Friday, April 8, 2011

Wanita jadi senjata ampuh iblis jatuhkan maruah manusia

Sumber: bharian.com.my


AL-QURAN dan hadis merakamkan kisah nyata mengenai fitnah dan angkara murka disebabkan wanita. Pelakunya ialah iblis berserta tentera yang menjalankan watak dan jiwa kotor untuk menjatuhkan manusia.

Iblis selalu mengintip aurat dan keburukan sifat manusia. Iblis menanggalkan pakaian Nabi Adam dan isterinya, Siti Hawa di syurga.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya wanita itu menghadap ke muka (datang) dalam bentuk syaitan dan ke belakang (pergi) dalam bentuk syaitan.” (Hadis riwayat Muslim).
Mujahid Rahimahullah berkata: “Ketika perempuan menghadap ke depan (datang), maka syaitan duduk di atas kepalanya lalu menghiasinya untuk orang yang melihat dan ketika perempuan itu menghadap ke belakang (pergi), syaitan duduk di belakangnya lalu ia memperindahnya untuk orang yang melihatnya. (Al-Qurtubi, al-Jami'li- Ahkamil Quran).

Rasulullah juga memperingatkan dengan sabdanya bermaksud: “Sesungguhnya dunia manis lagi hijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu khalifah di bumi, lalu Allah mengawasi bagaimana kamu berbuat. Maka jaga dirimu mengenai dunia dan jaga dirimu mengenai wanita. Sesungguhnya bencana bani Israel ialah dalam hal wanita.” (Hadis riwayat Muslim, kitab Riqaq).





    Sabda Nabi dalam kitab Sahihain bermaksud: “Aku tidak meninggalkan fitnah bencana yang lebih berbahaya atas kaum lelaki (selain bahaya fitnah) daripada perempuan.” (Al-Fath, hadis riwayat Muslim).

Sudah menjadi rahsia umum, ada projek dilancarkan pengurusannya menggunakan umpan wanita. Itu praktik iblis dan syaitan. Pada zaman Nabi dan sahabat pun tidak terlepas serta terjebak daripada projek syaitan melalui wanita untuk menjatuhkan maruah manusia.
Hadis mengenai wanita kadangkala panjang kerana tidak lain wanita paling ramai jadi pengikut syaitan terkutuk.

Sebab itu Nabi mengkhabarkan bahawa wanita paling ramai menghuni neraka kerana mengikuti iblis dan tenteranya. Tiada manusia mengikuti iblis melainkan ia sudah menguasai mereka. Iblis tidak akan menguasai mereka melainkan dengan banyaknya berlaku maksiat dan dosa.

Sedangkan kekuasaan iblis dan tenteranya dengan cara menganggap indah dan bagus dosa dan maksiat yang dilakukan manusia.

Al-Quran merakamkan contoh bencana dan fitnah melalui wanita. Firman Allah bermaksud: “Dan adalah di kota itu, sembilan lelaki yang membuat kerosakan di muka bumi dan mereka tidak berbuat kebaikan.” (Surah an-Naml, ayat 48).







   
Dalam surah ini, Allah menceritakan kaum Nabi Salleh berusaha untuk membunuh unta baginda. Mereka membunuh unta itu disebabkan propaganda wanita yang bernama Mashro. Riwayat menyatakan wanita itu juga melemparkan panah dan melekat pada tulang kaki unta menyebabkan haiwan itu terbunuh. (Tafsir at-Tabari).

Mashro ialah isteri pemimpin, sedangkan yang lain penyokong Mashro dan pemimpin kabilah Nabi Salleh. Jadi mereka ialah golongan elit yang terkenal.
Terjadi fitnah wanita itu sebagai jalan masuk iblis kepada pembesar dan iblis bersama mereka untuk membunuh unta Nabi Salleh yang menjadi ayat (tanda) Allah.

Allah juga memperingatkan kisah Nabi Yusuf dalam al-Quran dan kisah nabi lain mengenai fitnah wanita untuk dijadikan iktibar sepanjang zaman. Dengan aksi iblis jahat melalui wanita dan skandal seks sentiasa menjadi cerita besar dan penting menghiasi kecenderungan kehidupan umat manusia, apa lagi membabitkan pemimpin dan orang ternama sepanjang zaman.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya pada kisah mereka itu (anbiya) ada pengajaran (iktibar) bagi orang yang mempunyai akal fikiran.” (Surah Yusuf, ayat 111).

Kesan fitnah lebih bahaya daripada pembunuhan

 Sumber bharian.com.my


Al-Quran beri panduan tidak pandang remeh, nilai kebenaran berita diterima  PERBUATAN saling memfitnah banyak berlaku dalam masyarakat hari ini yang bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Akan muncul suatu ketika iaitu ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Riwayat Muslim)

Fitnah diertikan sebagai sengaja mengadakan keburukan dan kekurangan orang lain, menokok tambah keaiban dan kelemahan orang serta memalsukan kebaikan sehingga menjadi keburukan. Ia boleh berlaku dalam bentuk lisan atau tulisan seperti surat layang, khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web sosial dan e-mel.
Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: “Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan.” (Surah al-Baqarah, ayat 191)

“Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah.” (Surah al-Qalam, ayat 29).

