sumber www.bharian.com.my
BAHASA Inggeris bukanlah satu kemahiran yang mudah dikuasai pelajar yang bukan daripada kalangan penutur jati.
Proses menguasainya sebagai bahasa kedua ada kalanya berhadapan dengan kesukaran hingga menyebabkan bahasa itu sukar diajar.
Bagaimanapun kesukaran itu boleh diatasi menerusi proses pembelajaran secara sistematik selain menjadikannya sebagai sebahagian daripada medium komunikasi seharian.
Pensyarah HELP University, Prof David Ross, berkata secara keseluruhannya, bahasa Inggeris mempunyai keunikannya tersendiri.
Bahasa itu kata beliau, mengandungi lebih banyak bunyi berbanding bahasa lain. Keistimewaan semua bunyi itu diwakili oleh 26 aksara atau huruf Latin.
Katanya, terdapat pelbagai pendekatan untuk mengeja sesuatu bunyi. Ada teknik terbaik untuk membunyikan huruf tertentu.
Sepanjang proses menguasai kemahiran itu, kata Ross, pelajar akan menemui beberapa perkataan dalam bahasa berkenaan yang sukar dieja.
“Kesukaran itu disebabkan sebahagian besar perkataan Inggeris yang perlu dieja mempunyai aksara yang disenyapkan atau tidak perlu disebut.
“Kepada penutur jati sekali pun, proses mengeja menjadi masalah besar kepada mereka disebabkan banyak peraturan, pengecualian dan ada kalanya wujud ketidakseragaman,” katanya dalam kenyataan yang diterbitkan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ros berkata, bagi mengatasi masalah itu, dia memperkenalkan metodologi berkesan dengan melaksanakan sistem kod mudah atau lebih dikenali sebagai ‘The Mastering English Program’ (ME). Kaedah ini sesuai untuk pelajar dan guru bahasa Inggeris.
Beliau berkata, ME membolehkan pelajar menukar kod bahasa tanpa perlu mempelajari sistem yang dibangunkan oleh ‘International Phonetic Alphabet’.
“Pada kod ME, setiap bunyi diwakili satu simbol saja iaitu perkataan sebenar untuk mengeja bunyi berkenaan.
“Untuk membezakan beberapa bunyi dalam satu perkataan, nombor digunakan sebagai tanda bunyi,” katanya.
Ross berkata, bunyi vokal pada kod berkenaan diwarnakan sebagai merah dengan nombor bunyinya bermula 1 hingga 23 manakala konsonan diwarnakan biru.
Katanya, konsonan bukan fonetik juga berwarna biru dengan ‘superskrip’. Diagraf konsonan pula diwarnakan biru dan bergaris. Garisan itu menandakan wujud dua huruf yang mewakili satu bunyi.
Bagi memudahkan proses belajar, beliau berkata, huruf senyap pada kod berkenaan pula diwarnakan kelabu.
“ME menyediakan kurikulum lengkap dan mengurangkan masa persediaan untuk tutor. Modul lengkap ini memudahkan proses pembelajaran kepada pelajar dan guru. Pelaksanaannya juga pelbagai sama ada menerus
Monday, January 31, 2011
Cegah Jerawat
Semua orang di Malaysia, pasti mengalami masalah jerawat. Jerawat merupakan musuh utama bagi kulit wajah kita kerana ia akan menampakkan wajah kita kelihatan x semegah, jadi JOm sama2 kita mencegah jerawat, di bawah ni ada Faktor dan Tips2 pencegahan, mari kita mencuba bersam- sama :-
1. Faktor Hormonal
- Biasanya, jerawat bermunculan pada masa sebelum haid atau masa pubertas.
- Misalnya, menyantap makanan pedas, cokelat, dan makanan berlemak.
- Tangan tak bersih yang digunakan untuk memencet-mencet komedo bisa menyebabkan infeksi pada kulit dan menimbulkan jerawat.
- Mereka yang berjerawat, 70 persen memiliki orangtua yang berjerawat.
- Membiarkan kulit wajah terlalu lama berada di bawah sinar matahari dengan kondisi udara berpolusi dan lembab.
CARA MENCEGAH
1. Jaga kebersihan wajah
- Orang yang memiliki jenis kulit berminyak memang lebih cenderung berjerawat. Untuk itu pilihlah pembersih wajah yang sesuai, yang umumnya mengandung alkohol. Tapi, jika kulit wajah normal atau sensitif disarankan memilih pembersih wajah yang tidak mengandung alkohol.
- Bersihkan wajah dua kali sehari. Jika memakai rias wajah, hapus rias wajah secara menyeluruh sebelum tidur agar tidak menyumbat pori-pori kulit.
