Friday, May 18, 2012

Cintaku yang suci



Cinta
perkataan inilah yang sering bermain
di fikiran ku ketika ini
Aku dapat merasakan yang cintaku padanya sedalam
lautan Hindi

Mungkin benar kata pujangga 
dari mata turun ke hati
lantas tersemat di sanubari

begitu juga diriku
yang sentiasa menyayangi dirinya sepenuh hatiku
Cintaku yang suci

Thursday, May 17, 2012

Kejujuran hati




Jika kita diberikan dua biji buah epal satunya sudah hampir busuk dan satu lagi masih segar dan ranum. Yang mana satukah kita kan pilih? mesti mereka yang mempunyai pemikiran yang waras akan memilih epal yang segar dan ranum. Persoalan yang akn timbul disini wajarkah kita memiliki sesuatu yang sempurna tanpa membuat sesuatu. Jawapannya tentu sekali tidak.


Begitu juga dengan cinta, adakah kita bisa memperoleh cinta yang tulus andai kejujuran diri kita sendiri tidak setanding ketulusan cinta yang sejati.


Cinta semua manusia bisa mengatakan bahawa tanpa cinta manusia tidak mampu hidup dalam keadaan normal, begitu juga dengan kejujuran, tanpa nilai kejujuran yang ada pada diri seseorang, individu tersebut tidak kan biasa mendapatkan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat yang abadi

Kini aku di penghujung semester 2


Alhamdulillah, sudah hampir tamat dua semester aku berada di Universiti Malaysia Terengganu ini. Banyak kenangan suka dan duka yang pernah aku lalui sebelum tiba dan bergelar pelajar universiti idaman semua manusia. Mungkin benar kata orang pembelajaran di universiti memang jauh bezanya dengan ketika belajar di bangku sekolah dahulu. Semasa di sekolah guru akan memberi tunjuk ajar secara sepenuhnya dan bukan seperti di universiti yang jumlah pelajarnya dalam satu kelas melebihi 3 buah kelas ketika aku di bangku persekolahan dahulu. Berbalik kepada saat- saat aku mengetahui akan bergelar pelajar universiti, pada dasar hati memang aku berasa agak hampa kerana aku gagal menjejakkan kaki ke universiti pilihan aku yang pertama iaitu Universiti Perguruan Sultan Idris, sebaliknya aku ditempatkan di sebuah universiti yang agak jauh ke timur iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Namun, berbekalkan azam untuk meneruskan pembelajaran dan perasaan ingin memasuki university yang di katakana boleh mengubah masa depan kearah yang lebih baik, aku gagahkan hati dan menerima UMT dengan hati yang terbuka.
 barangan ku di bonet kereta abang iparku

Aku bukan daripada seorang anak orang yang berada dan kaya, aku hanya seorang anak daripda bekas tukang sapu sekolah dan tukang sapu Alam Flora. Di sebabkan azam diriku yang kuat bagi menimba ilmu pengetahuan aku telah mencari individu yang bermurah hati untuk menyumbangkan sumbangan agar diriku dapat menunaikan hasrat hati bergelar pelajar universiti. Datin Hajah Khairiah dan YDP PIBG sekolahku merupakan individu yang aku tidak dapat melupakan jasa mereka yang membenarkan aku berkerja sebagai guru sambilan selama hampir 1 bulan. Selain itu, Dato Donald Lim Siang Chai Timbalan Menteri Kewangan merupakan antara individu yang menyumbangkan sumbangan peribadi beliau untuk aku melanjutkan pelajaran ke universiti, jasa-jasa mereka lah menyebabkan aku dapat berada di universiti ini pada hari ini. Bapaku dan keluargaku merupakan individu yang utama penyumbang kewangan dan keringat untuk menghantarku ke university. Bapaku telah menjelaskan yuran universti ku dan kakak sulungku dan suaminya merupakan individu yang menghantarku ke UMT ini.  Ibuku pula merupakan individu yang sanggup mengikut kami walaupun keadaan ibuku pada ketika itu tidak begitu baik.

Sesudah tiba di Terengganu pada tanggal 5 September 2011. Aku meletak satu azam di mana aku mahu Berjaya dan menjadikan Terengganu sebagai saksi kejayaan aku di universiti ini. Kami iaitu emak, along,suaminya dan anak- anaknya merupakan individu yang turut serta menghatar aku dan kami telah menginap di sebuah home stay di Seberang Takir. Pada hari tersebut abangku yang belajar di IPG Sultan Mizan, Besut turut datang bagi menghantarku ke universiti.

 Aku memohon restu sebelum menadji pelajar universiti

Keesokan harinya merupakan hari yang penting bagi diri ini, kerana pada hari inilah aku bergelar pelajar universiti. Selesai mendaftar aku dan keluargaku keluar makan di kedai yang menjadi salah satu kedai popular di hatiku kini.
Di UMT ini lah aku telah mengenali rakan- rakan daripada sepelusuk Negara, ada kenalan dari utara, selatan, timur, Sabah dan Sarawak. Aku lebih mengenali potensi diri ini pada masa ini. Aku menyertai persatuan di Kolej Kediaman ku yang di gelar Majlis Kolej Kediaman dan kelab Gemersik. Dalam kedua-dua kelab ini lah yang menyebabkan aku lebih berani bercakap di hadapan umum dan mengurangakn perasaan gugup bercakap di hadapan umum. Kelab gemersik merupakan kelab yang bagus bagi menjadikan individu tidak malu di depan khalayak umum.