Disebabkan terlalu banyak perkara palsu dan pembohongan dalam fitnah, pembuat fitnah biasanya menyembunyikan diri supaya tidak diketahui kerana tidak mahu bertanggungjawab dan menyedari perbuatan itu palsu.

Pembuat fitnah tidak berjaya jika tidak dibantu orang yang menyebarkannya. Sebab itu kedudukan pembuat fitnah dan penyebarnya sama dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.
Perkara ini dijelaskan dalam hadis diriwayatkan daripada Huzaifah, katanya: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Riwayat al-Bukhari)

Diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah pada malam Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW diperlihatkan dengan sekumpulan manusia yang menggunting lidah dan bibir mereka. Baginda bertanya kepada Jibril: “Siapakah mereka? Jibril menjawab: “Mereka ialah penyebar fitnah.” (Riwayat al-Tabrani).

Lazimnya perbuatan memfitnah berlaku didorong oleh tamak, iri hati dan mementingkan diri. Ia juga boleh berlaku jika seseorang lebih mengutamakan kedudukan dan keduniaan (harta benda) melebihi kepentingan agama.

Implikasi fitnah lebih dahsyat daripada membunuh. Jika membunuh hanya membabitkan orang tertentu dan berakhir pada masa tertentu, namun fitnah boleh menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya menimbulkan perpecahan, perbalahan, kemusnahan harta serta nyawa dalam jangka masa panjang yang sukar disekat.





   



Orang yang difitnah akan mempertahankan diri dan apabila tahap kesabarannya mula hilang menyebabkan ia bertindak lebih agresif dan di luar batas kemanusiaan.

Diceritakan, pada zaman dulu ada lelaki kaya menuju ke pekan untuk membeli hamba. Dia ditawarkan hamba lelaki yang tiada cacat cela kecuali gemar memfitnah. Lelaki itu menganggap fitnah perkara ringan dan remeh, maka dia membeli hamba berkenaan.

Selepas agak lama di rumah majikannya, hamba itu mula berkata kepada isteri lelaki itu bahawa suaminya ingin berkahwin lagi. Hamba itu mencadangkan isteri majikannya segera menggagalkan perkahwinan itu dengan ubat guna-guna iaitu mengambil bulu roma pada leher suaminya dengan menggunakan pisau tajam agar tidak terasa sakit ketika si suami tidur. Oleh kerana percaya si isteri berusaha mendapatkan pisau tajam.

Kemudian hamba itu memberitahu tuannya bahawa si isteri akan membunuhnya ketika dia tidur. Ketika pura-pura tidur, datang si isteri membawa pisau. Ketika lehernya dipegang lelaki itu segera bangun merampas pisau berkenaan lalu terus membunuh isterinya. Keesokannya keluarga si isteri menuntut bela atas kematian itu dengan berbunuhan antara kedua-dua pihak.

Kisah ini memberi pengajaran penting. Pertama, fitnah tidak boleh dianggap ringan dan remeh kerana boleh menimbulkan perpecahan, perbalahan, kemusnahan harta dan nyawa. Kedua, perlu menilai kesahihan berita di sampaikan seseorang.

Sebenarnya untuk menilai kebenaran berita yang disebarkan, al-Quran meletakkan panduan seperti dinyatakan. beberapa ayat al-Quran antaranya firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga

BSN Sungai Besar

Alhamdulillah selamat sudah aku berada di rumah setelah bermastautin di Sungai Besar... Banyak pengalamanyang telah aku perolehi sepanjang berkhidmat di BSN SG besar ... sebagai seorang teller baru memang agak kekok tambahan lagi aku dari sebuah bandar Metropolitan iaitu Petaling Jaya jadi agak susah diriku untuk membiasakan diri aku masuk ke kawasan kampung. namun Alhamdulillah aku berjaya menempuh 5 hari pertama di BSN sg besar dengan bantuan rakan2 sekerja yang banyak menyokong dan memberi sokongan kepada aku dalam menghadapi masalah yang timbul TERIMA KASIH AKU UCAPKAn... Pengalaman yang dapat aku peroleh daripada penghijrahan aku ke Sungai Besar ialah bagaimana perasaan tinggal dan bekerja di kawasan desa kerana pelanggan yang datang sungguh berbeza dari segi watak dan perwatakan mereka.. Perwatakan yang sungguh sopan membuatkan aku selesa berada di BSN Sungai besar ini.... Kini aku rasa diruku dah mula menyukai tinggal di Sungai Besar so semua kalu nak jumpa aku boleh lah ke BSN SUngai Besar

