Wednesday, October 6, 2010

Tips Reject Awek


Sumber lawakjenaka.com


Nak reject pompuan susah, takut nanti dia frust dan bunuh diri, jadi guna dialog ni

1) Semalam I check dengan doktor, dia kata I HIV positif...
2) Kat telinga I ni ada suara suruh I bunuh diri..
3) U nampak tak mamat tu... (padahal takda orang pun kat situ)
4) Adik beradik I ada 10 orang, semua belajar lagi, I kena sara diorang sebab parents I dah meninggal...
5) I dah keje kat 20 company, tapi paling lama tahan pun 2 bulan je...
6) Hari-hari along cari I, hutang dengan diorang dah mencecah 100 ribu...
7) Tiap2 hari I melancap, sehari sampai 10 kali....
8) Errr, sori, terpegang pulak....
9) Lupa nak bagi tau u, I ni duda anak 10
10) Ish, kalau nak kawin dengan U, I kena ceraikan bini I yang ke 4 tu, sian dia....

Malam pertama jamil & ayu.

Dipetik daripada lawakjenaka.com


Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana.Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. Karena kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya. Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga masih keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai. Ayah Ayu yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta putrinya. Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanyapun diselenggarakan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi nikahan. Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian,langsir, sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ? Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berduapun memasuki peraduan dengan bahagia.Namun,ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. Aduh!!! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,”BERAT BERSIH 25 KG” . Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.

Askar israel dan amerika


Dipetik daripada Lawak Jenaka.com

Seorang reporter menenubual 2 org askar iaitu askar dr amerika dan askar dr israel...

askar amerika
reporter:izinkan saya utk menemubual encik?
amerika:ya silakan..
reporter:apakah peristiwa yg encik x blh lupakan?
amerika:peristiwa....saya amat terharu melihat kanak2 arab berjalan smbl tersenyum..membuatkn sy mengalir air mata..
reporter:seandainya encik terjumpe seorg knk2 yg kehausan, pada msa tu gak bekalan air encik ckp utk brperang..
amerika:sudah tentu sya bg bdk tu sdkt air utk dminum...manusia mna xda ati perut?
reporter:ehem..err seandainya encik trjumpa seorg wanita yg cantik warga arab, apa encik akan buat?
amerika:kalau sya bujang, sy akn tackle wanita trsebut bru la..ehem2..phm2 la
reporter:menurut tempatan, betul ker askar amerika kejam?
amerika:bkn semua askar amerika kejam..mungkin sebilangan..
reporter:baik, terima kasih kerana sudi ditemubual
amerika:sama2..

askar israel
reporter:izinkan saya utk menemubual encik?
israel:ye! cepat skit! jgn buang masa aku!..
reporter:apakah peristiwa yg encik x blh lupakan?
israel:haha!!..aku sgt menikmati membunuh, menyeksa org2 x bersalah..
reporter:seandainya encik terjumpe seorg knk2 yg kehausan, pada msa tu gak bekalan air encik ckp utk brperang..
israel:buat pe aku bg budak tu air!!..bknye aku knl budak tu, g mati r!!
reporter:ehem..err seandainya encik trjumpa seorg wanita yg cantik warga arab, apa encik akan buat?
israel:ape lg. aku jumpe je trus aku rogol sama dia!..pastu bru aku bnh nye..wakakak
reporter:menurut tempatan, betul ker askar israel kejam?..
israel:(megangkat senapangnya lalu menenbak pale si reporter)..OF COURSE LA!
reporter:X_X

Jenaka Santai


Di sebuah petang yg permai...
Ayam  : Hai lembu.. aku tengok ko ni kesian la..hari hari makan rumput,,x jemu ker?
Lembu : Biasa la yam..dah memang aku makan rumput..ko ni naper tanya aku mcm tu?
Ayam : Xder lah..ko tengok aku ni..makan serba serbi..mewah beb..mewah..
Lembu : Memang mewah..sampaikan makanan basi pun kau makan..teruk2 aku pun..aku makan tumbuhan segar jer..heheh
Ayam : (Cis..aku plak yang kene)

Cara membeli di internet



Sumber FOMCA




Klik! Cara mudah beli barang

Membeli –belah melalui online elak bersesak di kaunter 

Perkembangan teknologi hari ini memang menakjubkan. Jika tidak mahu ketinggalan kita juga perlu pantas mengejarnya dan mempelajari bagaimana memanfaatkan teknologi terkini. Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, keadah membeli secara online kini semakin mendapat tempat. Malah, ia menjadi satu cara mudah untuk berbelanja dan mendapatkan barang keperluan tanpa perlu panjang di kaunter atau bersesak- sesak di pusat membeli-belah.

Hanya menggunakan internet, segala- galanya menjadi mudah di hujung jari anda. Di Negara maju, pembelian melalui internet sudah lama diamalkan. Di Negara kita, walaupun ia masih belum begitu rancak tetapi menunjukkan tanda-tanda positif dan pasti akan berkembang apabila masyarakat, khususnya golongan wanita yang mempunyai kuasa beli yang tinggi semakin mengenali kaedah pembelian secara maya ini.