Semasa di semester satu aku telah di lantik menjadi ketua kelas bagi subjek Keusahawanan. Pada mulanya aku agak gugup untuk menjadi ketua kelas bagi kapasiti pelajar seramai 127 Orang. Namun, berbekalkan azam semasa datang ke UMT ini aku sedar bahawa ini satu peluang bagi menunjukkan kebolehan diri, lantas aku dapat mencebik bibir-bibir durjana yang memburukkan kawasan tempat tinggalku Taman Medan. Kawasan tempat tinggalku merupakan satu kawasan yang pesat membangun, namun, belia-belia di kawasan ini di katakan tidak mempunyai masa hadapan yang cerah dan sukar memasuki university awam.
 Besar tanggung jawab menjadi ketua bagi subjek ini kerana kita akan mewakili seluruh pelajar yang mempunyai pemikiran berlainan. Perkara ini aku dapat lihat apabila ingin membuat kelas ganti, pelbagai idea yang timbul. Namun, berbekalkan gaya kepimpinan yang diterapakan ketika sekolah lagi aku gagah memimpin kelas ini buat satu sem lamanya.
Alhamdulillah disebabkan niat belajarku yang betul iaitu ingin mencari ilmu yang murni, aku telah Berjaya mendapat anugerah dekan semasa aku di semester 1. Kejayaan ini menyebabkan aku berbangga menjadi warga Sekolah Menengah Taman Medan kerana aku bisa menaikkan nama tempat ku belajar di dalam university ini. 



Selesai di Semester satu aku kini berada di semester 2. Alhamdulillah pada semester ini aku masih diberi tanggung jawab menjadi ketua subjek dan kali ini subjek komunikasi kemanusiaan. Banyak ilmu yang aku belajar pada semester ini yang lebih kea rah berfikir lebih daripada luar pemikiran kita. Subjek-subjek pada semester 2 ini aku lihat lmemerlukan daya pemikiran yang kritis.

Dalam semester 2 ini juga aku telah diberi tanggung jawab sebagai ahli Sekreteriat Pencegahan Rasuah UMT yang ditubuhkan bagi membantu SPRM menjalankan pendidikan anti rasuah di peringkat IPTA.

Saturday, May 5, 2012

CINTA suciku



 Aku sentiasa berdoa agar dikau selalu bahagia
bersama cintaku disisimu
KASIH cintaku padamu umpama 
mutiara di dasar laut yang mana
menunjukkan bertapa dalamnya CINTAku 
Kepadamu sehingga berada betul-betul di permukaan hati

KASIH akanku jaga CINTA pemberianmu kepadaKU
sepenuh hati seperti mana aku
menjaga diriKU sendiri.
Dirimu umpama folder istimewa didalam hatiku
yang telah KU letakkan
Anti- Virus supaya tiada siapa bisa 
memisahkan ikatan CINTA ini.

Sayangku I LOVE YOU
 hanya ungkapan itu yang sesuai KU 
ucapkan ketika ini bagi mengambarkan betapa 
Ikhlasnya cintaku kepadamu

Saturday, April 14, 2012

Alhamdulillah sampai UMT


tiket bas aku.. bas e-mutiara


Alhamdulillah.. hanya ayat itu mampu dituturkan apabila tiba di Universiti Malaysia Terengganu, pagi tadi.. dah 

seminggu duduk bercuti di rumah kini tiba masa untuk aku belajar semula dan bertemu cintaku yang telah 

seminggu tidaku jumpa.. miss u darling...

sebanarnya aku rasa sekejap sangat tinggal di rumah walhal baru saja rasanya diri ini jumpa ibubapa dan 

keluarga huhuhu

belajar tetap belajar dan itulah yang menyebabkan aku semangat meneruskan pembelajaran disini di samping 

kehadiran dier si jantung hati

Tuesday, April 10, 2012

Sembah Tahniah kepada YDPA ke 14

Alhamdulillah sempurna sudah perlantikan Yang Di-Pertuan Agong ke 14 yang buat julung-julung kalinya diadakan di Istana negara yang baru di Jalan Duta. Sebelum ini perlantikan agong diadakan di Istana Negara yang lama yang mana merupakan bekas kediaman Residen British namun selepas itu dijadikan Istana Negara...
Penyempurnaan perlantikan ini sekaligus menyempurnakan sistem pemerintahan Malaysia yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja berperlembagaan.
Sekali lagi sebagai rakyat Malaysia patik merafak sembah dan sembah tahniah di atas perlantikan Tuanku dan Permaisuri Agong di atas perlantikan sebagai Agong ke 14

DAULAT TUANKU

Wednesday, April 4, 2012

Cinta dari hati



Sayang andai diri ini  tidak sempurna,
ku berharap di kau bisa menerima,
Kerna aku akan cuba menyempurnakan diri ini 
demi cinta ikhlasku kepadamu

Sayang kesabaranmu dan kecekalanmu
menerimaku sebagai teman istimewamu
merupakan kenangan terindah 
dalam diari hidupku yang tidak bisa aku 
padam sampai kapan pun.

Sayang andai cinta ini kekal
hingga ke ikatan suci
ku mohon dikau persiapkan diri dengan 
takwa kepada- NYA 
agar kita bisa mendapatkan nikmat cinta yang suci
seperti Yusuf dan Zulaika