Friday, March 18, 2011

Selesai sudah khusus Induksi Teller BSN 02/2011

Alhamdullilah syukur kepada Allah selmat juga aku mengikuti khusus induksi teller BSN dgan selamat.. Thanks to all penceramah yang bgi talk korang semua mmg the best lah ... kenangan ynag mnis di PPBSN mmg x kan dpat aku lupakan lah expecially time amazing race n time poco2 hahahha... suka betul aku, walaupun masa mula2 rasa berat hati je nak pergi ke khusus ni last2 rasa berat hati plak nk mengakhiri khusus yang aku rasa first time aku menghadiri khusus yang begitu lama x sperti khusus2 sebelum ni aku just pergi 2-3 hari, tapi yang ni sampai 2 miggu mmg giler aku rasa namun segala2 nya pasti ada hikmah. kepada semua rakan2 teller sekalian aku memohon maaf lah andai kata terkasar bahasa n ter ape2 je lah k yg penting korang semua adalah KENANGAN TERINDAH aku.. sekian......

Wednesday, March 9, 2011

Kursus di Pusat Pembelajaran BSN

Dah 4 hari aku berada PPBSN. Macam- macam lah perkara yang aku hadapi disini pada mulanya rasa mcm nak balik setelah bekenalan dengan rakan2 sebilik ku yang dtg nya dari KL, Pahang, Melaka.. makanya aku dah mula mendapat ketenteraman disini. Dtg cni nak belajo itu lah yang aku fikir tapi nak wat cam ne perasaan rindu pada keluarga kdang2 buat aku rsa macam nak demam maklumlah aku mna pernah berjauhan dari keluarga aku.. ni aku kena berjauhan sebanyak 14 hari lebih kurang lah.. rindu sungguh kat Mak n Family aku.. Aku datang disini kerana tawaran BSN yg menawarkan aku jawatan tELLER.. dtg je lah mklumlah skunk ni nak cari kerja pun bukan senag so aku fikir nak continue study by PJJ je lah harap boleh lah pickup coz org kta PJJ ni pyah ckit tapi nak wat cam ner kehendak keluarga dan kehendak diri membuatkan aku memilih jalan nie.. Sepanjang kursus ni aku di bekalkan ilmu mengenai BSN dan cara menjadi TELLER yang terbaik.. so ape2 nak tanya pasal BSN leps ni boleh lahmesej aku k(mood promoted) hahahha. Tapi dalam gmbira ada duka yang sedih nya aku x tau mna akan di posting sedihnya takut dihantar ke cawangan2 hulu2 or kuala2 selangor kalu takat kat PJ ShahAlam Subang blh lah lagi tapi kalu kat belah2 yg aku sebut tue rasa mcm x nak tapi mna blh aku lawan pun pasal aku dh ikat kontrak selama 6 Bulan kalau aku tarik diri melayang lah RM1000.00 banyak tue...so aku rasa stakat cni je lah ape yg aku nak kongsi selama berada disini semua selok belok Bank aku tau so semua jangan lupa beli Sijil Simpanan Premium(SSP) tapi kalu nak beli-beli kat aku k... BYe Assalamualaikum

Friday, February 25, 2011

Lirik lagu luahan Hati - Apit

pertama kali ku bertamu dengan mu..
sayunya hatiku merinduimu
walaupown belum kita bersua muka
namun aku tetap jatuh cinta
 
pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku engharap engkau menerimaku
kerna aku bersedia menyintaimu
 
akan ku renang lautan yg berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikalau kau meninggalkan ku
terhiris hati ini.terguris jiwa ini.
menangis tak berlagu..ohhhh...
 
biarpun ombak yg mrubah pantai
kasih ku tak kan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti ohhhh...
 
sayangku pimpinkan tangan ku
menuju mahligai bahgia..
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
ohhhh..kasih...

Tuesday, February 22, 2011

Petua kekal muda

sumber bharian.com.my



  • Lakukan senaman ringan setiap hari bergantung pada tahap kesihatan, untuk kekal cergas dengan memastikan fizikal dan mental sihat dan mandiri. Individu yang tidak aktif lebih mudah mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang aktif 





  • Elakkan terjatuh kerana ia boleh menyebabkan kecederaan, retak dan maut. Keretakan akibat terjatuh biasanya menjejaskan bahagian punggung, pelvik, tulang belakang dan lengan 





  • Makan makanan rendah lemak, diet tinggi serat dan pastikan pemakanan seimbang seperti buah, sayur, bijirin dan kekacang 





  • Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang senaman, diet atau makanan tambahan 





  • Minum banyak air, berhenti merokok dan elak atau kurangkan alkohol 





  • Kekalkan harga diri - bawa diri anda dengan penuh keyakinan dengan gaya berpakaian menarik, gaya rambut, menjaga penampilan wajah dengan melakukan penjagaan dan rawatan muk