Friday, June 22, 2012

Hoo RAYYY

YIiIIiiii PIIIIEEeeeeeeeeeeeee
yeah nak balik dah esk nie...
hope perjalannan selamatlah henDakNYA

Mak RIndu nak peluk nie
lama x JMpa Mak
2 Hari Je Balik 
PAs tue Kna bAlik
UMt balIK



Monday, June 18, 2012

Miss U my mummy

 
Saat pagi yang hening nie
tiba-Tiba rasa teringat pulok 
kat Puan Hawiyaah nie
My beloved Mum

I Miss Her so Much
lama x jumpa peluk
cium, sayang mak....
 
Bila ler nak balik...
paper tinggal 1 lagi jew
tapi kna balik bulan 7
x pe2.. nnty cty 2 bulan lbih 
achik pluk n cium mak puas2 k.. ihihihihii

Cinta Padanya


Kenangan lalu terimbau kembali
di saat aku mula mencintai
dirinya.

Namun, aku tahu hatiku kuat
menyatakan cintaku hanya u
untuknya seorang

Tidak mungkin 
bagiku mendua atau metigakan cinta 
ini lagi
kerana aku benar mencintai
Dirinya

Wednesday, June 13, 2012

Maksud di sebalik warna bagi sesetengah negara dunia


Warna- warna merupakan satu daripada elemen yang dilihat penting bagi mengambarkan komunikasi bukan lisan individu.. Jadi saya nak share lah apakah maksud bagi warna-warna di bawah kepada sesebuah negara  
 MERAH

China - Kemewahan
France & U. Kingdom -Maskulin
Afrika & Korea - Kematian
Jepun - Bahaya & marah

HIJAU

U.State - Kapitalis, rasa x puas hati
Ireland - Patriotik, Native
Amerika - Feminin
Egypt - Perkasa
Jepun - Muda & bertenaga

HITAM

Thailand - Tua
Malaysia - Berani
Europe & North amerika - Mati

PUTIH

Thailand - Bersih
Japan - Kematian, Berkabung

BIRU

Iran - Sesuatu yang negatif
Egypt - Mulia
Ghana - Seronok

KUNING

China - Kekayaan & Kekuasaan
U. State - Berjaga-jaga, ketakutan
Egypt - Kegembiraan dan kekayaan
Kebanyakkan negara - Feminin

UNGU

Amerika Latin - Mati
Europe - Keluarga diraja
China - tidak bertamadun

So KAlu anDa perGi melancOng ke  NegarA-NeGara ini haRap apa Yang saya PoSt ni membantu PemiLiHan WarNa baju Untuk DipAKai dI saNA

Sunday, June 10, 2012

KAsih Ibu



Tanggal 13 November 1991
Aku dilahirkan di sebuah KG bernama
 SC MEnderang Sungkai, Perak
Oleh Insan yang bergelar mak 
iaitu Puan Hawiyaah 

Kasihmu ibu buatku
merupakan kasih yang AGUNG
dalam hidupku

Keperluan kasih seorang ibu
merupakan kehendak semua
manusia yang hidup di dunia ini
kerana kasihnya IBU boleh membawa ke SYurga

Ibu merupakan insan agung yang 
dikasihi kerana kasihnya
ibu merupakan  azimat berguna 
untuk seorang manusia merasakan dirinya 
SEMPURNA

NAjib sayang mak
kerana maklah Najib
berada di muka bumi
ALLAH ini kini....

CInta Untuk dirinya



Ungkapan cinta yang seringku 
lafazkan kepadamu merupakan kata-kata
yang penuh erti buatku

Aku cinta padamu
sejak dari awal pertmuan kita
mungkin perasaan ini
merupakan bukti bertapa utuhnya cintaku buatmu

Dikala malam yang nyaman ini
aku ingin mengucapkan rasa syukur kepadaNYA
kerana menghadirkan dirimu dalam
HIDUPKU!!!

Friday, May 18, 2012

Apa itu Gangguan Seksual



Kerja khusus aku and rakan sem lepas

Ramai orang tertanya-tanya dan tidak memahami apa itu gangguan seksual. Sebagai warga yang prihatin, aku rasa terpanggil untuk menceritakan definisi gangguan seksual dan jenis-jenis gangguan seksual. Untuk pengetahuan semua gangguan seksual ini merupakan salah satu jenayah yang boleh menyebabkan si pelaku di bawa ke mahkamah

Gangguan seksual boleh terjadi kepada lelaki atau perempuan dan tiada had kepada pegawai atasan ke atas kakitangan bawahannya sahaja. Dalam konteks akademik sesuatu tingkah laku yana ditakrif sebagai ancaman atau ‘quid pro quo’, ia juga tidak terhad kepada berlainan jantina, malah boleh dilakukan oleh lelaki terhadap lelaki atau perempuan terhadap perempuan. Gangguan seksual di tempat kerja juga bukan hanya berlaku dalam pejabat atau organisasi malah ia turut membabitkan gangguan seksual di luar tempat kerja yang wujud daripada hubungan dan tanggungjawab berkaitan perkerjaan. Misalnya melalui majlis-majlis sosial berhubung pekerjaan, menjalankan tugas di luar tempat kerja, persidangan atau latihan berkaitan pekerjaan, ketika dalam perjalanan berkaitan tugasan, telefon dan media elektronik. Kesan langsung dan tidak langsung daripada tindakan yang tidak bermoral ini akhirnya dikaitkan dengan rendahnya prestasi mangsa dan kerugian yang perlu ditanggung oleh organisasi. Oleh itu, sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak diambil oleh organisasi atau pihak-pihak berkenaan, kemungkinan perlakuan  gangguan seksual  ini akhirnya boleh menjadi satu wabak dalam masyarakat. 

 
Gangguan jenis pertama ialah gangguan seksual secara langsung dan biasanya berlaku antara majikan dan pekerja. Gangguan seksual jenis ini berlaku apabila pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji atau kenaikan pangkat, mengugut pekerja bawahan supaya memberi layanan seksual kepadanya sebagai ganjaran kenaikan pangkat atau gaji. Jika pekerja itu tunduk kepada kehendak majikannya, dia akan dinaikkan pangkat atau menerima gaji yang lebih lumayan. Walau bagaimanapun sekiranya pekerja tersebut menolak kehendak majikannya, dia akan kekal dengan kedudukan yang ada sampai bila-bila masa atau dibuang kerja. Gangguan jenis ini adalah mudah dibuktikan dan tidak menimbulkan sebarang masalah kerana jelas tiada garis pemisahnya.

Manakala gangguan jenis kedua pula ialah perlakuan dilakukan sama ada secara
lisan, isyarat, visual, psikologi dan fizikal.

(i) Gangguan Secara Lisan

Gangguan secara lisan ini dinyatakan dalam perlakuan yang menjurus kepada gangguan seksual antaranya ialah melalui kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi-bunyian dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau ancaman seksual.


(ii) Gangguan Secara Isyarat

Gangguan secara isyarat atau bukan lisan dinyatakan sebagai perlakuan yang berbentuk pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks dan tingkah laku mengurat yang berterusan.

(iii) Gangguan Secara Visual

Gangguan yang dikategorikan sebagai gangguan visual pula menyatakan perlakuan seperti menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian badan yang sulit yang tidak sepatutnya.

(iv) Gangguan Secara Psikologi

Gangguan secara psikologi pula adalah berbentuk perlakuan mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu.

(v) Gangguan Secara Fizikal

Gangguan secara fizikal merupakan bentuk perlakuan seperti sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap dan menggesel badan, memeluk, mencium dan membuat serangan seksual seperti meraba.