia Sarawak24
5011Universiti Tun Abdul Razak *25
5068Monash University Malaysia26
5266Universiti Industri Selangor27
5375Wawasan Open University28
5528UCSI University29
5554Curtin University of Technology Sarawak Campus30
6117Asia Pacific Institute of Information Technology31
6628International Medical University32
6716Help University College33
6795Tunku Abdul Rahman College34
6809Al Madinah International University35
6867Universiti Kuala Lumpur36
6995National Defence University of Malaysia37
7003Segi College38
7027Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul ..39
7209Universiti Malaysia Kelantan40
7608Limkokwing University of Creative Technology *41
7826KDU College42
7991Selangor International Islamic University College43
8326Sunway University College44
8529Malaysia Theological Seminary45
8705Malaysia University of Science & Technology46
8772Olympia College Malaysia47
8864Swinburne University of Technology Sarawak Campus48
9345Malaysian Institute of Management49
9479University of Malaya Medical Center & Faculty of M..50
9541INSANIAH University College51
9879Taman Pertanian University52
9897Kuala Lumpur Infrastructure University College53
9911International Centre for Education in Islamic Fina..54
10114Majlis Peperiksaan Malaysia55
10143Cyberjaya University College of Medical Sciences56
10169Disted-Stamford College57
10169Berjaya University College of Hospitality58
10281Asia e University59
10425KBU International College60
10831New INTI College61
11254TATI University College62
11571Nilai International College63
11889Asia Pacific University College of Technology & In..64
11975AIMST University65

Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)


   

        Jika kita sebut pasal Jalan TAR pasti ramai dah terbayang syurga bagi membeli- belah warga kota di Lembah Klang.. Jalan TAR sinonim dengan musim perayaan AIDIL FITRI yang umum mengetahui bahawa ia merupakn tempat yang sangat senifikan bagi masyarakat MELAYU untuk membeli belah sempena menyambut perayaan yang bakal menjelang

    Masuk semlam dah 3 kali aku duk pergi JAl TAr nie tapi satu ape pun aku x beli hanya menemankan orang yg teringin benor nak shopping raya.. Aku rela pergi ke jalan  TAR kerana aku rasa terhibur melihat kaum aku iaitu MELAYU begitu bersemangat menjalankan peniagaan kata orang kalu pandai tarik pelanngan pada musim2 perayaan macam nie ia umpama DURIAN RUNTUH bagi peniaga2 kecil. Semangat mereka yang adakalanya sehingga sanggup memperagakn pakain w/pun pkain blainan jntina membuatkan hati aku gembira setiap kali berada di JALAN TAR kerana melihat semangat berniaga yang ditunjukkan

      Setiap barang di JALN TAR mempunyai kualiti tersendiri di mna setiap pengunjungnnya pasti tidak akn pulang dengan tagan kosong kerana macam biasa faktor harga yg jauh lebih murah dr BIASA jika kena pada tutur bicara bermain harga.. Peniaga2 yang berada di sekitar JAln TAR ini sangat Ramah dan menunjukkan ciri2 yang di semai melalui prinsip rukun negara yang Ke-5

     KEsepaduan dan keamanan negara kita dapat kita lihat jika berada di JALN TAR yang bukan hanya menunjukkan kesepaduan malah ciri 1 MALAYSIA ... Jalan TAR mempunyai ciri2 tempat shopping yang murah dan paling mudah untuk dihubungi oleh pengankutan Awam.

Tuesday, July 5, 2011

Keamanan yang ingin dihancurkan

 
            Keamanan yang kita perolehi hari ini dilihat sebagai satu pencapaian yang sangat memberangsangkan sehingga menyebabkan Malaysia tersenarai antara 20 negara teraman di dunia pencapaian ini sangat memberangsangkan sekaligus meningkat kan ekonomi Malaysia untuk berda dalam senarai negara terstabil di Asia

      Namun keamanan Malaysia yang diiktiraf oleh masyarakat dunia bahawa sebuah negara yang dihormati kerana keamanan nya bakal tercalit atau terkubur jika perhimpunan yang di jangka akan berlaku pada hari sabtu ni berlaku. Perhimpunan yang kononnya dikatakan akan berlangsung secara aman ini akan menjadi pencetus kepada kejatuhan ekonomi.