Online shopping adalah satu cara untuk membeli dengan mudah dan pantas. Anda berpeluang mendapat  barangan edisi terhad atau yang tidak dijual di Negara ini, jika bernasib baik mungkin dapat membeli sesuatu yang diminati pada harga lebih murah berbanding.

Selain itu, anda juga boleh meneliti barangan yang dipamerkan dalam internet, membuat perbandingan harga sebelum menghubungi pihak yang menjual barang itu atau membuat tempahan terus melalui online.

Jika anda belum berpengalaman dan ingin mengetahui bagaimana pembelian secara maya dilakukan, bacalah artikel ini sehingga habis. Mungkin ia dapat membantu, mana tahu satu hari nanti anda menjadi salah seorang ‘pelanggan online’.

Kelebihan membeli di internet pengguna berpeluang membeli-belah pada bila-bila masa tidak kira siang, malam atau tengah malam. Anda tidak perlu terkejar-kejar, berpusing- pusing mencari tempat letak kereta, mengelilingi kompleks membeli- belah untuk mencari barang keperluan dan beratur panjang di kaunter pembayaran.

Melalui internet juga anda dapat mencari barangan yang berkualiti pada harga berpatutan lebih murah. Anda juga boleh membeli model barangan berjenama yang tidak dijual di Negara  kita. Ada juga laman web yang menyiarkan perakuan dan komen pembeli yang pernah menggunakan barangan itu. Anda boleh mempertimbangkan komen mereka sebelum membuat pembelian agar wang yang dikeluarkan berbaloi.

Kekurangan membeli di internet 


Anda mungkin terpaksa menunggu lama untuk memiliki barangan yang dibeli. Produk dari luar negara biasanya mengambil masa untuk tiba ke tangan anda. Tidak mustahil juga anda tertipu. Dalam dunia yang serba mencabar ini, ada sgelintir pihak yang mengambil kesempatan melalui internet dengan menjual barangan yang tidak berkualiti, barangan yang tidak berkualiti, barangan langsung.

Jadi anda perlu berhati-hati agar tidak terpedaya. Sebaiknya dapatkan maklumat mengenai syarikat berkenan. Sekiranya syarikat tempatan ia lebih mudah untuk membuat rujukan. Jika ada masalah anda boleh pergi terus ke tempat itu tetapi jika di luar negara mungkin sukar.

Lazimnya pembeli gemar meneliti, membelek dan mencuba sesuatu sebelum membeli, terutama pakaian bagi memastikan ia benar-benar sesuai dan selesa dan selasa  digunakan. Sayangnya, membeli melalui internet tidak memberikan anda peluang ini.anda tidak dapat menyentuh sekadar membaca komen pembeli lain.

Kemungkinan barangan yang tiba itu rosak dan anda perlu menukarnya. Sudah pasti mengambil masa. Sebagai pembeli, pandai-pandailah, anda yang akan menanggung risikonya.

Tips membeli:
1. Kunjungi laman membeli belah di internet
2. Cari dan pilih barangan.
3. Pilih cara pembayaran dan masukkan data yang diminta.
4. Jawapan sama ada pembelian anda berjaya atau tidak akan dimaklumkan di laman yang sama
5. Jika berjaya, jangan lupa mencetak dan menyimpan setiap Dokumen yang berkaitan dengan pembelian anda. Ini juga boleh menjadi rujukan jika berlaku masalah ketika proses penghantaran. Anda juga memerlukan document ini jika ada kerosakan sebaik barangan tiba ke tangan anda.pembayaran melalui internet.
6. Kad kredit paling mudah dan selamat. Bagaimanapun, jangan dedahkan nombor keselamatan sosial untuk mengelakkan identiti anda dicuri.
- Kad debit
- Cek
- Kiriman wang
- Paypal iaitu perniagaan e-commerce yang membolehkan pembayaran dan penukaran wang melalui internet yang ditawarkan oleh ebay.
Harus diingat tidak semua barang dari luar Negara dapat dibeli melalui internet. Contohnya, bahan – bahan pornografi dilarang dibawa masuk ke Negara ini.




Cegah anai-anai sebelum parah

sumber FOMCA




Masalah serangan anai- anai memang memeningkan kepala khusus bagi mereka yang gemarkan kediaman berasaskan kayu atau ala Bali.

Serangan anai-anai  bukan saja merosakkan perabot kayu, almari dan dapur anda, malah serangga yang kecil tetapi berjiwa besar ini juga gemar memakan kertas buku dan majalah serta pakaian yang baik tersimpan di dalam gerubuk khas di rumah anda.

Jika anda menghadapi masalah anai-anai atau mahu mencegah di peringkat awal, anda tidak perlu risau kerana terdapat semakin banyak syarikat penghapus seranggan perosak beroperasi bagi menangani masalah itu.

