Sumber: bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengingatkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), khususnya Universiti Malaya (UM), di sini supaya memanfaatkan peluang menjejakkan kaki di menara gading untuk menimba sebanyak mungkin ilmu, selain meraih pengalaman menjadi pemimpin.
Perdana Menteri mahu mereka menjadikan tempoh pengajian sebagai landasan untuk memiliki ilmu dalam pelbagai bidang, selain mengasah bakat kepemimpinan dalam organisasi yang bakal memberikan manfaat selepas meninggalkan alam pengajian.Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM, Mohd Syahid Mohd Zaini, berkata aspek berkenaan dinyatakan Perdana Menteri bagi memastikan penuntut IPTA bukan setakat memiliki ilmu ketika menghabiskan antara tiga hingga lima tahun di IPTA, malah mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara selepas memasuki alam pekerjaan.
“Perdana Menteri mahu kami memberikan tumpuan kepada pengajian sambil tidak mengabaikan aspek menimba pengalaman dalam menganjurkan pelbagai aktiviti dalam kampus,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui selepas menikmati minum petang Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) bersama Najib di Kompleks Perdana Siswa UM, di sini.
Najib menghabiskan kira-kira setengah jam beramah mesra dengan Mohd Syahid dan 12 Presiden Kolej UM selepas melakukan tinjauan mesra di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Koperasi Kedai Buku UM.
Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin.
Mohd Syahid berkata, MPP UM juga mencadangkan supaya MR1M dan KR1M diperluas ke 12 kolej kediaman dan 16 fakulti di kampus berkenaan bagi memberi peluang kepada lebih ramai penuntut menikmati makanan dan barangan pada harga rendah.
Sementara itu, Ismail berkata, kementerian berkenaan bercadang memperluas KR1M dan MR1M di seluruh 17 IPTA di seluruh negara menjelang awal tahun depan bagi meringankan beban penuntut IPTA menanggung kos sara hidup.
“Penuntut adalah golongan tidak berpendapatan. Kos sara hidup menggugat perbelanjaan mereka. Kita rancang buka KR1M dan MR1M di seluruh IPTA.
“UM universiti pertama yang membuka KR1M dan MR1M. Ia akan diperluas ke kolej kediaman dan fakulti.
Bagaimanapun, penuntut IPTA tidak memerlukan 250 barangan KR1M. Mungkin di sini hanya perlu 100 lebih barangan,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini ada 187 kedai di seluruh negara yang menyediakan produk KR1M, sejajar hasrat kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan barangan berkenaan dinikmati rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.
Friday, December 23, 2011
Duit baru Malaysia
Duit Baru yang dilengkapi siri mata wang yang baru dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang akan digunakan pada JULAI depan
Duit baru RM 20 pun ade syabas lah Bank Negara moga-moga orang yang nak palsukan duit ni x tercapailah niatnya oleh sebab keselamatan yang lebih canggih
Terengganu Trade Centre
Baru dapat update blog pasal lain x cukup bgus... Gambar-gambar yang baru aku nak update nie adalah sempena Young Enterpernure ajuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) acara nie agak x menarik pasal tiada promosi yang hebat dan keadaan yg suram semasa program nie berlangsung
ini gerai Adik beradik losong hahaha
Happy Bufday my first coursemate walaupun ko nak g nursing jangan lpa aku
we all in one class
happy bufday David
kenangan dalam gambar ini tidak akan dapat aku lupakan
ini gerai Adik beradik losong hahaha
Happy Bufday my first coursemate walaupun ko nak g nursing jangan lpa aku
we all in one class
happy bufday David
kenangan dalam gambar ini tidak akan dapat aku lupakan
Friday, December 16, 2011
Lawatan ke Dewan Undangan Negeri Terengganu
Pada 5.12.2011 lepas aku berkunjung ke DUN Terengganu dengar pembentangan Bajet 2012 untuk Terengganu... Ini adalah first time aku msuk ke dalam Dewan DUN...
