Alhamdulillah,
sudah hampir tamat dua semester aku berada di Universiti Malaysia Terengganu ini. Banyak
kenangan suka dan duka yang pernah aku lalui sebelum tiba dan bergelar pelajar universiti
idaman semua manusia. Mungkin benar kata orang pembelajaran di universiti memang
jauh bezanya dengan ketika belajar di bangku sekolah dahulu. Semasa di sekolah
guru akan memberi tunjuk ajar secara sepenuhnya dan bukan seperti di universiti
yang jumlah pelajarnya dalam satu kelas melebihi 3 buah kelas ketika aku di
bangku persekolahan dahulu. Berbalik kepada saat- saat aku mengetahui akan
bergelar pelajar universiti, pada dasar hati memang aku berasa agak hampa
kerana aku gagal menjejakkan kaki ke universiti pilihan aku yang pertama iaitu
Universiti Perguruan Sultan Idris, sebaliknya aku ditempatkan di sebuah universiti
yang agak jauh ke timur iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Namun,
berbekalkan azam untuk meneruskan pembelajaran dan perasaan ingin memasuki university
yang di katakana boleh mengubah masa depan kearah yang lebih baik, aku gagahkan
hati dan menerima UMT dengan hati yang terbuka.
barangan ku di bonet kereta abang iparku
Aku
bukan daripada seorang anak orang yang berada dan kaya, aku hanya seorang anak daripda
bekas tukang sapu sekolah dan tukang sapu Alam Flora. Di sebabkan azam diriku
yang kuat bagi menimba ilmu pengetahuan aku telah mencari individu yang
bermurah hati untuk menyumbangkan sumbangan agar diriku dapat menunaikan hasrat
hati bergelar pelajar universiti. Datin Hajah Khairiah dan YDP PIBG sekolahku
merupakan individu yang aku tidak dapat melupakan jasa mereka yang membenarkan
aku berkerja sebagai guru sambilan selama hampir 1 bulan. Selain itu, Dato
Donald Lim Siang Chai Timbalan Menteri Kewangan merupakan antara individu yang
menyumbangkan sumbangan peribadi beliau untuk aku melanjutkan pelajaran ke universiti,
jasa-jasa mereka lah menyebabkan aku dapat berada di universiti ini pada hari
ini. Bapaku dan keluargaku merupakan individu yang utama penyumbang kewangan
dan keringat untuk menghantarku ke university. Bapaku telah menjelaskan yuran
universti ku dan kakak sulungku dan suaminya merupakan individu yang
menghantarku ke UMT ini. Ibuku pula
merupakan individu yang sanggup mengikut kami walaupun keadaan ibuku pada ketika
itu tidak begitu baik.
Sesudah
tiba di Terengganu pada tanggal 5 September 2011. Aku meletak satu azam di mana
aku mahu Berjaya dan menjadikan Terengganu sebagai saksi kejayaan aku di universiti
ini. Kami iaitu emak, along,suaminya dan anak- anaknya merupakan individu yang
turut serta menghatar aku dan kami telah menginap di sebuah home stay di
Seberang Takir. Pada hari tersebut abangku yang belajar di IPG Sultan Mizan,
Besut turut datang bagi menghantarku ke universiti.
Aku memohon restu sebelum menadji pelajar universiti
Keesokan
harinya merupakan hari yang penting bagi diri ini, kerana pada hari inilah aku bergelar
pelajar universiti. Selesai mendaftar aku dan keluargaku keluar makan di kedai
yang menjadi salah satu kedai popular di hatiku kini.
Di
UMT ini lah aku telah mengenali rakan- rakan daripada sepelusuk Negara, ada kenalan
dari utara, selatan, timur, Sabah dan Sarawak. Aku lebih mengenali potensi diri
ini pada masa ini. Aku menyertai persatuan di Kolej Kediaman ku yang di gelar
Majlis Kolej Kediaman dan kelab Gemersik. Dalam kedua-dua kelab ini lah yang
menyebabkan aku lebih berani bercakap di hadapan umum dan mengurangakn perasaan
gugup bercakap di hadapan umum. Kelab gemersik merupakan kelab yang bagus bagi
menjadikan individu tidak malu di depan khalayak umum.
Semasa
di semester satu aku telah di lantik menjadi ketua kelas bagi subjek
Keusahawanan. Pada mulanya aku agak gugup untuk menjadi ketua kelas bagi
kapasiti pelajar seramai 127 Orang. Namun, berbekalkan azam semasa datang ke
UMT ini aku sedar bahawa ini satu peluang bagi menunjukkan kebolehan diri,
lantas aku dapat mencebik bibir-bibir durjana yang memburukkan kawasan tempat
tinggalku Taman Medan. Kawasan tempat tinggalku merupakan satu kawasan yang
pesat membangun, namun, belia-belia di kawasan ini di katakan tidak mempunyai
masa hadapan yang cerah dan sukar memasuki university awam.
Besar
tanggung jawab menjadi ketua bagi subjek ini kerana kita akan mewakili seluruh
pelajar yang mempunyai pemikiran berlainan. Perkara ini aku dapat lihat apabila
ingin membuat kelas ganti, pelbagai idea yang timbul. Namun, berbekalkan gaya
kepimpinan yang diterapakan ketika sekolah lagi aku gagah memimpin kelas ini
buat satu sem lamanya.
Alhamdulillah
disebabkan niat belajarku yang betul iaitu ingin mencari ilmu yang murni, aku
telah Berjaya mendapat anugerah dekan semasa aku di semester 1. Kejayaan ini
menyebabkan aku berbangga menjadi warga Sekolah Menengah Taman Medan kerana aku
bisa menaikkan nama tempat ku belajar di dalam university ini.
Selesai
di Semester satu aku kini berada di semester 2. Alhamdulillah pada semester ini
aku masih diberi tanggung jawab menjadi ketua subjek dan kali ini subjek
komunikasi kemanusiaan. Banyak ilmu yang aku belajar pada semester ini yang
lebih kea rah berfikir lebih daripada luar pemikiran kita. Subjek-subjek pada
semester 2 ini aku lihat lmemerlukan daya pemikiran yang kritis.
Dalam
semester 2 ini juga aku telah diberi tanggung jawab sebagai ahli Sekreteriat
Pencegahan Rasuah UMT yang ditubuhkan bagi membantu SPRM menjalankan pendidikan
anti rasuah di peringkat IPTA.
No comments:
Post a Comment