Monday, March 19, 2012

Cinta

 
            Mungkin benar kata pujangga cinta yang mengatakan cinta begitu indah andai kita memperolehinya daripada insan yang benar-benar boleh menerima kita dengan sepenuh hati, namun adakah cinta yang diperoleh tanpa keikhlasan akan memperoleh kebahagian yang dicari atau diidamkan orang sang pecinta, andai ini yang kita cari maka berbalik kepada mengapa adanya cinta. Cinta merupakan satu persaan yang wujud lebih daripada kasih sayang. Jika kita kaitkan kasih sayang dengan cinta mungkin sukar untuk di pisahkan kerana lahir nya sayang adalah bunga yang akan membawa kepada sebuah cinta yang hakiki. Jika kasih sayang x dapat dipisahkan dengan cinta keikhlasan juga merupakan elemen yang penting yang mana tanpanya cinta yang suci daripada seorang insan sukar untuk diperolehi. mungkin benar kata orang cinta yang sejati hanya terbit apabila kita benar-benar mencintainya, ternyata perkara ini benar kerana apabila kita bersedia menerimanya degan sepenuh hati nescaya kita akan ikhlas dan sayang nya sepenuh hati sehingga menerbitkan rasa cinta yang suci dari hati nurani.

Friday, March 2, 2012

Keputusan STPM diumumkan mulai Rabu depan Keputusan STPM diumumkan mulai Rabu depan


01/03/2012 6:42pm
KUALA LUMPUR 1 Mac — Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan (7/3/2012).

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM Result

jarak No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my/ mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut. — BERNAMA

Wednesday, January 25, 2012

Komponen Parlimen Malaysia

       

         Umum mengetahui bahawa Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan DEmokrasi Berparlimen dan Raja Berpelambagaan. Sistem ini telah termaktub di dalm Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang2 tertinggi negara. Di Malaysia kita mengamalkan amalan demokrasi, iaitu pemimpin akan di pilih melaui Pilihan Raya Umum mahupun Pilihan Raya Kecil. Individu yang memenangi PRU akn mewakili kawasan yang di wakili di Parlimen . Parlimen merupakan Dewan Tertinggi. Dewan ini berkuasa mengubal dasar, mengubah perlembagaan dan segala yang berkaitan dengan negara, Parlimen mempunyai 3 Komponen 1) Dewan Rakyat 2) Dewan Negara 3) Yang Di- Pertuan Agong.

         

           Dewan Rakyat mempunyai ahli seramai 222 orang yang mewakili kawasan Parlimen di seluruh Malaysia. Ahli di dalam Dewan Rakyat akan bergelar Yang Berhormat. Parti yang menang majoriti di Parlimen akan membentuk satu kerajaan bagi mentadbir negara. Perdana Menteri hanya boleh dilantik dari kalangan Ahli Dewan Rakyat dan beliau akan memegang peranan sebagai ketua esekutif mengikut apa yang termaktup didalam perlembagaan persekutuan. Umur bagi melayakkan seorang itu menjadi Ahli Dewan Rakyat adalah 21 Tahun

          Dewan Negara merupakan Dewan yang mempunyai sama taraf dengan Dewan Negara cuma Dewan Negara tidak berkuasa menidakkan keputusan Dewan Rakyat tetapi berkuasa menanguh dan mengarahkan Dewan Rakyat untuk bersidang semula jika perlu. Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli dan ahli DEwan Negara akan bergelar Senator. 44 Orang Ahli Dewan Negara dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong dan 26 orang lagi  adalah daripada Dewan Undangan Negeri seluruh Malyisa. Umur bagi melayakkan seseorang itu Menjadi Ahli Dewan Negara adalah 30 tahun.

           
         Yang Di-Pertuan Agong merupakan komponen dalam Parlimen tetapi baginda tidak mngambil tempat didalam persidangan. Baginda berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen. Baginda merupakan peringkat terakhir didalam perlaksanaan sesuatu undang2.

Saturday, January 14, 2012

AYAT AYAT KELAKAR SEPANJANG ZAMAN OLEH SAMY VELLU

Umum  mengetahui samy vellu merupakan seorang menteri yg terlama di kabinet Malaysia, semasa beliau menjadi menteri banyak sungguh kata2 beliau yg mengusik jiwa, bukan utuk mengutuk tetapi sekadar menjadi kenangan bersama..




Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.


1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda.
Oleh: Media Malaysia

korang jgn ketawa

Thursday, January 12, 2012

ISU PEMAKAIAN RANTAI DAN GELANG KESIHATAN

Sumber Harian Metro Online segmen Soal Jawab Dr. Masitah

Soalan

SEJAK kebelakangan ini saya melihat semakin ramai orang memakai buah rantai atau loket yang kononnya dibuat daripada batu gunung. Pada loket berkenaan ada lambang yang saya tidak tahu maksudnya. Menurut si pemakai, loket batu berkenaan perlu menyentuh kulit untuk mendapat manfaatnya.

Katanya, loket itu untuk menjaga kesihatan badan si pemakai. Adakah perkara seperti ini memang wujud? Adakah memang dengan memakai barang tertentu kita boleh terselamat daripada bahaya atau untuk perlindungan daripada penyakit? Apa pendapat Datuk dalam hal ini?

KHAI
Shah Alam


Jawapan

Setiap kejadian Allah mempunyai kelebihan dan khasiat tersendiri. Manusia digalakkan dalam agama untuk meneroka kelebihan alam ini dan memanfaatkannya. Memang ada beberapa bentuk rantai dan loket seperti Sains Quantum yang secara saintifik didapati dapat memberi tenaga.
Bagaimanapun, jika ada tulisan dan lambang yang menyalahi agama, ia dilarang. Jika sekadar memakai dengan tujuan mendapatkan khasiatnya tidak salah. Jika si pemakai mempercayainya seperti tangkal yang boleh menyelamatkan daripada bahaya dan menjadi pelindung, perbuatan itu bercanggah dengan agama, menjejaskan akidah dan haram memakainya.

Wednesday, January 4, 2012

Perbezaan antara Parti Politik dan Kumpulan pendesak

Umum mengetahui bahawa terdapat pelbagai elemen yang membezakan antara kumpulan pendesak dan Parti politik.

1) Matlamat
- Parti politik - memenangi pilihan raya bagi mendaptakan kuasa
- Kumpulan pendesak - Menyelesaikan sesuatu isu- isu semasa

2) Cara Menjadi Ahli
- Keahlian terbuka
-keahlian dipilih, dan hanya untuk mereka yang bermatlamat sama.

-Parti politik tidak akan terbubar selagi sistem politik masih mengamalkan elemen pilihan raya
- Kumpulan pendesak pula akan terbubar jika matlamat telah tercapai

3 bentuk Autoriti

Ini bentuk2 autoriti yang ada di dunia ni..

1) Tradisional
- Autoriti ini diperoleh daripada warisan antara generasi ke satu generasi. sebagai contoh Sultan dan raja mendapat autoriti disebabkan warisan.

2) Karismatik
- Autoriti ini diperolehi oleh sebab diri individu itu sendiri yang dilihat berkarisma. sebagai contoh Ahli politik mendapat autoriti oleh sebab karisma mereka dalam sesuatu perkara.

3) Perundangan
- Autoriti ini disebabkan oleh kuasa undang2 di sesuatu tempat dan ia boleh jadi secara kontrak, tetap dan sementara. contoh perlantikan ketua setiausaha negara adalah berasaskan undang2