- Pilih masker wajah yang khusus untuk mengangkat kotoran wajah secara mendalam, atau purifying mask. Masker ini umumnya berbahan dasar lumpur (mud mask) atau tanah liat (clay mask) yang efektif untuk mengangkat kotoran serta minyak di wajah. Bisa juga memilih masker wajah yang mengandung bahan aktif pembasmi jerawat alias medicated mask.
- Konsumsilah makanan yang banyak mengandung vitamin A (agar kulit tidak berisisik, banyak terdapat pada sayuran hijau dan buah), vitamin C (antioksidan, banyak terdapat pada tomat, pepaya, jambu, belimbing), dan vitamin E (mencegah gangguan regenerasi pada kulit, banyak terdapat pada sayuran, kacang-kacangan, dan biji-bijian).
Cegah Buasir
1- Batuk, cirit-birit dan sembelit yang dialami perlu dirawat seawal mungkin. Masalah yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah buasir.
2- Jika perlu duduk dalam jangka masa yang panjang, cuba bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap 1 jam
3- Ketika mengangkat sesuatu atau ketegangan,hembuskan nafas keluar, jangan tahan nafas.
4- Amalkan tabiat buang air besar yang baik. Jangan mengambil masa yang lama dalam tandas. Pastikan najis sentiasa lembut dengan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Indeks keamanan dunia - Malaysia negara ke-22 di dunia
PUTRAJAYA 17 Jan. - Malaysia berada pada kedudukan ke-22 daripada 149 negara dalam indeks keamanan dunia (GPI).

Di kalangan negara Asia, kedudukan Kuala Lumpur di ranking kedua.
Keputusan itu menunjukkan Malaysia berada di belakang Jepun di kalangan negara Asia manakala New Zealand di kedudukan pertama dunia dalam laporan yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (Institute for Economic and Peace).
Mengumumkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, kedudukan terbaru itu merupakan keputusan terbaik yang pernah dicapai Malaysia berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Menurut beliau, kejayaan itu hasil daripada kesepakatan rakyat pelbagai kaum yang hidup dalam keadaan stabil dan aman tanpa berlaku sebarang tragedi melibatkan ketegangan kaum.
"Kedudukan Malaysia dalam GPI telah meningkat dari tempat ke-38 pada 2008 ke tangga 26 pada 2009 dan pada 2010, kita mencapai kedudukan ke-22 dan di kalangan negara Asia, kedudukan kita adalah nombor dua.
"Keadaan ini mencerminkan walaupun terdapat pelbagai isu dibahaskan namun keadaan kita memang aman dan damai," katanya.
Beliau berkata demikian selepas sidang akhbar Majlis Perutusan Tahun Baru 2011 Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan.
Mengulas lanjut, Tsu Koon memberitahu, laporan itu dinilai berdasarkan tahap keadaan keselamatan di sesebuah negara termasuk isu kestabilan politik dan jenayah dalam masyarakat.
"Walaupun negara kita juga terdapat isu kontroversi tetapi kita tidak mempunyai masalah dari segi kestabilan dan konflik yang besar kerana negara lain juga berdepan situasi yang sama seperti kita.
"Sebagai contoh, dua tahun lalu terdapat pelbagai konflik melanda Thailand yang turut diambil kira oleh badan penilai itu," ujarnya.
Rank Country Score
1 New Zealand 1.188
2 Iceland 1.212
3 Japan 1.247
4 Austria 1.290
5 Norway 1.322
6 Ireland 1.337
7 Denmark 1.341
7 Luxembourg 1.341
9 Finland 1.352
10 Sweden 1.354
11 Slovenia 1.358
12 Czech Republic 1.360
13 Portugal 1.366
14 Canada 1.392
15 Qatar 1.394
16 Germany 1.398
17 Belgium 1.400
18 Switzerland 1.424
19 Australia 1.467
20 Hungary 1.495
21 Slovakia 1.536
22 Malaysia 1.539
23 Oman 1.561
24 Uruguay 1.568
25 Spain 1.588
26 Costa Rica 1.590
27 Netherlands 1.610
28 Chile 1.616
29 Poland 1.618
30 Singapore 1.624
31 United Kingdom 1.631
32 France 1.636
33 Botswana 1.641
34 Lao People's Democratic Republic 1.661
35 Taiwan 1.664
36 Bhutan 1.665
37 Tunisia 1.678
38 Viet Nam 1.691
39 Kuwait 1.693