      Kita lihat sahaja apa yang berlaku di Thailand ekonomi mereka yang dulu stabil menjadi tidak menentu akibat kekalutan yang berlaku pada beberapa tahun lepas sehinnga menyebabkan imej Thailand sebagai negara pelancongan hancur dan berkecai, apabila kebanyakkan negara didunia ini mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan rakyatnya pergi melancong di Thailand lantas telah menyebabkan Thailand mengalami kerugian yang nyata.

     Perkara ini seperti di Thailand akan berlaku jika perhimpunan yang dikatan kan sebagai BERSIH berlangsung di tengah- tengah ibu kota. Harap semua rakyat Malaysia menolak perhimpunan yang dilihat lebih mendatangkan kerugian kepada orang awam berbanding keuntungan. Harap pihak yang ingin menganjurkan peristiwa ini berfikiran secara waras dan jangan berfikiran didalam kekalutan yang mana akan menghancurkan keamanan Di MALAYSIA

Tolak Perhimpuanan Haram

Friday, June 10, 2011

Makna apabila sakit mendatang

Sumber hmetro.com.my





  • Menghapus dosa

    Ini adalah keutamaan yang besar daripada Allah s.w.t kerana dengan sakit yang dideritai seorang Muslim, dosa yang pernah dilakukannya terhapus kerana penderitaannya dalam menghadapi penyakit menjadi kifarah (penebus) dosanya.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari).





  • Tetap mendapatkan pahala daripada amal kebaikan yang biasa dilakukannya ketika sihat

    Ini kerana orang yang sakit tidak dapat menjalankan amal kebaikan itu bukan kerana dia tidak mahu tetapi dalam keadaan sakit.

    Umpamanya jika kita selalu ke masjid untuk solat berjemaah, kita mendapat pahala yang besar, setiap langkah kita ke masjid diangkat sebagai darjat dan dihapuskan satu kesalahannya.

    Malah malaikat pasti berselawat kepada kita. Tetapi, ketika kita sakit, kita tidak mampu untuk ke masjid, Allah tetap bagi pahala kepada kita sama seperti kita solat di masjid.

    Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang hamba sakit atau berpergian (safar), maka Allah mencatat pahalanya seperti pahala amal yang dikerjakannya ketika dia tidak berpergian atau sihat.” (Hadis riwayat Bukhari).

    Di dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang menguatkan lagi hadis di atas: “Apabila seorang hamba sakit sedang dia biasa melakukan suatu kebaikan, maka Allah berfirman kepada malaikat: “Catatlah bagi hamba-Ku pahala seperti yang biasa ia lakukan ketika sihat.” (Hadis riwayat Abu Hanifah).





  • Memperoleh pahala kebaikan

    Segala sesuatu yang terjadi pada manusia pasti ada hikmahnya. Seorang Muslim yang sabar dalam menghadapi sakit maka baginya pahala kebaikan.

    Rasulullah bersabda: “Tiada seorang Muslim tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.” (Hadis riwayat Bukhari).

    Di dalam hadis lain yang mempunyai maksud yang sama, Rasulullah bersabda: “Barang siapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, maka dia (diuji) dengan suatu musibah. “(Hadis riwayat Bukhari).





  • Memperoleh darjat tinggi di sisi Allah s.w.t

    Hal ini kerana di dalam syurga ada darjat tertentu yang harus dicapai, apabila seorang Muslim tidak mampu mencapainya dengan suatu amal, maka dia pasti dapat memperoleh darjat itu dengan musibah atau penyakit yang dideritai.

    Umpamanya mati syahid yang adalah mati yang sangat mulia. Tetapi, jika dia tidak pergi berperang, dia pasti mendapat darjat mati syahid sekiranya dia meninggal kerana penyakit yang dihidapinya.

    Rasulullah bersabda: “Wabah adalah syahadah (mati syahid) bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari).

    Di dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya, maka Allah menguji dan mencubanya agar dia dapat mencapai darjat itu.” (Hadis riwayat Thabrani).




