Friday, April 8, 2011
BSN Sungai Besar
Alhamdulillah selamat sudah aku berada di rumah setelah bermastautin di Sungai Besar... Banyak pengalamanyang telah aku perolehi sepanjang berkhidmat di BSN SG besar ... sebagai seorang teller baru memang agak kekok tambahan lagi aku dari sebuah bandar Metropolitan iaitu Petaling Jaya jadi agak susah diriku untuk membiasakan diri aku masuk ke kawasan kampung. namun Alhamdulillah aku berjaya menempuh 5 hari pertama di BSN sg besar dengan bantuan rakan2 sekerja yang banyak menyokong dan memberi sokongan kepada aku dalam menghadapi masalah yang timbul TERIMA KASIH AKU UCAPKAn... Pengalaman yang dapat aku peroleh daripada penghijrahan aku ke Sungai Besar ialah bagaimana perasaan tinggal dan bekerja di kawasan desa kerana pelanggan yang datang sungguh berbeza dari segi watak dan perwatakan mereka.. Perwatakan yang sungguh sopan membuatkan aku selesa berada di BSN Sungai besar ini.... Kini aku rasa diruku dah mula menyukai tinggal di Sungai Besar so semua kalu nak jumpa aku boleh lah ke BSN SUngai Besar
Friday, March 18, 2011
Selesai sudah khusus Induksi Teller BSN 02/2011
Alhamdullilah syukur kepada Allah selmat juga aku mengikuti khusus induksi teller BSN dgan selamat.. Thanks to all penceramah yang bgi talk korang semua mmg the best lah ... kenangan ynag mnis di PPBSN mmg x kan dpat aku lupakan lah expecially time amazing race n time poco2 hahahha... suka betul aku, walaupun masa mula2 rasa berat hati je nak pergi ke khusus ni last2 rasa berat hati plak nk mengakhiri khusus yang aku rasa first time aku menghadiri khusus yang begitu lama x sperti khusus2 sebelum ni aku just pergi 2-3 hari, tapi yang ni sampai 2 miggu mmg giler aku rasa namun segala2 nya pasti ada hikmah. kepada semua rakan2 teller sekalian aku memohon maaf lah andai kata terkasar bahasa n ter ape2 je lah k yg penting korang semua adalah KENANGAN TERINDAH aku.. sekian......
Wednesday, March 9, 2011
Kursus di Pusat Pembelajaran BSN
Dah 4 hari aku berada PPBSN. Macam- macam lah perkara yang aku hadapi disini pada mulanya rasa mcm nak balik setelah bekenalan dengan rakan2 sebilik ku yang dtg nya dari KL, Pahang, Melaka.. makanya aku dah mula mendapat ketenteraman disini. Dtg cni nak belajo itu lah yang aku fikir tapi nak wat cam ne perasaan rindu pada keluarga kdang2 buat aku rsa macam nak demam maklumlah aku mna pernah berjauhan dari keluarga aku.. ni aku kena berjauhan sebanyak 14 hari lebih kurang lah.. rindu sungguh kat Mak n Family aku.. Aku datang disini kerana tawaran BSN yg menawarkan aku jawatan tELLER.. dtg je lah mklumlah skunk ni nak cari kerja pun bukan senag so aku fikir nak continue study by PJJ je lah harap boleh lah pickup coz org kta PJJ ni pyah ckit tapi nak wat cam ner kehendak keluarga dan kehendak diri membuatkan aku memilih jalan nie.. Sepanjang kursus ni aku di bekalkan ilmu mengenai BSN dan cara menjadi TELLER yang terbaik.. so ape2 nak tanya pasal BSN leps ni boleh lahmesej aku k(mood promoted) hahahha. Tapi dalam gmbira ada duka yang sedih nya aku x tau mna akan di posting sedihnya takut dihantar ke cawangan2 hulu2 or kuala2 selangor kalu takat kat PJ ShahAlam Subang blh lah lagi tapi kalu kat belah2 yg aku sebut tue rasa mcm x nak tapi mna blh aku lawan pun pasal aku dh ikat kontrak selama 6 Bulan kalau aku tarik diri melayang lah RM1000.00 banyak tue...so aku rasa stakat cni je lah ape yg aku nak kongsi selama berada disini semua selok belok Bank aku tau so semua jangan lupa beli Sijil Simpanan Premium(SSP) tapi kalu nak beli-beli kat aku k... BYe Assalamualaikum
Friday, February 25, 2011
Lirik lagu luahan Hati - Apit
pertama kali ku bertamu dengan mu..
sayunya hatiku merinduimu
walaupown belum kita bersua muka
namun aku tetap jatuh cinta
pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku engharap engkau menerimaku
kerna aku bersedia menyintaimu
akan ku renang lautan yg berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikalau kau meninggalkan ku
terhiris hati ini.terguris jiwa ini.
menangis tak berlagu..ohhhh...
biarpun ombak yg mrubah pantai
kasih ku tak kan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti ohhhh...
sayangku pimpinkan tangan ku
menuju mahligai bahgia..
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
ohhhh..kasih...
Tuesday, February 22, 2011
Petua kekal muda
sumber bharian.com.my
Lakukan senaman ringan setiap hari bergantung pada tahap kesihatan, untuk kekal cergas dengan memastikan fizikal dan mental sihat dan mandiri. Individu yang tidak aktif lebih mudah mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang aktif
Elakkan terjatuh kerana ia boleh menyebabkan kecederaan, retak dan maut. Keretakan akibat terjatuh biasanya menjejaskan bahagian punggung, pelvik, tulang belakang dan lengan
Makan makanan rendah lemak, diet tinggi serat dan pastikan pemakanan seimbang seperti buah, sayur, bijirin dan kekacang
Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang senaman, diet atau makanan tambahan
Minum banyak air, berhenti merokok dan elak atau kurangkan alkohol
Kekalkan harga diri - bawa diri anda dengan penuh keyakinan dengan gaya berpakaian menarik, gaya rambut, menjaga penampilan wajah dengan melakukan penjagaan dan rawatan muk
Bau badan busuk
sumber bharian.com.my
Lebih memalukan jika rembesan peluh mengganggu orang lain
MASALAH ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia mengganggu orang lain. Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh.
Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine. Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.
Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.
Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.
Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.
Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.
Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.
Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.
Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.
Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau.
Bulu pada kaki terutama pada ibu jari mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bakteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan stokin dari bahan semula jadi seperti kapas dan bulu biri-biri.
Pastikan kaki sentiasa kering, guna talkum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi dengan melakukan senaman meditasi seperti yoga.
Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.
Info: Cara mengawal bau badan
Kerap mandi
Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar
Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)
Berhenti merokok

Wednesday, February 16, 2011
Keputusan STPM 2010 Diumum 21 Februari 2011
Sumber Berita Terkini TV3..http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Keputusan_STPM_Diumum_21_Februari.html
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2010 akan diumumkan 21 Febuari ini.
CaLebih 53 ribu calon menduduki S-T-P-M, tahun lon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari.
Bagi calon persendirian, mereka boleh menyemak keputusan melalui S-M-S dengan menaip STPM DAN HANTARKAN KE 15888
Serta secara talian dengan melayari laman web majlis peperiksaan malaysia di www.mpm.edu.my
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2010 akan diumumkan 21 Febuari ini.
CaLebih 53 ribu calon menduduki S-T-P-M, tahun lon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari.
Bagi calon persendirian, mereka boleh menyemak keputusan melalui S-M-S dengan menaip STPM
Serta secara talian dengan melayari laman web majlis peperiksaan malaysia di www.mpm.edu.my
Subscribe to:
Posts (Atom)