di hadapan DUN Terengganu
Bersama Menteri Besar Terengganu
Bersama ADUN TEPOH
bersma ADUN Tepoh
Bersama Hazwan di DUN
diriku
di hadapan DUN Terengganu
Bersama Menteri Besar Terengganu
Bersama ADUN TEPOH
bersma ADUN Tepoh
Bersama Hazwan di DUN
diriku
Saturday, November 26, 2011
USR Majlis Kolej Kediaman di Sekolah GONG KAPAS
Alhamdulillah sume berjalan lancar minggu lepas di program USR MKK di sekolah Gong kapas nak update minggu lepas agak busy so apa yag aku boleh story adalah minggu nie.. sekolah Gong kapas nie adalah sekolah terbaik UPSR di terengganu dan banyak lagi anugerah yang dier menang.. So nk certa aku pergi ke sekolah nie sebagai urus setia,, so sume tgk jelah pic kat bwh nie
nie lah dier baner majlis tue
Pelajar-pelajar yang menyertai Program nie
kanak - Kanak Riang hiihihi...
student perempuan SK Gong kapas
Smart English Johan Terengganu... Bgus giler english budak-budak nie
Gambar masa pembentagan.. Lain suh lukis lain yang di lukis
nie lah dier baner majlis tue
Pelajar-pelajar yang menyertai Program nie
kanak - Kanak Riang hiihihi...
student perempuan SK Gong kapas
Smart English Johan Terengganu... Bgus giler english budak-budak nie
Gambar masa pembentagan.. Lain suh lukis lain yang di lukis
Gambar aku plak lah ihihihihi
Apa yang aku boleh katakan adalah ini adalah the first xperience menghadap telatah budak2 sekolah rendah yang comel dan kelakar.. Sekolah kebangsaan Gong Kapas best forever
Makan - makan Di RFC
Hari itu aku berjalan - jalan and makan lah di kedai yang agak famous iaitu Radix Fried Chicken, so nak berkongsi lah sikit photos2.. Untuk pengetahuan korang RFC nie di miliki oleh Bumiputera dan Halal so apa lagi jom cari RFC dan rasalah sendiri
Aku di depan RFC
Syok makan!!!
Apa yang aku boleh katakan adalah RFC nie prlu market lagi and tempat perlu lebih strategik pasal kat kuala Terengganu nie RFC die tersorok sangat.. but ok so sume jom makan
Alamat di Kuala terengganu
Macam snack plat KFC tp bukan nie RFC pnya
Syok makan!!!
Apa yang aku boleh katakan adalah RFC nie prlu market lagi and tempat perlu lebih strategik pasal kat kuala Terengganu nie RFC die tersorok sangat.. but ok so sume jom makan
Saturday, November 5, 2011
Setiap Yang BErlaku Pasti Ada hikmah yg tersendiri
Salam...
Keheningan malam yang dingin membuat kita akan dibuai mimpi indah, namun setiap kali kita cuba mendapatkan sesuatu yang indah itu adakah ia mudah untuk diperolehi. Setiap perkara yang terjadi pasti ade hikmahnya, ungkapan ini acap kali kita dengar kerana semua yang berlaku dan datang dari-NYa adlh terbaik buat kita. apakah perkara yang sedang menimpa diriku ini juga mempunyai hikmah disebaliknya. Segalanya memerlukan aku redha atas pemberia-NYA.
Keheningan malam yang dingin membuat kita akan dibuai mimpi indah, namun setiap kali kita cuba mendapatkan sesuatu yang indah itu adakah ia mudah untuk diperolehi. Setiap perkara yang terjadi pasti ade hikmahnya, ungkapan ini acap kali kita dengar kerana semua yang berlaku dan datang dari-NYa adlh terbaik buat kita. apakah perkara yang sedang menimpa diriku ini juga mempunyai hikmah disebaliknya. Segalanya memerlukan aku redha atas pemberia-NYA.
Subscribe to:
Posts (Atom)






