  • Memperoleh ganjaran syurga

    jika seorang Muslim menghadapi penyakit dengan penuh kesabaran. Contohnya penyakit yang sangat menyulitkan penderitaannya dalam kehidupan ini seperti buta matanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar, maka Aku ganti kedua matanya itu dengan syurga.” (Hadis riwayat Ahmad).

    Namun demikian, jika sakit itu tidak menyenangkan, sakit adalah ujian yang dapat memberikan keutamaan dan manfaat yang besar, baik bagi si penderita mahupun keluarganya.

    Lantaran itu, penyakit harus dihadapi dengan sikap, pemikiran dan perilaku yang positif.

    Umpamanya ketika sakit, kita berfikiran positif dan cakap pada diri sendiri bahawa kita sihat, kuat dan sabar. Insya-Allah, kita pasti cepat sembuh.







  • Dasar 1Murid 1Sukan

    Sumber: Bharian.com.my

    Langkah lahir pelajar seimbang, galak gaya hidup sihat




    PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran semalam melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
    Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata dasar itu mewajibkan semua murid yang tidak mengalami masalah kesihatan memilih satu jenis sukan ditawarkan pihak sekolah atau dijalankan dengan persetujuan sekolah.
    “Kementerian menggariskan beberapa perkara bagi memantapkan pelaksanaan dasar ini iaitu pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran sedia ada, mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan sukan dan memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun.

    “Antara lain, dasar ini berhasrat memupuk budaya bersukan di kalangan murid supaya menjadi anggota masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas,” katanya pada sidang media pelancaran dasar berkenaan, di sini semalam yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan), Dr Zahri Aziz.

    Dasar 1Murid 1Sukan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mac lalu bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008.

    Muhyiddin menggariskan enam strategi memantapkan sukan di sekolah ketika mengumumkan program SPTS dan berharap dasar terbabit akan mengembalikan kecemerlangan sukan sekolah di seluruh negara.
    Abdul Ghafar berkata, penyertaan menyeluruh semua murid dalam kegiatan sukan perlu bagi membangunkan modal insan cergas

    Pengguna kena caj hingga RM4 SMS iklan

     Sumber: bharian.com.my


    GEORGETOWN: Pengguna telefon bimbit di negara ini terpaksa menanggung bayaran antara 20 sen hingga RM4 bagi setiap khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk iklan diterima mereka walaupun tidak pernah mempersetujui untuk memuat turun dan melanggannya.

    Antara jenis SMS sering diterima ialah tawaran khidmat seks, pornografi, tilik nasib, pertandingan, permainan serta tawaran hadiah dan cabutan bertuah berdasarkan nombor telefon bimbit atau kad SIM.
    Kebanyakan penerima tidak menyedari mereka dikenakan caj dan hanya tahu mengenai perkara itu apabila menerima bil yang merujuk caj berkenaan menggunakan kod ringkas lima angka seperti 33333, sekali gus terpaksa membayar bil tinggi walaupun tidak pernah memohon menerima SMS seperti itu.

    Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mewujudkan satu garis panduan yang ketat bagi menyekat penghantaran SMS berbayar seperti itu.

    Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata SMS terbabit dihantar terus ke telefon bimbit oleh penyedia kandungan menggunakan sistem lima digit, lazimnya untuk pengiklanan dengan paling kerap diterima adalah tawaran hadiah wang tunai yang meminta butiran peribadi termasuk akaun bank penerima.

    “Ada yang terpedaya dengan mendedahkan semua butiran peribadi mereka. CAP menerima banyak aduan daripada pengguna yang tidak gembira dan berasa ditipu malah ia boleh dianggap gangguan kerana mereka terpaksa membuka, membaca dan memadamkan pesanan terbabit,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

    SM Mohamed berkata, CAP juga mendapati ada SMS dihantar melalui kaedah berangkai termasuk menggunakan nombor telefon bimbit yang berdaftar di negara jiran.
    “SKMM dan polis perlu menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan dalang penipuan yang boleh mengakibatkan kerugian besar sekiranya ramai pengguna terpedaya. Kami akan membantu pengguna antaranya dengan menghantar surat rasmi kepada SKMM bagi menangani masalah yang sudah lama berlarutan ini,” katanya.