40 Italy 1.701
41 Croatia 1.707
42 Lithuania 1.713
43 Korea, Republic of 1.715
44 United Arab Emirates 1.739
45 Romania 1.749
46 Estonia 1.751
47 Mozambique 1.779
48 Ghana 1.781
49 Egypt 1.784
50 Bulgaria 1.785
51 Zambia 1.813
51 Malawi 1.813
53 Sierra Leone 1.818
54 Latvia 1.827
55 Tanzania, United Republic of 1.832
56 Libyan Arab Jamahiriya 1.839
57 Burkina Faso 1.852
58 Morocco 1.861
59 Namibia 1.864
60 Bosnia and Herzegovina 1.873
61 Panama 1.878
62 Greece 1.887
63 Gambia 1.890
64 Nicaragua 1.924
65 Albania 1.925
66 Moldova, Republic of 1.938
67 Indonesia 1.946
68 Jordan 1.948
68 Equatorial Guinea 1.948
70 Bahrain 1.956
71 Argentina 1.962
72 Cuba 1.964
73 Swaziland 1.966
74 Gabon 1.981
75 Rwanda 2.012
76 Cyprus 2.013
77 Madagascar 2.019
77 Paraguay 2.019
79 Senegal 2.031
80 China 2.034
81 Bolivia 2.037
82 Nepal 2.044
83 Macedonia, the Former Yugoslav Republic of 2.048
83 Brazil 2.048
85 United States 2.056
86 Angola 2.057
87 Bangladesh 2.058
88 Montenegro 2.060
89 Peru 2.067
90 Serbia, Republic of 2.071
91 Guyana 2.095
92 Mongolia 2.101
93 Dominican Republic 2.103
94 Trinidad and Tobago 2.107
95 Kazakhstan 2.113
95 Papua New Guinea 2.113
97 Ukraine 2.115
98 Jamaica 2.138
99 Liberia 2.148
100 Uganda 2.165
101 Ecuador 2.185
102 Congo 2.192
103 El Salvador 2.195
104 Iran, Islamic Republic of 2.202
105 Belarus 2.204
106 Cameroon 2.210
107 Mexico 2.216
107 Saudi Arabia 2.216
109 Mali 2.240
110 Uzbekistan 2.242
111 Cambodia 2.252
112 Guatemala 2.258
113 Armenia 2.266
114 Haiti 2.270
115 Syrian Arab Republic 2.274
116 Algeria 2.277
117 Turkmenistan 2.295
118 Cote D'Ivoire 2.297
119 Azerbaijan 2.367
120 Kenya 2.369
121 South Africa 2.380
122 Venezuela 2.387
123 Mauritania 2.389
124 Thailand 2.393
125 Honduras 2.395
126 Turkey 2.420
127 Ethiopia 2.444
128 India 2.516
129 Yemen 2.573
130 Philippines 2.574
131 Burundi 2.577
132 Myanmar 2.580
133 Sri Lanka 2.621
134 Lebanon 2.639
135 Zimbabwe 2.678
136 Central African Republic 2.753
137 Nigeria 2.756
138 Colombia 2.787
139 Korea, Democratic People's Republic of 2.855
140 Congo, the Democratic Republic of the 2.925
141 Chad 2.964
142 Georgia 2.970
143 Russian Federation 3.013
144 Israel 3.019
145 Pakistan 3.050
146 Sudan 3.125
147 Afghanistan 3.252
148 Somalia 3.390
149 Iraq 3.406
Saturday, January 22, 2011
hASIL seNI uNTUK dIjUAL / For Sale
FDI Malaysia 2010 tertinggi Asia
FDI Malaysia 2010 tertinggi Asia
Oleh Shahrizan Salian
shahrizan@bharian.com.my
2011/01/21
Pelaburan langsung asing meningkat 409.7 peratus kepada RM21.35 bilion
MALAYSIA muncul sebagai negara yang mencatat peningkatan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi di Asia dari segi peratusan pada tahun lalu dengan kenaikan 409.7 peratus kepada AS$7 bilion (RM21.35 bilion) berbanding AS$1.4 bilion (RM4.25 bilion) pada 2009, mengikut Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD). Laporan Pemantauan Arah Aliran Pelaburan Global UNCTAD: Arah Aliran FDI Global dan Serantau 2010 yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu menyebut, peningkatan yang dicatatkan Malaysia itu juga adalah antara yang paling memberangsangkan di kalangan 153 negara dalam kajiannya. Mengulas perkembangan itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata laporan itu mengukuhkan kenyataannya baru-baru ini bahawa Malaysia mencatatkan aliran masuk FDI yang ketara berjumlah AS$5.04 bilion (RM15.3 juta) bagi sembilan bulan pertama tahun lalu berdasarkan angka dikeluarkan Jabatan Perangkaan.
“Pencapaian Malaysia itu menjadi lebih bermakna apabila laporan UNCTAD menunjukkan bahawa aliran masuk FDI global tahun lalu masih tidak berkembang dengan pertumbuhan marginal sebanyak satu peratus kepada AS$1.12 trilion (RM3.4 bilion) tahun lalu daripada AS$1.11 (RM3,38 trilion) tahun sebelumnya.