Anai-anai boleh merosakkan struktur kayu seperti rangka tingkap, lantai kayu dan rangka pintu.haiwan ini bermula dari bawah tanah dan ia suka di celah kayu kerana tidak suka terkena matahari atau cahaya. Ia mempunyai permaisuri yang membiakkan anai-anai itu.

Jika terus dibiarkan, anai-anai boleh melarat hingga ke bumbung dan itu akan membahayakan keadaan struktur rumah termasuk perabot  yang diperbuat daripada kayu.

Ada dua Cara untuk mengatasi atau mengurangkan serangan anai-anai ini iaitu dengan menggunakkan racun kawalan seranggan atau pergi terus mendapatkan khidmat syarikat perundingan professional kawalan anai-anai yang berhampiran dengan tempat anda.

Serangan anai-anai sememangnya membawa kepada kemusnahan kepada kediaman  anda.

Sebab itulah pengawalannya perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya kewujudan sarang awal dapat dikenal pasti, manakala pengawalan dan penjagaan rapi pula menjamin seluruh komuniti termasuk sarangnya berjaya di musnahkan sama sekali.

Bagaimanapun, jika serangnnya agar berkurangan atau hanya pada tempat tertentu, ada juga cara kawalan yang mudah dan murah boleh digunakan. Contohnya dengan menyediakan air panas mendidih dan siram ke kawasan yang diserang itu.

Dengan cara ini, koloni anai-anai, sarang termasuk telurnya akan mati dan binasa dalam masa beberapa saat. Ada juga menggunakan minyak hitam yang disapukan kepada benda berkayu bagi bertujuan mengelakkan serangan anai-anai.

Sebaliknya jika serangan berlaku di bahagian bawah lantai, kerja pengawalan terbaik ialah menggunakan khidmat pengawalan professional yang ditawarkan syarikat perunding tertentu. Mungkin anda boleh mendapatkan senarai nama syarikat menerusi halaman 1klassifieds atau dari yellow pages untuk menyemak jenis perkhidmatan, ubat dan harga yang ditawarkan.

Biasanya ubat khas akan diletakkan di bahagian bawah lantai dan ubat ini berkesan mengawal dan menghalang  serangan anai-anai selama dua tahun.

Bayaranya, biasanya adalah mengikut luas dan besar kawasan kediaman anda itu. Bagi pemilik rumah baru, cuba elakkan bahagian bawah rumah terlalu lembab atau terendam dalam air.

Jika berlaku banjir, segera keringkan kawasan itu sama ada menyalurkan air keluar ataupun menggunakan mesin pengering khas bagi mengurangkan kelembapan.

Ini kerana tempat yang lembap dan sejuk menjadi habitat paling sempurna bagi anai- anai sebelum ia mengerahkan askar-askarnya menyerang bahagian kediaman anda yang lain.

Ada juga orang yang menggunakan alat ventilator atau kipas khas bagi menyedut kelembapan keluar dari kawasan itu bagi memastikan bahagian bawah rumah yang terlindungan sentiasa kering. 

Pastikan juga pemaju yang membina rumah sentiasa beringat supaya tidak menimbunkan atau menana, sisa potongan kayu yang tidak digunakan lagi berhampiran dengan rumah yang dibina.

Anai-anai yang bersarang di situ akan merebak dan menjadikan unit kediaman berhampiran tempat mencari makan dan seterusnya menjadikan kediaman itu sebagai koloni barunya pula.

Jika ada rekahan kecil pada bahagian dinding, segera masukkan ubat atau lakukan semburan berkala di situ.

Monday, October 4, 2010

Hukum Menghisap Shisha

Assalamualaikum ustaz,
Apa hukum menghisap shisha? Adakah sama dengan hukum menghisap rokok? Dan adakah kesannya sama dengan rokok? syukran ustaz..

Jawapan:
 
الحمدلله والصلاة والسلام علي رسول الله وعلي آله وأصحابه أجمعين ، أما بعد
 
Sebenarnya soalan seperti di atas pernah ditanya kepada bekas mufti Arab Saudi, iaitu Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.  Jadi di sini saya memilih untuk menjawab soalan di atas dengan menterjemah jawapan yang telah diberi oleh bekas mufti Arab Saudi. Terjemahannya adalah seperti berikut:
 
Soal: Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?
 
Jawab: Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt: 
 
يسئلونك ماذا أُحل لهم قل أُحل لكم الطيبات 
 
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)
 
Dan firmannya lagi:
 
ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث
 
Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)
 
Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon. (tamat jawaban bekas mufti Saudi)
 
Saya juga sempat bertanya kepada doktor pakar, Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin mengenai kesan buruk menghisap shisha. Adakah kesan menghisap shisha sama dengan kesan menghisap rokok? Jawaban ringkasnya, kesan menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk bergantung kepada bahan perasa atau tambahan yang digunakan semasa menghisap shisha.
 
Sebagai kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang digunakan.
 
Sekian والله أعلم
 
 
Rujukan:
1) Website: http://muntada.islamtoday.net/t61245.html
2) Soal jawab dengan 
Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin
 
 
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha Muis