Oleh Shahrizan Salian
shahrizan@bharian.com.my
2011/01/21
Pelaburan langsung asing meningkat 409.7 peratus kepada RM21.35 bilion

“Pencapaian Malaysia itu menjadi lebih bermakna apabila laporan UNCTAD menunjukkan bahawa aliran masuk FDI global tahun lalu masih tidak berkembang dengan pertumbuhan marginal sebanyak satu peratus kepada AS$1.12 trilion (RM3.4 bilion) tahun lalu daripada AS$1.11 (RM3,38 trilion) tahun sebelumnya.
“Pencapaian ini mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur di Malaysia. Ia menunjukkan kepercayaan pelabur bahawa kerajaan mampu melaksanakan program perubahan dan transformasi ekonomi seperti yang terkandung dalam Model Ekonomi Baru,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Mustapa berkata, Malaysia juga kembali ke radar pelabur antarabangsa seperti yang dibuktikan daripada aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia sejak September lalu yang menyokong bursa mencecah paras tertingginya 7 Januari lalu pada 1,572.21 mata.
Beliau menegaskan, angka dikeluarkan UNCTAD itu secara jelas menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa penurunan FDI ke Malaysia pada 2009 adalah disebabkan tadbir urus kerajaan yang lemah serta rasuah dalaman.
“Langkah proaktif untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan dan mengurangkan kos melaksanakan perniagaan serta kerjasama erat dengan sektor swasta menyumbang kepada pertumbuhan pelaburan dalam negara,” katanya.
Berikutan itu, beliau berkata, kerajaan akan terus mengubah ekonomi Malaysia dalam usaha meningkatkan daya tarikannya sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini.
Mustapa berkata, baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 19 lagi Projek Permulaan (EPP) yang akan menyumbang hampir RM67 bilion dalam pelaburan serta mewujudkan 35,000 pekerjaan.
“Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) akan terus rancak dengan lebih banyak lagi EPP sedang dirancang,” katanya.
“Saya yakin untuk tahun ini dan seterusnya, aliran masuk FDI ke Malaysia akan terus kukuh,” katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/FDIMalaysia2010tertinggiAsia/Article
No comments:
Post a Comment