“Pencapaian ini mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur di Malaysia. Ia menunjukkan kepercayaan pelabur bahawa kerajaan mampu melaksanakan program perubahan dan transformasi ekonomi seperti yang terkandung dalam Model Ekonomi Baru,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Mustapa berkata, Malaysia juga kembali ke radar pelabur antarabangsa seperti yang dibuktikan daripada aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia sejak September lalu yang menyokong bursa mencecah paras tertingginya 7 Januari lalu pada 1,572.21 mata.
Beliau menegaskan, angka dikeluarkan UNCTAD itu secara jelas menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa penurunan FDI ke Malaysia pada 2009 adalah disebabkan tadbir urus kerajaan yang lemah serta rasuah dalaman.
“Langkah proaktif untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan dan mengurangkan kos melaksanakan perniagaan serta kerjasama erat dengan sektor swasta menyumbang kepada pertumbuhan pelaburan dalam negara,” katanya.
Berikutan itu, beliau berkata, kerajaan akan terus mengubah ekonomi Malaysia dalam usaha meningkatkan daya tarikannya sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini.
Mustapa berkata, baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 19 lagi Projek Permulaan (EPP) yang akan menyumbang hampir RM67 bilion dalam pelaburan serta mewujudkan 35,000 pekerjaan.
“Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) akan terus rancak dengan lebih banyak lagi EPP sedang dirancang,” katanya.
“Saya yakin untuk tahun ini dan seterusnya, aliran masuk FDI ke Malaysia akan terus kukuh,” katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/FDIMalaysia2010tertinggiAsia/Article
Oleh Shahrizan Salian
shahrizan@bharian.com.my
2011/01/21
Pelaburan langsung asing meningkat 409.7 peratus kepada RM21.35 bilion
MALAYSIA muncul sebagai negara yang mencatat peningkatan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi di Asia dari segi peratusan pada tahun lalu dengan kenaikan 409.7 peratus kepada AS$7 bilion (RM21.35 bilion) berbanding AS$1.4 bilion (RM4.25 bilion) pada 2009, mengikut Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD). Laporan Pemantauan Arah Aliran Pelaburan Global UNCTAD: Arah Aliran FDI Global dan Serantau 2010 yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu menyebut, peningkatan yang dicatatkan Malaysia itu juga adalah antara yang paling memberangsangkan di kalangan 153 negara dalam kajiannya. Mengulas perkembangan itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata laporan itu mengukuhkan kenyataannya baru-baru ini bahawa Malaysia mencatatkan aliran masuk FDI yang ketara berjumlah AS$5.04 bilion (RM15.3 juta) bagi sembilan bulan pertama tahun lalu berdasarkan angka dikeluarkan Jabatan Perangkaan. “Pencapaian Malaysia itu menjadi lebih bermakna apabila laporan UNCTAD menunjukkan bahawa aliran masuk FDI global tahun lalu masih tidak berkembang dengan pertumbuhan marginal sebanyak satu peratus kepada AS$1.12 trilion (RM3.4 bilion) tahun lalu daripada AS$1.11 (RM3,38 trilion) tahun sebelumnya.
“Pencapaian ini mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur di Malaysia. Ia menunjukkan kepercayaan pelabur bahawa kerajaan mampu melaksanakan program perubahan dan transformasi ekonomi seperti yang terkandung dalam Model Ekonomi Baru,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Mustapa berkata, Malaysia juga kembali ke radar pelabur antarabangsa seperti yang dibuktikan daripada aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia sejak September lalu yang menyokong bursa mencecah paras tertingginya 7 Januari lalu pada 1,572.21 mata.
Beliau menegaskan, angka dikeluarkan UNCTAD itu secara jelas menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa penurunan FDI ke Malaysia pada 2009 adalah disebabkan tadbir urus kerajaan yang lemah serta rasuah dalaman.
“Langkah proaktif untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan dan mengurangkan kos melaksanakan perniagaan serta kerjasama erat dengan sektor swasta menyumbang kepada pertumbuhan pelaburan dalam negara,” katanya.
Berikutan itu, beliau berkata, kerajaan akan terus mengubah ekonomi Malaysia dalam usaha meningkatkan daya tarikannya sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini.
Mustapa berkata, baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 19 lagi Projek Permulaan (EPP) yang akan menyumbang hampir RM67 bilion dalam pelaburan serta mewujudkan 35,000 pekerjaan.
“Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) akan terus rancak dengan lebih banyak lagi EPP sedang dirancang,” katanya.
“Saya yakin untuk tahun ini dan seterusnya, aliran masuk FDI ke Malaysia akan terus kukuh,” katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/FDIMalaysia2010tertinggiAsia/Article
Subscribe to:
Posts (Atom)







